Om Shanti Om

August 21, 2008

Ketika berehat kat rumah ni, ahli keluarga pakat-pakat berkumpul di ruang TV. Saya yang kehairanan pun turut serta..

“Apa yang diaorang tengok ni?”

Filem “Om Shanti Om” lakonan Shah Rukh Khan ini betul-betul membuatkan saya terpaku depan televisyen. Hebat sungguh penangan filem Bollywood ni.. padahal saya bukan minat filem hindustan pun.

Kisahnya mengenai Shanti (baju pink) adalah isteri kepada produser filem, Mukesh (lakonan Arjun Rampal).. tetapi tidak dihebahkan kepada umum kerana Mukesh bimbang status isterinya itu boleh menggugat populariti heroin filem itu. Shanti adalah heroin filem itu..

Apabila berlaku pertengkaran antara kedua mereka, Mukesh telah membunuh Shanti dengan membakarnya hidup-hidup dalam set studio, peristiwa itu telah disaksikan oleh Om (lakonan Shah Rukh), juga seorang pelakon yang mencintai Shanti dalam diam-diam tetapi kecewa apabila mengetahui Shanti adalah isteri Mukesh.

Akhirnya Om juga telah mati terbunuh dalam peristiwa itu..

Dalam karma kehidupan seterusnya (dalam kepercayaan Hindu), seorang lelaki yang bernama Om Kapoor (Shah Rukh) telah menjadi superstar filem, telah mendapat gangguan dan bayangan silam peristiwa itu. Setelah beberapa lama, fahamlah Om Kapoor bahawa dia adalah jelmaan semula Om yang lepas.

Dia berazam untuk menuntut bela keatas kematian Shanti..

Secara kebetulan, Mukesh yang masih hidup itu, adalah kawan rapat kepada bapa Om Kapoor. Om Kapoor berjaya mendesak Mukesh agar menjadi penerbit kepada filemnya, dan Mukesh bersetuju.

Pada saat inilah Om Kapoor mula berkonspirasi dengan krew-krew filemnya untuk mengenakan Mukesh agar dia mengaku keatas dosa-dosanya yang lepas.

Bagaimanapun, sepanjang konspirasi itu.. tidak semena-mena roh Shanti muncul semula tanpa disedari oleh Om Kapoor. Maka berlakulah pertembungan konspirasi Om Kapoor dan konspirasi Shanti keatas Mukesh.

Penamat cerita ? Mestilah hero yang menang.. akhirnya roh Shanti berjaya mendesak Mukesh membuka rahsianya dan akhirnya Mukesh terbunuh. Bersemadilah roh Shanti dengan aman..

Apa kesimpulan yang saya dapat..

(1)  Setiap sesuatu kejahatan atau dosa akan terserlah jua akhirnya.. Ianya akan muncul juga samada mengikut rancangan kita ataupun melalui ‘kuasa’ di luar kawalan kita. Hanya masa yang akan menentukan..

(2)  Setiap kejahatan ada balasannya. Samada di balas serta-merta, esok atau 20 tahun akan datang..

One Response to “Om Shanti Om”

  1. Anonymous Says:

    what a great movie!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: