Hubungan Anwar-Husam dalam politik

August 21, 2008

Ikuti artikel menarik Mohd Sayuti Omar dengan artikel “Mengenali Husam Dalam Politik –disini– atau baca jer terus kat bawah ni..

NAIB Presiden Pas, Husam Musa adalah antara pemimpin Pas yang ‘diarah’ oleh muktamar Pas ke-54 di Ipoh beberapa hari lalu supaya turun ke Permatang Pauh mengiringi Anwar Ibrahim ke pusat penamaan calon. Selain daripda beliau, nama Dr Mariah Mahmood, Dr Lo’ Lo’ Ghazali, Mujahid Yusuf Rawa dan Muhammad Sabu juga diminta oleh muktamar agar mereka ke pusat penamaan calon.

Kepada ahli Pas yang anti Husam dan tidak berkenan Pas menyokong calon PKR di Permatang Pauh, (Anwar Ibrahim) tidak boleh salahkan mereka secara bulat-bulat atas kehadiran mereka itu. Sebab mereka diarah oleh muktamar bukan iseng-iseng mereka untuk pergi!. Maknanya itu adalah rasmi dan menandakan komitmen Pas pada pilihan raya kecil berkenaan.

Apakah muktamar Pas memilih nama-nama mereka kerana mereka sudah menjelaskan siripnya awal-awal mereka adalah orang yang menyokong kuat Anwar Ibrahim?

Husam misalnya orang yang tidak berenggang jauh daripada Anwar – bukan saja berceramah sekali dengan Penasihat Umum PKR itu tetapi turut hadir ke rumah Anwar untuk bertanya khabar dan memberi sokongan moral kepada Anwar dan keluarganya.

Bukan itu saja beliau juga dikatakan turut sama menyertai delegasi pelaburan ke Dubai bersama Anwar dan MB Selangor Khalid Ibrahim. Ini menandakan seakan Husam sudah berada jauh dalam kamar tidur politik Anwar.


Sikap Husam ini agak anih kalau diperhatikan kepada budaya dirinya yang tidak suka mendekati orang dan lebih suka bersendirian selama ini. Kelainan dan perbezaan ini menghairankan sedikit! Dalam kes Anwar kali ini beliau tiba-tiba mengubah gaya hidup dengan all out bersama Anwar tanpa sedikitpun mempersoalkan mengenai moral. Sikapnya ini juga kontra dengan pendiriannya terhadap kes pertama dialami Anwar dulu.

Dalam soal bekas TPM ini beliau seolah persis Hanuman Kera Putih yang turun dari langit untuk membela Siri Rama yang sedang diapit masalah dan diserang oleh kumpulan Gotha Kaca. (Gotha Kaca ialah merupakan ketua jin dalam hikayat Pandawalima).

Jadi atas perubahan gaya hidup – (pendekatan dan strategi politik Husam) itu maka beliau dilihat sebagai mewakili Pas. Walaupun Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ikut sama pergi ke pusat penamaan calon walaupun bertongkat kayu cengkal merah namun kehadiran Husam lebih dilihat lebih afdal kesungguhan Pas membantu Anwar.

Kenapa Husam begitu bersungguh membantu Anwar dan mengharapkan kemenangan Pakatan Rakyat? Inilah yang orang tidak faham dan perlu melihat ke dalam dan ke luar politik Husam bin Musa. Jika diambil kira apa yang berlaku semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir tahun 2006 dulu, Husam tidak sepatutnya memberi sokongan padu kepada Anwar. Beliau hanya perlu ada semasa hari penamaan calon dan bukan berjanji akan “bertumas” sehingga hari mengundi demi kemenangan Anwar.

Semasa Pas menghadapi pilihan raya kecil paling genting bagi Pas dalam sejarah demokrasi negara di Pengkalan Pasir (Kelantan) dulu, Anwar hanya datang berceramah sekali saja. Husam pernah bersunggut mengenai komitmen Anwar tidak seberapa ketika itu. Saya masih ingat apa yang Husam sunggutkan; kalau Anwar mengorbankan masanya untuk berada di Pengkalan Pasir sampai ke hari mengundi, pasti Pas akan menang,” begitulah ulasnya sedih selepas menerima kekalahan itu.

Anwar hanya pergi sekali saja. Beliau memberi alasan terpaksa ke luar negeri kerana ada urusan penting. Tindakan Anwar itu menampakan beliau lebih pentingkan dirinya daripada kemenangan Pas.

Tetapi nampaknya Husam tidak mengambil kira itu semua. Bagi Husam itu bukan perkara penting untuk dinilai dan ditenungi dalam kancah politik hari ini. Di sini saya lihat Husam lebih matang politiknya berbanding dengan Anwar. Karektor politik Husam dalam hal ini boleh diterima. Justeru Anwar pula perlu insaf dan sedar akan kebaikan budi Pas yang dilambangkan oleh Husam ini.

Rasanya Pas perlu memahami tindakan Husam yang tidak poplar itu, selepas agenda untuk bermuzakarah sehingga membentuk kerajaan bersama sudah pun menghadapi jalan buntu itu. Apa yang beliau mahukan di sini bukan kemenangan Anwar tetapi kemenangan rakyat. Naib Presiden Pas itu mahu momentum politik yang berpihak kepada pembangkang hari ini hendaklah dikekalkan dan secara diam Pas menjuarainya!

Saya nampak apa yang ada tersorot dalam kepala Husam. Beliau hanya mahu memperalatkan Anwar bagi menggerakkan gelombang yang ada hari ini. Apa yang berlaku hari ini ialah musim berkebun atau membuka tanah hutan. Husam mungkin sedar sebaik buah masak nanti Anwar tidak lagi sempat atau berpeluang untuk memakannya kerana dihalang oleh penyakit yang ada pada dirinya untuk memakan hasilan itu. Nah… ketika itulah kelak Pas akan mengaut keuntungannya.

Saya tidak fikir Husam bersetuju kalau Anwar menjadi PM. Apa yang beliau mahukan ialah menangguk di air keruh dengan aura yang ada kepada Anwar yang boleh mengelombangkan kebangkitan rakyat ketika ini. Adalah sesuatu yang bodoh kalau Pas yang kini sudah diterima (for all) bersedia menjadi dahan untuk Anwar menumpang tuah!

Inilah yang terpampang di mata Husam. Jika ada yang membuat andaian mudah langkah Husam itu silap apa lagi menjadi alat kepada Anwar, ia kurang tepat dan tidak bersifat politik. Kalau Husam yang saya sempat kenalinya selama 13 tahun dan pernah berbahas politik, makan bersama dengan beliau tidak semudah itu untuk menjadi hamba orang. Husam senantiasa berfikir ke hadapan dengan meletakkan kepentingan perjuangannya (Pas) di bahagian atas.

Saya tidak percaya kegilaan Husam kepada Anwar sehari dua ini kerana beliau dikatakan ditawarkan jawatan Menteri Kewangan? Bukan Husam kalau beliau sanggup turun hanya mahu mengejarkan pangkat dan kedudukan yang masih dalam buana khayalan! Dan kalau pangkat yang diingini Husam bukan menteri tetapi Timbalan Perdana Menteri. Tidak mustahil juga kalau jawatan ini sedang dikarai Husam dalam kepalanya. Tentu beliau ada teori bagaimana untuk mencapai ini. (Akan dicerita kemudian).

Harus difahamkan juga Husam selain daripada terkenal sebagai pemimpin yang tidak pedulikan orang, bergerak dan berfikir secara one man show dan kurang gemar kepada musyawarah beliau juga seorang eksperimental. Beliau suka bermain dengan teori dan suka berada dalam makmal politik mengkaji penemuan-penemuan dan dapatan baru untuk diadun menjadi teori baru. Kadang-kadang beliau bersifat teoritis daripada politik yang realis.

Sifat beginilah menyebabkan beliau tidak disenangi sesetengah orang. Beliau suka membuat keputusan sendiri kemudian memaksa orang mengendorsekannya. Saya yakin kemunculan Husam menjadi Hanuman Kera Putih untuk ‘menyelamatkan’ Anwar satu lagi teori yang beliau sedang bereksperimental dengannya.

Apapun segala-gala hidup ini seperti sebuah perjudian. Samada teori Husam menjadi atau tidak tunggu selepas pilihan raya dan spesifiknya pada 16 September iaini hari penubuhan kerajaan Malaysia yang baru. Sekiranya tarikh itu tidak memberi apa-apa perubahan maka Husam harus akur dan membuat kenyataan bahawa percubaannya kali ini tidak berhasil. Beliau harus meninggalkan teorinya dan bersedia untuk mempraktikkan keputusan yang telah dikonvensenkan.

Sebaliknya kalau percubaan itu berjaya dan membuahkan hasil, tidak ada sebab untuk Pas menolak gagasan dan teori Husam itu atas sebab Pas sendiri juga berada dalam sistem demokrasi yang menghalalkan cara untuk mencapai matlamat!

Pendapat :

Boleh jadi juga.. takpun, Husam fikir masa depan dia lebih terjamin jika Anwar menjadi PM nanti. Masa ini lah kena lobi awal-awal, bila Anwar bentuk kabinet nanti.. Husam boleh potong Nik Aziz/ Hj Hadi, terus jadi Menteri Kabinet Pakatan Rakyat.

Bila Anwar bersara.. Husam mungkin di ‘promote’ kan Anwar sebagai PM. (Persoalannya : Anwar tu mau bersara ke? Takut-takut 2×5 dengan Mahathir)

5 Responses to “Hubungan Anwar-Husam dalam politik”


  1. husam membantu kerana diarahkan ,dan kesesuian dengan jiwa anwar, soal akan datang apa nak jadi tak timbul, teori anwar perlu dibantu sehingga berjaya , sebab tidak ada teori yang lebih baik lagi, selain daripada teori ini, puas pas memikirkannya di dalam kontek keseluruhan rakyat, ada dua teori pada pas . 1 . teori dari anwar ibrahim no 2 teori pancing jika umno akur dasar islan pelembagaan alquran hadis qias , pas boleh bubar

  2. cekka Says:

    Jadi.. PAS perlu bergantung kepada Anwar untuk berjaya? Ataupun, PAS mahu menangguk di air keruh jika berlaku apa-apa kejadian kepada Anwar nanti? Bagaimana pula dengan DAP.. takkanlah DAP nak peluk tubuh saje.

  3. kampungkami Says:

    yaa laaa tu

    p/s : salam kampung kami,
    iye?

  4. kiraziku Says:

    analisis ko buat tu murahan……..kira boleh buat pelbagai andaian dari peristiwa yang berlaku…..
    saya rasa analisis awak tu …boring la

    p/s: salam kirakizu,
    analisa murahan ko? .. takpa, jangan pompuan murahan dah ler..

  5. al-chechen Says:

    analisis yang baik patut jadi renungan bersama

    p/s : salam al-chechen,
    mudah-mudahan ianya berguna..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: