Debat : Lim Guan Eng kena tembak oleh Koh Tsu Koon

August 21, 2008

imej dari agendadaily.com

imej dari agendadaily.com

DEBAT : KISAH BENAR DI SEBALIK KONTROVERSI TANAH DI PULAU PINANG

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon vs YAB Lim Guan Eng

(1)  Pada segmen-segmen permulaan debat, kedua-dua tokoh berjaya menonjolkan penampilan dan karisma masing-masing.

(2)  YB Lim mempersoalkan beberapa skandal tanah yang menimbulkan keraguan dan kenapa tindakan tidak diambil kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Tan Sri Dr Koh menjawap, kes tersebut sebenarnya telah beberapa kali disiasat oleh BPR dan beliau sendiri tetapi tiada bukti yang diperolehi. Oleh kerana itu, pegawai terbabit hanya diberi amaran. Malahan, kes tersebut telah dipanjangkan ke mahkamah.

(3)  Ini menimbulkan rasa tidak puas hati YB Lim Guan Eng dan menganggap Tan Sri cuba menutup kelemahan pentadbiran kerajaan yang lepas. Ini membuatkan Tan Sri Dr Koh ‘naik darah’ dan mencabar YB Lim Guan Eng agar membuat siasatan baru terhadap kes-kes yang ada jika tidak berpuas hati.

(4)  YB Lim Guang Eng seterusnya mendakwa kerajaan barunya telah memperkenalkan sistem pentadbiran baru yang lebih telus (CAT) sehingga penemuan skandal-skandal tersebut. Tan Sri Dr Koh kemudian, membidas YB Lim bahawa sistem tersebut hanya penambah-baikkan kepada sistem yang telah ada sebelum ini.

(5)  Seterusnya beliau berkata, sekiranya kerajaan PR hanya menemui 5-7 kes yang meragukan berbanding beratus-ratus fail yang ada, ini menunjukkan sistem terdahulu lebih berjaya dari segi peratusannya. YB Lim kemudian berkata.. walaupun sedikit, ianya melibatkan sejumlah wang yang besar dan boleh digunakan untuk kebajikan rakyat P.Pinang.

(6)  Tan Sri Dr Koh selanjutnya berkata, jika terdapat kes yang baru.. sudah tentulah tindakan akan diambil. Berkenaan kes-kes sebelumnya, biarlah mahkamah yang menentukannya.

(7)  YB Lim kemudian menggulung hujah dengan menyatakan kerajaan PR akan terus memperjuangkan pentadbiran kerajaan yang telus dan ‘mesra rakyat’. Manakala Tan Sri Dr Koh pula menggulung hujah dengan membidas kerajaan PR agar mempunyai maklumat-maklumat yang kukuh dan cukup sebelum membuat tuduhan kepada kerajaan BN sebelum ini.

Pendapat saya..

Kerajaan PR cuba menjatuhkan imej Kerajaan BN sebelum ini dengan pendedahan skandal tanah, tetapi telah ditempelak balik oleh Dr Koh kerana hanya mencari isu untuk menghentam kerajaan. Tambahnya lagi, Lim Guan Eng suka mencari kesalahan kerajaan dulu agar dapat isu tersebut dapat dipolitikkan dan disensasikan.

Apa yang YB Lim Guan Eng katakan ada benarnya, sekiranya kerajaan PR tidak mendedahkan sekarang.. mungkin hal ini tidak akan diketahui selama-lamanya oleh rakyat. Saya bersetuju dengan hal ini, mungkin juga kerajaan BN akan berbuat perkara yang serupa jika merampas kekuasaan.

Ini memang kerja orang politik, biasalah..

Kerajaan PR hanya memperkemaskan lagi sistem pentadbiran kerajaan BN dahulu. Isinya masih sama tapi kulitnya sahaja yang berbeza..

Apapun, syabas kepada kedua-dua pendebat yang menunjukkan sikap yang profesional sepanjang debat berlangsung dan menampakkan mereka berdua telah bersedia atau ‘well-prepared’ sebelum debat bermula.

2 Responses to “Debat : Lim Guan Eng kena tembak oleh Koh Tsu Koon”

  1. AL Says:

    Bagus la komentari ini.

    Minta feature pos ini dalam website kita di http://mylivingwall untuk perhatian pembaca kita dan link kembali ke blog cekka.

    All the best.

    mylivingwall.com

  2. cekka Says:

    terima kasih..

    akan saya usahakan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: