Agenda Tersembunyi di Sebalik Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI)

August 20, 2008

Ikuti artikel Si Bongkok Tanjung Puteri –disini– atau baca sahaja dibawah ini :

(SIRI 1)

Mulai siri ini, Atok terpanggil untuk mendedahkan satu projek pembangunan wilayah di selatan Johor dilhamkan oleh rejim pro Anglo-Amerika Pak Lah yang jelas kelihatan sedang mengancam kedaulatan bumi bertuah Johor Darul Takzim, Negara Malaysia dan ketuanan bangsa Melayu-Islam di bumi sendiri.

Segala pendedahan yang dibuat bukan tohmahan yang timbul dari kalb yang khianat dan hasad dengki tetapi dianalisis dan diolah dari sumber-sumber seperti ucapan kalangan para pemimpin/bekas pemimpin politik Negara, para perancang, ahli korporat dan sebagainya… ikuti selanjutnya –disini

(SIRI 2)

Sebagai rancangan pembangunan koridor ekonomi strategik, WPI sudah semestinya berpotensi meningkatkan kedudukan ekonomi, taraf kehidupan dan kuasa membeli masyarakat tempatan.

Sekali pandang, sewajarnya orang Melayu akan beroleh kebaikan dan limpahan dari perlaksanaan program rancangan koridor ekonomi ini yang dirangka sebagai tindakan strategik… ikuti selanjutnya –disini

(SIRI 3)

Memang sejak dari peringkat gagasan, Singapura dilibatkan sepenuhnya dalam cadangan asal South Johor Economic Region (SJER); sebelum gagasan itu diperbesarkan menjadi WPI.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Dr. Vincent Lim yang mendapat pendidikan awalnya di Singapura, merupakan tokoh perancang strategik utama di sebalik SJER... ikuti selanjutnya –disini

(SIRI 4)

Secara kasarnya niat asal mewujudkan WPI sememangnya murni yakni bagi menarik dana pasaran modal dan pelaburan luar negara, terutama dari Singapura.

Tetapi niat yang murni itu telah setakat ini terbukti jelas dan nyata satu percaturan atau muslihat untuk menjadikan koridor pembangunan di selatan tanahair itu sebagai sebahagian dari rancangan halus pemerintah di negara republik pulau itu – dikenalpasti sebagai negara satelit utama Barat di rantau ini – untuk mewujudkan Singapura Raya atau Greater Singapore; suatu muslihat yang jelas berbau neo-imperialisme Barat... ikuti selanjutnya –disini

(SIRI 5)

Dalam mempertahankan WPI, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ada memberikan alasan bahawa projek pembangunan wilayah di selatan Semenanjung itu sebagai sebahagian dari langkah proaktif kerajaan untuk mengatasi ketidaksamaan ekonomi di Malaysia.

Langkah proaktif bagi mengatasi jurang ekonomi yang dimaksudkan oleh beliau itu adalah langkah menerapkan rangkaian nilai secara mampu bersaing dan berkekalan berpandukan modal insan yang terbaik sambil langkah meluaskan pembangunan ke setiap ceruk melalui pengwujudan koridor pertumbuhan di utara, timur dan selatan Semenanjung Malaysia selain dari di Sabah dan Sarawak… ikuti selanjutnya –disini
(SIRI 6)

Keikhlasan Singapura dalam memainkan peranan strategik mereka di WPI harus diragukan. Malah dari sudut pandangan sejarah setakat ini Negara republik pulau ini belum pernah menunjukkan keikhlasan dalam perhubungan dengan kalangan negara jiran sejak mencapai kemerdekaan melalui Malaysia lebih 42 tahun lalu.

Walaupun ASEAN mengamalkan dasar ‘prosper thy neighbour’ atau dasar memakmurkan jiran, namun Singapura yang hari ini bertaraf sebagai negara baru maju tidak langsung berminat membangunkan negara jiran. Negara ini sebaliknya lebih kerap dilihat sebagai menangguk di air keruh’… ikuti selanjutnya –disini
(SIRI AKHIR)

Tidak dinafikan potensi pembangunan koridor ekonomi seperti WPI ini untuk menjadi pemangkin dan pemacu ekonomi di Selatan Johor.

Namun demikian, berdasarkan pelan induk pembangunan wilayah berkenaan, terlalu banyak konsesi diberikan kepada orang luar, terutama kalangan pelabur dari Singapura.

Dasar, perancangan dan perlaksanaan program pembangunan di WPI ini kebanyakannya membelakangkan kepentingan taktikal dan strategik masyarakat tempatan, terutama kalangan orang Melayu, sehingga tidak boleh tidak memperlihatkan keadaan “menang sorak, kampong tergadai”… ikuti penamatnya –disini


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: