Percanggahan fakta sumpah Saiful- sekadar renungan

August 19, 2008

Ikuti artikel oleh Pembelamelayu.com -disini- atau baca terus dibawah..

Di tulis oleh Hang Tuah, Ogos 17th, 2008

Terdapat banyak ulasan-ulasan yang dikeluarkan oleh pengikut PAS totok dan PKR kental yang mempersoalkan kes liwat Anwar anak Ibrahim. Jadi, marilah sama-sama kita mengkaji “percanggahan” yang diwar-warkan oleh penyokong setia Anwar anak Ibrahim.

(1). Mereka mempersoalkan bahawa tarikh liwat yang dinyatakan oleh Saiful adalah salah. Memang diakui bahawa Saiful tersasul semasa menyebut tarikh pada bulan Ogos. Berapa ramai daripada kita yang pernah tersasul tarikh. Ramai orang yang saya kenal termasuk pegawai tertinggi yang berpengalaman berpuluh tahun dalam MNC pun tersasul tarikh apabila membuat “presentation” yang penting. Inikan pula si saiful yang baru berusia 23 tahun.

Contoh yang lebih baik ialah apabila orang nak menikah. Bercinta dah lebih 7-8 tahun, tetapi apabila berdepan dengan tok kadi boleh lupa nama bakal isteri. Sampai terpaksa akad nikah 3-4 kali. Ini memang contoh tipikal bagi kita umat Islam. Tapi, apa yang penting Saiful telah membetulkan tarikh tersebut semasa melakukan sumpah tersebut. Jadi ini tidak menjadi isu langsung.

(2). Kononnya terdapat perbezaan antara tarikh yang dinyatakan oleh Saiful dalam sumpah itu dengan laporan polis yang dibuatnya. Mari kita kaji perkara tersebut:

Ini adalah salinan sumpah laknat Saiful yang boleh didapati di laman web ini:

” Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat “–

—————————————————-

Ini pula laporan polis yang pernah disiarkan dalam laman web ini:

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”

Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pemegang mykad 850706-01-5687.

———————————————————-

Dalam laporan dan sumpah tersebut, menyebut tarikh yang sama, iaitu Anwar Ibrahim pernah meliwat Saiful pada 26/06/2008. Dalam sumpah laknatnya, Saiful tidak menyatakan bahawa 26/06/2008 adalah kali terakhir dia diliwat. Ini tidak juga bermakna bahawa Saiful pertama kali atau kali terakhir diliwat oleh Saiful pada tarikh tersebut. Dalam sumpah itu, tidak dinyatakan samada ianya yang pertama atau terakhir, tetapi ramai penyokong tegar Anwar cuba memanipulasikan fakta bahawa ianya bermaksud pertama kali diliwat. Hakikatnya, sumpah Saiful itu adalah secara amnya telah berlaku aktiviti liwat oleh Anwar anak Ibrahim pada tarikh tersebut.

(3). Suka sama suka liwat atau siapa rogol siapa adalah satu lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar anak Ibrahim sendiri. Semasa pertuduhan diibacakan oleh mahkamah ke atas Anwar tidak pernah dinyatakan secara jelas atau sah dakwaan Anwar mengenai suka sama suka liwat. Ianya hanya dimanipulasi oleh Anwar untuk meraih sokongan penyokong tegarnya yang rendah IQ bagi mempersoalkan jika ianya suka sama suka kenapa hanya dia yang didakwa. Apa yang saya nampak, Saiful sentiasa konsisiten dengan dakwaannya. Sila rujuk semula sumpah dan laporan polis Saiful, kedua-duanya dengan jelas menyatakan bahawa dia diliwat secara tidak rela.

(4). Ramai yang mempersoalkan kenyataan Najib mengenai tarikh Saiful datang menemuinya dengan dakwaan liwat. Dibawah adalah keratan akhbar mengenai isu ini.

KUALA LUMPUR 3 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Mohd. Saiful Bukhari Azlan telah menemui beliau untuk mengadu hal bahawa dirinya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim…..

Timbalan Perdana Menteri berkata, Mohd. Saiful berjumpa di rumahnya beberapa hari sebelum dia membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

‘‘Saya mula-mula tak berapa yakin dan skeptikal, sama ada cerita ini benar ataupun tidak, jadi saya serah kepada dia dan serah kepada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya…..

Ditanya bagaimana keadaan Mohd. Saiful ketika pertemuan itu, Najib yang percaya pemuda itu memilih untuk menemui beliau kerana mengenali pegawai khasnya (Khairil Anas Yusof), berada dalam keadaan trauma dan ketakutan serta ‘seram sejuk’.

———————————————————

Apabila Saiful menemui Najib dia mendakwa telah diliwat oleh Anwar Ibrahim 2-3 hari sebelum membuat laporan polis pada 28/06/2008. Ini bermakna bahawa Saiful memberitahu bahawa dia pernah diliwat berkali-kali oleh Anwar anak Ibrahim iaitu sebelum 26/06/2008. Kali terakhir Saiful diliwat ialah 26/06/2008 iaitu selepas Saiful menemui Najib dan kemudian Saiful membuat laporan polis pada 28/06/2008. Sekali lagi ianya konsisten.

(5).  Saiful diliwat pertama kali apabila disoal oleh wartawan. Apabila menjawab soalan wartawan adakah dia pertama kali diliwat. Ianya bukan bermaksud bahawa pada 26/06/2008 adalah kali pertama dia diliwat. Apa yang cuba disampaikan oleh Saiful ialah Anwar adalah orang pertama yang pernah meliwatnya. Kenyataan Saiful ini dibuat adalah bertujuan untuk membersihkan namanya yang dikatakan ‘gay’ oleh pengikut Anwar anak Ibrahim. Jadi sekali lagi tiada percanggahan disini. Ianya bermaksud bahawa Anwar anak Ibrahim adalah manusia pertama yang pernah meliwatnya dan bukan bermaksud pertama kali diliwat pada 26/06/2008.

Berikut adalah sedutan soalan tersebut:

Wartawan: Ada yang kata lebih daripada sekali.

Mohd Saiful: Itu saya akan beri keterangan di mahkamah.

Wartawan: Betul kamu buat pemeriksaan di Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu saya akan jawab di mahkamah.

Wartawan: Kenapa pada mulanya kamu pergi ke Hospital Pusrawi?

Mohd Saiful: Itu keterangan di mahkamah nanti.

Wartawan: Tapi betul Saiful pergi ke Pusrawi hari itu?

Mohd Saiful: Keterangan di mahkamah. Saya akan bagi keterangan. Dan iyalah, saya bukan seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim ingin melaksanakan ‘media trial’, jadi saya akan memberikan keterangan saya dan bekerjasama semasa di mahkamah nanti.

Wartawan: Ini kali pertama kamu diliwat?

Mohd Saiful: Ya, pertama kali.

(6). Ada yang mempersoalkan kenapa Saiful yang muda dan gagah berusia 23 tahun boleh diliwat oleh Anwar anak Ibrahim yang berusia 61 tahun. Saya rasa pertama kali Anwar meliwat Saiful apabila membuat Saiful ke luar negara. Saiful yang mungkin tidak pernah keluar negara sudah tentu berasa terhutang budi kepada Anwar apatah lagi dia hanyalah “coffee boy”. Dengan ketrampilan Anwar yang tampak berkarisma dan sentiasa menjadi pujaan Saiful, maka apabila Anwar ‘slow talk’ maka Saiful menjadi serba salah untuk menolak permintaan Anwar tersebut.

Tambahan pula, Saiful berada di luar negara dan tidak tahu ke mana hendak mengadu perkara tersebut. Jika berlaku di Singapura atau Hong Kong, aktiviti homeseks ini telah diterima secara tidak langsung disana. Jadi, Anwar menggunakan kelebihannya dan kelemahan Saiful pada masa itu untuk menguasai Saiful dan seterusnya berjaya meliwat Saiful. Jadi, tidak timbul isu gagah perkasa atau tidak yang pasti semasa perkara tersebut berlaku, minda Saiful amat lemah sekali sehingga berjaya dikuasai oleh Anwar.

Kenapa penyokong tegar PAS, tidak menyoal kenapa ramai perempuan IPTA bertudung yang berzina sehingga melahirkan anak luar nikah. Kenapa mereka ini dengan rela mengadaikan diri mereka kepada kekasih mereka. Kenapa gadis yang mempunyai cukup didikan agama dan berjaya dalam akedmik ini tidak melawan semasa kejadian tersebut. Hakikatnya sama, mereka lemah iman dan tergoda dengan nafsu dan tiada kaitan dengan sama ada mereka mempunyai didikan agama yang cukup dan minda yang pintar ataupun tidak.

Beruntung sungguh Saiful ini, walaupun hanya “coffeboy” dia dapat layanan yang cukup istimewa daripada majikannya. Bukan hanya dibawa ke luar negara dan tinggal di hotel mewah, malah Saiful mampu pula tinggal di kondominium mewah yang hanya mampu didiami oleh mereka yang berpendapatan RM5 ribu ke atas. Tidak cukup dengan itu, dia juga mempunyai majikan yang cukup prihatin kerana sentiasa mengambil berat tentang dirinya dengan meliwati… ops melawatinya selalu.

Majikan orang lain tidak prihatin seperti Anwar ini, anda mungkin pernah membuat jamuan besar-besaran untuk meraikan sesuatu upacara. Tidakkah anda rasa kadang-kadang agar susah untuk majikan anda memenuhi jemputan anda. Majikan anda mungkin lebih sibuk daripada Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat kerana mereka sentiasa tidak dapat memenuhi undangan anda.

Wallahu’alam.. Kalau fakta-fakta ini tak boleh diguna-pakai, jangan pakai..

8 Responses to “Percanggahan fakta sumpah Saiful- sekadar renungan”

  1. Benci Pembohongan Says:

    apa kata awak keluarkan pulak rahsia-rahsia pemimpin-peminpin UMNO yang bahyak skandal ngan artis, rasuah, dan macam-macam lagi lah…baru lah adil kan……

    p/s: hi Benci Pembohongan,
    kalau ada ahli politik yang sumbang, kita ikhtiarkan isu terkini. Tak kiralah dari parti mana-mana pun.

  2. saifulbukharit Says:

    Janganlah perbodohkan Masyarakat yang dah bijak..kena kena liwat cari NAjib..dia menteri pertahanan dan poerliwatan ke pada ketika itu?jawabbb..bagaimana mudah dapat bertemu masuk dalam rumah najib??/dah berapa hari dia buat dan hantar surat apoimant nak jumpa najib???/kenapa tak pilih first balai polis atau jabatan agama islam????semuanya menjadi tanda tanya yang tak mampu dijawab oleh puak umno yang menggunakan skrip lama dan hanya ditambah dengan pelakon baru je…Selamatn disemadikan barisan nasional

  3. Anonymous Says:

    kias yang tidak betul. Orang akad nikah,sasul kerana gugup depan tuk imam, saiful sasul kerana gugup ketika nak fitnahkan DSAI. Anda kemukakan bahawa saiful diperdaya oleh DSAI hingga sanggup melakukannya merupakan fakta secra suka rela tapi dalamlaporan polis saifuldakwa dia tak dipaksa. Kemudian fakta saiful keluar negara,itu dakwaan saiful tanpa bukti. Kemudian fakta saifultinggal di kondo, ada kemungkinan pihak yang aniaya DSAI yang letakkan saifuldi situ. Kemudian kononnya anwar layan istimewa yang tak sepatutnya kepada saiful,semuanya adalah dakwaan saiful semata-mata.Mana bukti.Fakta yang anda kemukakan bersifat cuba mempengaruhi orang melayu agar turut memfitnah DSAI seperti yang anda lakukan. akhir sekali saya menyeru agar anda bertaubat dan meinta maaf daripada DSAI.Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa besar yang telah anda lakukan.

    *****

    PS-Dalam Islam pun ada diajar.. jika kamu mendengar sesuatu berita, maka siasatlah terlebih dahulu. Tujuan artikel ini disiarkan bukan untuk menghasut orang benci DSAI, tetapi untuk difikirkan. Jika kita bersikap adil.. kita tidak akan cepat menuduh samada Saiful atau DSAI. Jika kita tidak pasti, biarlah mahkamah yg menentukan.

    Jika kita anti-Anwar.. kita cepat percaya kata2 Saiful. Jika kita pro-Anwar.. kita telan saja kata2 beliau. Jika kita mudah taksub kpd seseorang, kita tidak suka otak kita berfikir dan bekerja.. kita hanya biarkan hati kita sahaja yg bekerja. Hakikatnya, otak & hati mesti kerja seiringan. Jika anda suka Anwar, orang kena hormati pendapat anda.. jika tak suka pun kena hormati juga. Jangan paksa orang lain utk berfikir seperti anda atau saya sendiri.

    Orang boleh cakap apa saja.. yg membuat keputusan utk diri kita hanya kita sendiri.

  4. arelil Says:

    hang tuah,,,ko memang bodoh..aku harap anka ko pun akan di liwat nanti

  5. arelil Says:

    aku harap anak hang tuah pun akan di liwat nanti..biar padan muka ko

  6. man laksa Says:

    kalau sumpah boleh lepas, dah ramai banduan yang terlepas dari hukuman..takyah la sumpah2, nanti mahkamah tentukan..berita terbaru saiful skarng berada di phg dan di katakan mengidap sakit tuan dan ayahnya dikatakan membuat urusan jual beli hartanah berjuta2..entah betul entah tidak, klik pahang daily..kalau betul, byk duit diaorang no..! mana mai..

  7. mat satey Says:

    leh caya ke

  8. Mjk Says:

    Saiful amat lemah untuk menolak permintaan anwar, jawapan paling bodoh.
    Lemah pasal ape pasal anwar ada ilmu pukau ke?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: