Anwar terdesak, mahu sokongan Gus Dur untuk memulihkan imej

August 19, 2008

Saya mulakan dengan cerita sumpah Saiful sekali lagi (dah naik boring pulak, asyik pusing cerita sama).. Saiful dan BN berkata, “sumpah ini tidak bermotifkan politik”.

Hakikat sebenarnya, rakyat sudah tidak percaya dengan kata-kata BN lagi.. Apa sahaja yang keluar dari kem BN tetap dipandang serong. Ini adalah cabaran terbesar BN berdepan dengan rakyat, PERMASALAHAN TIDAK DIPERCAYAI. Malahan, rakyat ‘atas pagar’ juga percaya ini adalah permainan BN, apatah lagi penyokong tegar Pakatan Rakyat dan PKR.

Sumpah Saiful kebetulannya sehari sebelum Hari Penamaan Calon.. siapa yang percaya? Ianya seolah-olah telah dirancang. BN berkata, itu adalah soal peribadi Anwar-Saiful, tidak perlu diungkit. Tetapi soal itulah juga yang dijaja sana-sini untuk merayu undi.. bagaimana rakyat mahu percaya dengan kata-kata BN? Itulah punca BN tidak dipercayai.. tidak konsisten dengan kata-kata politiknya.

Apatah lagi dengan Rang Undang-Undang DNA yang telah dibentangkan di Parlimen dan dijangka akan diluluskan segera. Seolah-olah ini usaha tergesa-gesa BN untuk menguatkan dakwaan keatas Anwar di mahkamah nanti.

“Tidak bermotif politik”, kata-kata biasa dan retorik Najib-BN.. Boleh baca artikel Utusan Online –disini

Sumpah Saiful Sah : Kata Mufti

Berbalik kepada sumpah Saiful, ulama PAS berkata sumpah itu tidak menurut tatacara Islam yang sebenar. Hj Hadi menolak bulat-bulat sumpah itu, Nik Aziz tidak bersetuju kaedah bersumpah tetapi mengakui ianya sah. Kesahihan sumpah itu juga diakui oleh Mufti Perlis, Dr Muhd Asri, bahawa memegang Al-Quran semasa bersumpah adalah kepercayaan yang salah tetapi lafaz sumpah adalah sah mengikut lunas Islam kerana menyebut lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.

Ikuti artikel Dr Muhd Asri –disini

Dengan kata lain.. sumpah Saiful itu sah cuma kaedah perlaksanaannya sahaja yang tidak betul.

Sokongan Gus Dur Kepada Anwar

Apa pula kata Gus Dur?, salah seorang ulama dari Indonesia..

imej dari AIDC
imej dari AIDC

PETALING JAYA, 18 Ogos (SK) – Mantan Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid atau Gus Dur yakin bahawa Anwar mampu memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dalam sidang medianya di Ibu Pejabat KeADILan pagi ini, Gus Dur mengulas tindakan sumpah Saiful bahawa ianya bukan dari sudut tuntutan dan amalan islam. Ikuti artikel Suara Keadilan –disini

Jika diikuti laporan Malaysian Insider, Gus Dur berkata,

“I think the accusation of sodomy is wrong. I have known him for 15 years. I believe totally in him,” Gus Dur said at a press conference at PKR headquarters here today. He added that it was enough for Anwar to take the matter to the syariah courts and to say, “By God, I did not do such a thing.”

atau boleh baca laporan itu di dalam blog AnwarIbrahim.com –disini

Oleh itu, fahamlah saya kenapa Anwar berkeras tidak mahu bersumpah. Rupa-rupanya telah dinasihatkan oleh rakan baiknya itu agar bersumpah sahaja di mahkamah. Cukup dengan kata-kata “Dengan nama Tuhan, saya tidak melakukan perkara itu”. Ustaz Gus Dur.. tak perlu lafaz “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” kah?

Astaghfirullah.. Berikan petunjuk kepada ku.

(Mengeluh..) Kenapa Anwar liat sangat nak menjernihkan keadaan antara dia dan Saiful. Buat sumpah.. habis cerita.. orang pun dah tak bising-bising lagi. Biarlah Allah yang tentukan., biarlah masa yang menentukan, biarlah mahkamah menentukan. Episod Anwar-Saiful sudah reda seketika jika kedua-dua pihak bersumpah. Mahkamah dunia memang perlu dan makhkamah Allah juga perlu.

Alangkah pandainya Anwar Ibrahim berkata-kata, selepas mendapat nasihat dan sokongan Gus Dur.. ‘menegakkan benang basah’ dengan menyoal kembali wartawan dan rakyat;

“Adakah kamu ingin saya mempersendakan Islam dan Al-Quran dengan turut bersumpah?”, kata Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas pendaftaran pencalonan di Permatang Pauh.

Yang pasti.. BN telah ‘menghalalkan’ pelbagai cara untuk menghalang Anwar berjaya dalam politik dan menghalang Anwar dari merebut kekuasaan dari mereka. Manakala, Anwar pula seolah-olah ‘menghalalkan’ pelbagai cara dan alasan agar beliau tidak perlu bersumpah, agar dia tidak perlu membuktikan kebenarannya dalam kes liwat dari segi moral. Dari segi fakta dan undang-undang, biarlah mahkamah yang menentukan..

Seburuk-buruk Najib pun, sanggup bersumpah untuk menafikan hubungannya dengan Altantuya.. Kenapa dalam isu-isu lain, Anwar cukup pantas dan TIDAK TAKUT untuk bicara tentang perjuangan. Malahan sanggup berdebat dengan Shabery dalam isu ekonomi, tetapi dalam isu liwat ini, Anwar kelihatan berdolak-dalik dan TAKUT bicara tentang perjuangan.

(P/S: Siapa Gus Dur dan Apakah Kaitannya dengan Anwar dan Paul Wolfowitz?)

2 Responses to “Anwar terdesak, mahu sokongan Gus Dur untuk memulihkan imej”

  1. telagi Says:

    Ustaz Gus Dur sesat tu?pemimpin yang di pimpin?Jangan kencing lah..Itu bapak kesesatan tu.Itu yang korang panggil ustaz.Orang Indon pun tak caya kat dia,anwar boleh bagi peluang berucap.Cuba le selidik sapa gus dur tu.cuba kau bayangkan tuan guru nik aziz pakai seluar pendek.masuk akal ka nak panggil ustaz?
    oh ya.secara ringkas,nak tau Nahdatul Ulama tu pertubuhan apa?itu adalah pertubuhan yang dirancang secara halus oleh suharto untuk menmecah belahkan pengaruh semangat keislaman rakyat indonesia yang kuat waktu itu.Semangat itu amat memberi bahaya kepada kerajaan suharto.boleh agak siapa dalangnya?US lah.Nahdatul ulama lah yang mengeluarkan fatwa fatwa yang mengelirukan sekarang ni.
    perasaan tak korang sekarang ulama ulama islam indonesia sekarang ni hancus.ini kesan dari siasah suharto ni ler.mana ada lagi ceramah ceramah ugama di malaysia yang panggil ustaz2 dari indo macam tahun2 70an dulu.kerana sekarang ni ulama2 indo mmg hancus.ada ker ustaz boleh joget dangdut.geleng kepala aku..

  2. cekka Says:

    Ler.. Lepaih ni kena panggil Uncle Gus Dur. Ok?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: