Anwar tidak bersumpah demi kejayaan politik

August 18, 2008

Umum sudah mengetahui, Sdr Saiful Bukhari telah membuat sumpah untuk menegakkan kebenarannya telah diliwat oleh Anwar Ibrahim. Sumpah tersebut telah dilakukan dalam upacara ringkas di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15.08.2008 baru-baru ini. Lihat artikel tersebut -disini-

Kepada Saiful.. Pandangan orang kebanyakkan ialah, tujuan anda bermotifkan politik.

Apapun, pujian kepada Saiful kerana bertindak berani. Sekiranya Saiful dipihak yang benar, Allah akan tolong jua akhirnya. Tetapi bersedialah dengan bala Allah sekiranya Saiful menipu, hukuman Tuhan amat keras. Kerja Saiful sudah selesai..

Anwar Ibrahim tidak mahu bersumpah

Lain pula halnya dengan Sdr Anwar Ibrahim, beliau tetap enggan bersumpah. Boleh baca artikel AIDC -disini- atau baca terus kat bawah ni.

.fullpost{display:inline;}

TIDAK AKAN BERSUMPAH…Calon Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media rasminya yang pertamanya selepas hari penamaan calon semalam di Bilik Gerakan Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti dekat sini, pagi ini. –fotoAP


PERMATANG PAUH, 17 Ogos 2008: Sambil mengulangi tidak perlu bersumpah atas al-Quran, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mengetahui kandungan laporan perubatan kedua, kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan juga laporan polis berhubung dakwaan liwat yang dihadapinya.

Sehubungan itu, beliau mahu mahkamah mengarahkan kes tersebut ditarik balik apabila ia disebut semula bulan depan.

Malah pada sidang media pertama yang formal selepas penamaan calon semalam, bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak akan memenuhi desakan mana-mana pihak supaya bersumpah atas al-Quran sebagaimana dilakukan oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, bekas pembantu peribadinya dua hari lalu.

“Laporan perubatan sangat jelas, Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah kata ia sebagai (kes) rogol, dia (Saiful) kata dipaksa, polis pula mengatakan bahawa rela… dia kata satu, lapan kali, 11 kali… waktu (diliwat) juga berubah.

“Anda mengatakan bahawa perlu bersumpah atas al-Quran?… Hendak persenda al-Quran?

“Jika sistem kehakiman adil, dan saya mengatakan kepada anda bahawa hakim perlu menarik balik kes sebaik sahaja ia dibawa ke mahkamah (bulan depan).

“Ini kerana saya tahu kes ini, saya (sudah) tahu laporan perubatan (yang kedua daripada HKL)… ini bukan andaian bahawa saya telah melihat laporan. Kawanku (merujuk kepada wartawan), ia bukan andaian,” kata beliau di Pusat Operasi Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Penanti dekat sini pagi ini.

Anwar yang bertanding untuk merampas balik kerusi Parlimen Permatang Pauh – kali ini sebagai calon pembangkang – memberitahu, maruah dan kehormatannya menjadi pertikaian buat masa sekarang.

“Walaupun anda tidak menyokong dan menghormati saya, anda mesti menghormati undang-undang,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Saiful melakukan sumpah atas al-Quran berhubung dakwaannya diliwat Anwar sambil menggesa bekas majikannya itu supaya turut berbuat demikian.

mStar Online difahamkan Anwar menerima laporan polis dibuat Saiful petang kelmarin.

“Saya terima laporan polis selepas enam,” kata Anwar.

Laporan perubatan pertama disempurnakan oleh doktor Hospital Pusrawi dan kemudian Saiful diperiksa oleh doktor-doktor HKL.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga menggesa Anwar bersumpah sebagaimana dilakukan oleh Saiful.

Rata-rata isu Saiful bersumpah dan laporan liwat ke atas Anwar menjadi antara bahan berkempen utama sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekarang.

Ketika berkempen malam tadi, Anwar berkata, beliau tidak akan bersumpah berhubung tuduhan liwat terhadapnya kerana bimbang sumpahnya akan dimanipulasikan oleh pihak tertentu.

Katanya, sumpah yang dilakukan bekas pembantu peribadinya sengaja dibuat bagi menafikan peluangnya memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

“Nak bukti apa lagi. Laporan dah keluar. Tiada liwat. Ini dia (Saiful) pula nak sumpah. Kes ini tidak ke mana. Sebab itu dia tau kes ini tidak ke mana, jadi dia malukan saya dan aibkan saya semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh.

“Dulu saya dituduh meliwat dan saya yang dipenjarakan,” katanya di Taman Cermai dekat sini.
(baca artikel asal di mstar online)

Anwar Mengambil Risiko

Sekiranya tujuan Saiful bermotifkan politik, maka keengganan Anwar juga bermotifkan politik. Itu biasalah.. Itu memang sikap biasa manusia. Malahan kita sendiri pun tidak mahu membuka aib kita sendiri kepada orang apatah lagi kepada seluruh negara. Itu kita faham..

Tetapi Sdr Anwar sebenarnya mempertaruhkan maruahnya sendiri. Soal Anwar menipu atau tidak, masa akan menentukannya. Saya cuma berpegang kepada satu ayat.. “Tipu-daya Allah itu lebih tinggi dari tipu-daya hamba-Nya”. Kita tidak boleh berburuk sangka kepada orang lain apatah lagi membuat fitnah.

Itu soal Anwar dan Allah.. Cuma, yang agak dikesalkan ialah Anwar tidak mahu menjernihkan keadaan atau mempermudahkan urusan dengan turut bersumpah. Malahan untuk mendengar ayat “Saya tidak liwat Saiful” pun payah nak keluar dari mulut Anwar, yang ada alasan itu dan ini..

Yang nyata, episod Saiful telah selesai dan episod Anwar juga akan selesai sedikit masa lagi. Siapa yang benar, masa akan menentukan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: