Kenapa UMNO/BN semakin tidak relevan?

August 18, 2008

Selepas PRU 12, prestasi BN terutamanya UMNO jatuh merudum dengan teruknya. Ramai tokoh-tokoh popular UMNO kecundang seperti Datuk Shahrizat, Datuk Jamaludin Jarjis dan ramai lagi. Sekarang, barisan kabinet diwakili oleh ramai ‘muka-muka baru’.

Tidak terkecuali parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan. Kesemua tokoh utama mereka tersungkur dan mereka terpinga-pinga kehairanan..

Tetapi sebaliknya yang berlaku di Sabah dan Sarawak, parti komponen BN masih mengekalkan penguasaan mereka.

Secara kontra, barisan parti Pakatan Rakyat seperti PKR, DAP dan PAS mendapat kejayaan diluar-dugaan. Malahan, pemimpin mereka juga gembira bercampur kehairanan. Kenapa ini berlaku.

Umum mengetahui, ini adalah undi protes rakyat kepada kerajaan BN dan kepercayaan rakyat kepada mereka semakin hari makin menipis.

Kenapa ini berlaku? Dan kenapa BN semakin tidak relevan?

(1)  Sebenarnya ini berpunca dari kesilapan UMNO sendiri.. Demi meraih populariti pengundi Melayu, UMNO memainkan sentimen perkauman dan agama. UMNO seolah-olah ingin menjadi juara memperjuangkan bangsa Melayu tetapi hanya kepada segelintir Melayu sahaja. Slogan memperjuangkan bangsa Melayu untuk menutup kelemahan dasar memperkayakan diri sendiri dan kroni-kroni.

(2)  UMNO kemudian memainkan gendang perjuangan Islam. Kempen perjuangan ini sebenarnya menjadi bahan ketawa dan sindiran rakyat. Masakan mungkin mahu berjuang untuk Islam jika diri sendiri masih bergelumang dengan dosa-dosa pecah amanah, rasuah dan lain-lain lagi. Ingin mengajar orang lain cara-cara membersihkan rumah padahal kebersihan rumah sendiri pun tidak terjaga?

(3)  Permainan kedua-dua isu ini telah membuatkan kaum Cina dan India bertambah prejudis. Rakyat Cina menganggap MCA tunduk kepada UMNO, begitu juga MIC. Tetapi MIC lebih bersifat peribadi kerana rakyat India marahkan Samy Vellu yang semakin angkuh dan bongkak.

(4)  Pemimpin MCA dan MIC tidak berani bersuara kerana bayang-bayang ketakutan hasil peninggalan Mahathir. Mereka lebih mementingkan ‘periuk nasi’ mereka berbanding memperjuangkan nasib rakyat.

(5)  Faktor inilah yang dapat dilihat oleh Anwar Ibrahim.. kerana itulah dia melancarkan slogan Ketuanan Rakyat dan ternyata strategi popular Anwar ‘menjadi’. Lama-kelamaan Anwar mula membina pengaruh dikalangan rakyat Cina dan India. Anwar tahu rakyat Cina mahukan lebih.. bukan sekadar kaum minoriti tetapi sebagai kaum yang mempunyai hak yang sama seperti kaum Melayu.

(6)  Pada pilihanraya Ijok, Anwar mendapati sokongan rakyat India masih kurang. Oleh itu Anwar memainkan isu peningkatan taraf hidup rakyat India dan protes Hindraf membuktikan segalanya. Terbaru, slogan terbaru Anwar.. “Hari ini jadi PM, Esok 5 Pemimpin Hindraf yang ditahan bawah ISA akan dibebaskan”.

(7)  Dalam kekalutan UMNO cuba meraih populariti Melayu, Cina dan India.. mereka terlepas pandang hal-hal dalaman Sabah dan Sarawak. Nasib baiklah parti komponen BN disana berjaya atas dasar kaum-kaum pribumi tidak disentuh sangat. Perjuangan BN di Sabah dan Sarawak adalah memenangkan parti komponen atas tiket BN dan ekonomi yang menjadi isu utama bukannya isu perkauman.

(8)  Apabila Anwar cuba meraih sokongan pemimpin Sabah dan Sarawak, BN terutamanya UMNO melompat kepanasan kerana mereka telah lupa kepada kaum-kaum pribumi disana. Bimbangkan pengaruh semakin pudar, ditagih kesetiaan parti komponen dan pelbagai projek pembangunan dijanjikan.

(9)  Sabah dan Sarawak tidak kisah isu kaum kerana kaun pribumi adalah kaum majoriti, isu ekonomi lebih penting kepada mereka. BN berjaya meyakinkan Sabah dan Sarawak dan cubaan Anwar untuk meraih sokongan berjaya digagalkan.

(10)  Yang tinggal ialah isu Anwar.. BN tidak mahu Anwar ada di Parlimen kerana ini akan menambahkan lagi pengaruhnya. Inilah yang amat ditakuti UMNO dan mereka menerima sesiapa sahaja atau apa sahaja idea untuk menghakis Anwar.

(11)  Kesilapan UMNO ialah memainkan semula isu-isu yang menjadi punca kekalahan mereka pada PRU 12, iaitu isu kaum dan isu agama. Mereka ingin menambat rakyat Melayu dan meminggirkan rakyat Cina dan India. Apa yang akan terjadi kepada UMNO ialah “Yang dikejar tidak dapat, Yang dikendong berciciran”

(12)  UMNO menghentam Anwar yang semakin disayangi rakyat terutamanya rakyat Cina dan India. Tidak payahlah nak mengkritik kekasih orang.. mesti tak makan saman punya. Semakin dibenci orang adalah.. Silap-silap kena makan penumbuk orang.

(13)  UMNO masih selesa dengan budaya lama.. perebutan kuasa dan wang. UMNO masih terbayang-bayang kisah silam mereka semasa mereka berkuasa dan tidak cuba untuk memperbetulkan diri sendiri. Adalah sukar untuk UMNO berubah dalam setahun-dua ini kerana ajaran selama 22 oleh Dr Mahathir cukup berbekas.

Apakah ada jalan keluar untuk UMNO dan BN untuk terus relevan?

Jangan mainkan isu perkauman dan agama.. UMNO bukan membaiki keadaan tetapi lebih memburukkan keadaan.

UMNO mesti berubah untuk hidup bersederhana. Pemimpin UMNO mesti menonjol dengan imej bersih dan islamik (dengan hati yang ikhlas). Taat kepada pemimpin sedia ada dan bantulah dia untuk naik, akhirnya mereka sendiri juga diangkat naik. Dengan kata lain, jangan berbalah sesama sendiri. Tunjukkan imej dan contoh perpaduan yang baik kepada rakyat.

Jangan hiraukan Anwar.. berikan Anwar ruang dalam politik. Masa akan menentukan samada Anwar betul atau tidak, rakyat boleh menilai hasil kerja Anwar sebagaimana mereka menilai hasil kerja UMNO. Sekiranya 5 tahun Anwar jadi PM, berikan peluang kepada Anwar. Rakyat boleh menilainya nanti.. Soalnya, sanggupkah UMNO untuk kehilangan kuasa?

Jadikan Islam teras perjuangan dan amalan parti dan pada masa yang sama hak-hak rakyat Cina dan India bukan Muslim jangan dinafikan tetapi tidak berlebihan. Secara automatik Melayu-Islam akan berada dibelakang UMNO.. tidak perlu muzakarah. Cakap lebih tiada guna tanpa perlaksanaan dasar. Soalnya, adakah UMNO takut hilang popular? Kerajaan PAS di Kelantan mungkin boleh membantu UMNO dalam hal ini.

Akhir sekali, kepada pemimpin UMNO yang beragama Islam.. bertawakal lah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: