Bahaya strategi Amerika kepada politik Malaysia

August 18, 2008

Kemaraan Anwar seolah-olah tidak dapat disekat. Terfikir juga saya sejenak.. adakah ini rahmat atau bala Tuhan untuk Malaysia. Dengan slogan Anwar yang terbaru, “Dari Permatang Pauh Menuju Putrajaya”, sudah menampakkan agenda Anwar mahu merampas kekuasaan mutlak pemerintahan.

Soalan untuk Anwar (tentunya PKR).. “Jika kami undi anda, adakah anda akan sokong kami atau AS?”

Dibantu pula dengan PAS dan DAP, yang benci teramat benci kepada BN, boleh ‘tumpang sekaki’ dengan PKR untuk menaikkan populariti masing-masing. Yang lucunya, PAS dan DAP juga mempromosikan Anwar sebagai ketua mereka. Tiada lagi Nik Aziz-Hj Hadi, tiada lagi Lim Kit Siang-Karpal Singh.. yang ada, paluan gendang perang ‘Anwar akan jadi PM’.

Soalan untuk PAS dan DAP.. “Jika kami undi anda, adakah anda sokong kami atau kekuasaan?”

Tambah parah lagi, BN yang masih lupa diri dan saling bercakaran antara satu sama lain. Masing-masing mahu dapat jawatan, takut hilang kuasa, takut dapat sikit ‘duit poket’ dan macam-macam lagi. Lagi teruk, dimainkan isu kaum dan agama.. seolah-olah mencurah minyak ke dalam api.

Soalan untuk BN.. “Jika kami undi anda, adakah anda sokong kami atau kroni dan perut anda?”

Sedikit sebanyak, kisah Kesultanan Melaka dan kegemilangan Malaya mula terhakis dengan terjajahnya Tanah Melayu kepada Portugis pada tahun 1511. Hampir setengah abad, kita ‘terseksa’.. kita mula lupa sejarah apabila beroleh kesenangan yang baru berusia 50 tahun.

(1)  Perang Iraq dan Iran (1980-1988)

Pada 22 September 1980, Iraq telah memulakan perang kepada Iran. Iraq merupakan negara Islam berfahaman Sunnah manakala Iran juga negara Islam tetapi berfahahaman Syiah. Dengan kata lain, kedua-duanya negara Islam tetapi berbeza pendapat dan prinsip. Ketegangan antara kedua-dua negara bermula sejak 1975 lagi kerana masalah laluan perairan dan persempadanan.

Iran pada ketika itu mendapat sokongan kuat dari Rusia, yang merupakan musuh ketat Amerika dalam era ‘Perang Dingin’. Amerika pula menjadikan Iraq sebagai rakan baiknya sehinggakan sanggup membekalkan senjata dan nasihat ketenteraan, melalui CIA, menerusi parti ketiga iaitu Jordan, Arab Saudi, Mesir dan Kuwait.

Anda boleh melihat lebih lanjut penglibatan dan sokongan Amerika melalui artikel-artikel dibawah :

imej dari wikipedia
imej dari wikipedia

Akhirnya, apa yang Iraq atau Saddam dapat?

Dengan menjadi batu api hubungan Iraq-Kuwait, selepas menceroboh Kuwait, Iraq diceroboh AS pada tahun 2003. Saddam beranggapan Amerika akan menyokongnya dalam perang Iraq0Kuwait tetapi Saddam lupa, Kuwait adalah proksi AS dan ‘anak emas’ AS setelah sekian lamanya.

Dalam pencerobohan AS kepada Iraq, puak Kurdis diberi pertolongan pula oleh AS agar dapat memberi tekanan kepada Saddam.. Artikel-artikel dibawah mungkin boleh memberi penerangan yang lanjut kepada pembaca semua..

Apa pula yang puak Kurdis dapat setelah berjaya membantu AS ? Mereka diserang pula oleh Turki dengan restu AS. Turki yang berjaya meyakinkan Amerika bahawa Islam bukanlah agama rasmi negara mereka, telah diterima sebagai proksi AS yang baru. Akhirnya puak Kurdis kena tendang dek Amerika..

(2)  Peranan Amerika dalam politik Malaysia

Menurut Hernando Calvo Ospina, penulis buku, “Bacardi: the Hidden War” NED merupakan alat instrumen kerajaan Amerika untuk menguasai dunia menggunakan slogan ‘Demokrasi’. Penulis merumuskan, “Alat ini (NED) mempunyai tujuan yang sama seperti CIA iaitu untuk menimbulkan suasana huru hara kerajaan yang tidak mempunyai hubungan baik dengan Amerika Syarikat (AS) dengan memberikan pembiayaan kewangan kepada pihak pembangkang”

Sebelum wujudnya NED, peranan itu dimainkan oleh Central Intelligence Agency (CIA) dan United States Agency for International Development (USAID). CIA berwajah ‘hitam’ kerana dikaitkan dengan keganasan dan taktik kotor, manakala USAID berwajah ‘kelabu’ kerana boleh menggunakan taktik kotor dan menjadi berwatak putih sebagai penyumbang derma.

Oleh kerana CIA dan USAID telah dilabelkan sebagai konspirator dunia, berwatak ‘hitam’ dan ‘kelabu’ maka tindakannya sudah tidak berkesan. Pada tahun 1983, Presiden Amerika, Ronald Reagan telah menubuhkan NED, yang kelihatan berwatak ‘putih’. Sejak NED ditubuhkan, badan itu sering digunakan untuk menaja program-program demokrasi di sesebuah negara yang disasarkan oleh Amerika. Anggota CIA dan USAID akan berselindung di sebalik tabir NED.

Pada tahun 2004, NED telah membelanjakan USD $325,493 atau RM 1.2 juta untuk bantuan NGO dan pelbagai program di Malaysia.

Bantuan NED itu disalurkan kepada Asian Network for Free & Fair Elections (ANFREL); Asian Human Rights Commission (AHRC), diketuai Mr Basli Fernando; Center for Independent (CIJ) diketuai Sonia Randhawa; Southeast Asian Press Alliance (SEAPA), diketuai Kavi Chongkittavorn (Thai Journalist Association); Malaysian For Free Election (MAFREL) diketuai Abdul Malek Hussin; Open Dialogue Centre (ODC) diketuai Nurul Mu’az Omar; Malaysiakini.com , diketuai Steven Gan dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) diketuai Yap Swee Seng.

Menariknya semua NGO itu menyokong Anwar Ibrahim..

Anda boleh mengikuti artikel oleh AIDC yang bertajuk “Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar Jadi PM Pada 16 September?” -disini-

Kesimpulan dan Tanda-tanya ??..

Apakah tujuan dan niat Anwar berbaik-baik dengan agensi-agensi tajaan NED ini? Adakah Anwar tidak sedar peranan NED/Amerika atau saja-saja je buat tak tahu agar sokongan untuk Anwar berkuasa akan dicapai. Tidakkah kisah Saddam-Iraq boleh dijadikan panduan buat Anwar agar berhati-hati.

Apakah Anwar benar-benar ‘agen’ Amerika untuk meneutralkan proses Islamisasi di Malaysia dan mengamalkan falsafah Liberalisme? Ini bukan sahaja bahaya kepada Islam bahkan juga bahaya kepada agama Kristian, Buddha dan Hindu. Ini akan menggalakkan fahaman ‘free thinker’ seperti Raja Petra Kamarudin dan ‘atheisme’ atau fahaman tiada tuhan.

Fahaman ‘free thinker’ boleh mencetuskan permasalahan sosial yang serius dengan berselindung disebalik hak asasi manusia dan kebebasan berindividu.

Sekiranya Anwar berjaya menjadi PM, mungkin penglibatan Amerika dalam politik Malaysia akan lebih terjamin dan berterus-terang. Sebelum menjadi PM pun sudah nyata, apatah lagi bila menjadi orang No.1 Malaysia.. Ini yang Amerika mahu, Anwar akan jadi boneka mereka nanti.

Setidak-tidaknya, BN masih ada had berurusan dengan Barat dan mempelbagaikan jalinan antarabangsa dengan kuasa besar dunia seperti China dan Rusia. PAS pula dengan Dasar Pandang ke Asia Barat tetapi Anwar ini ‘sudah terang lagi bersuluh’ mengamalkan Dasar Pandang ke AS.

Anwar juga ada jalinan dengan negara-negara Arab tetapi negara Arab proksi AS seperti Turki, Jordan dan beberapa lagi.. Negara Arab yang tidak mengamalkan kehidupan beragama tetapi berfahaman sekular.

Sekiranya Anwar menjadi PM, dengan menjadi boneka AS, tidakkah Anwar juga akan kena tendang dek AS apabila berurusan dengan Singapura. Padahal, Singapura lebih menjadi ‘anak emas’ kepada AS berbanding Anwar yang ada nama ‘bin’ seperti Osama bin Laden. Jadilah kisah Malaysia-Singapura sepertimana kisah Iraq-Kuwait.

Dengan lokasi Malaysia-Singapura yang strategik, AS boleh mengawal minyak di kawasan Asia Tenggara yang meliputi negara-negara pengeluar minyak seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ketiga-tiga negara ini adalah negara Islam. Dengan mengawal minyak Malaysia, AS mendapat bonus cari-gali minyak di 33 buah negara dibawah seliaan Petronas.

Bagaimanapun, kita harus berbaik sangka dengan Anwar.. Apa yang mampu kita doakan agar Malaysia tidak menerima musibah pada masa akan datang.. pada zaman anak-cucu kita.

Na’uzubillah Min Zalik.. Semoga Allah turunkan kepada kita pemimpin yang betul.

Anda boleh mencaci saya jika saya bukan pro-Anwar, bahkan saya bukan pro-BN atau pro-PR juga. Saya lebih pro-Malaysia dan pro-Islam. Adalah tanggungjawab saya berpesan-pesan dengan kebenaran kepada saudara-saudara saya, adalah tanggungjawab saya menjaga keharmonian Malaysia.. tempat tinggal saya. Sekiranya artikel saya tidak berguna.. jangan pakai. Tetapi renung-renungkanlah apa akan terjadi kepada Malaysia nanti.

Pada masa itu, isu kaum Melayu, Cina dan India tiada guna lagi. Semua kaum akan mengemis di negara kelahiran mereka, Malaysia. Kepada mereka yang mempunyai banyak kewarganegaraan.. ini mungkin bukan masalah besar. Lantak pii lah depa.. aku boleh cabut lari.

3 Responses to “Bahaya strategi Amerika kepada politik Malaysia”

  1. 9/11 Truth Says:

    There are only so many pages in the Kama Sutra.JohnA.SimoneJr.John A. Simone Jr.

  2. aprilfooltaiktasu Says:

    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄

    BERITA BAIK!!!
    Mari kita tengok blog ini. hebat sekali!

    MARI MENCARI KEBENARAN

    Masuk sini= http://mustahil-kristian-bisa-menjawab.notlong.com

    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄
    ▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄▀▄


  3. […] Nota : Artikel yang ditulis cekka ini sebahagian daripada artikel lengkapnya. Untuk membaca artikel penuh, sila klik di sini […]


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: