Sumpah Liwat Saiful : Pemimpin PAS yang ‘flip-flop’

August 17, 2008

KUALA LUMPUR, 15.08.2008 : Selepas lebih seminggu kes diliwat disebut di mahkamah, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan sumpah mubahalah di Masjid Wilayah Persekutuan di sini petang ini.

Saiful, 23, memilih hari Jumaat untuk menyempurnakan upacara sumpahnya.

Pada pukul 6.23 petang, Saiful yang berpakaian baju Melayu warna coklat dengan songkok sambil diperhatikan oleh ayahnya, Azlan Mohd Lazim yang berbaju Melayu biru telah melafazkan sumpah. Ikuti artikel selanjutnya…

Reaksi Pemimpin-Pemimpin PAS

(1)  Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

imej dari anginperubahan.blogspot.com

imej dari anginperubahan.blogspot.com

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) – Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam. Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran. Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam. Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

“Saya berdoa dan berharap Dato’ Seri Anwar diberikan kemenangan,” ujarnya.

Apa ni Tuan Guru ?? Pada 4 Julai baru-baru ini Nik Aziz bersetuju dengan cadangan yang meminta Anwar dan Saiful supaya ‘bermuhabalah’ atau bersumpah.

“Memang patut kedua-duanya ‘bermuhabalah’, dalam Islam pun ada, kita ajak ramai-ramai sembahyang hajat dan bersumpah dan kalau siapa salah biar Allah tunjukkan.” Lihat artikel tersebut –disini

Niat Saiful ialah hendak melakukan sumpah, biarpun kaedahnya tidak betul pada pandangan ulama PAS. Yang penting adalah kesanggupan Saiful untuk bersumpah demi menegakkan kebenarannya memang wajar dipuji. Soal ianyanya bermotif politik adalah biasa dan ‘understood’ oleh semua orang.

Yang penting, Saiful sanggup melakukannya.. Kenapa PAS tidak menasihatkan Anwar agar turut bersumpah dengan kaedah yang sebetulnya?

(2)  Anwar usah layan sumpah Saiful : Hadi

imej dari harakahdaily.net

imej dari harakahdaily.net

Sinar Harian, 17.08.2008 – Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan penasihat parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dan tidak wajar untuk bersumpah dengan menggunakan kitab suci Al-Quran untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dalam kes liwat yang sedang dihadapinya kini

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang bersumpah menggunakan kitab suci Al-Quran di Masjid Wilayah Persekutuan pada Jumaat lepas.

Katanya, Anwar tidak perlu ‘melayan’ sumpah yang dibuat oleh bekas pembantu peribadinya itu. Sebaliknya beliau menyatakan tindakan Saiful itu merupakan satu tindakan yang bodoh dan tidak menepati ajaran Islam yang sebenarnya dan apa yang malangnya di sini ialah ia turut melibatkan golongan cerdik pandai Islam.

“Tindakan bersumpah dengan menggunakan kitab suci adalah amalan orang Kristian yang melakukannya dengan menggunakan Kitab Injil, bukannya umat Islam,”

“Dalam Islam hanya ada li’an, iaitu sumpah antara suami dan isteri yang menuduh pasangan mereka melakukan zina. Dalam hal ini Anwar dan Saiful bukan suami-isteri,” katanya selepas menghadiri Perbahasan Dasar sempena Muktamar Tahunan PAS ke 54.

Apalah Hj Hadi ini.. kenapa tidak perlu layan?.. Sumpah Saiful itu seumpama dakwaan keatas Anwar dan ianya tuduhan yang berat. Anwar perlu ambil-kira hal ini kerana ianya melibatkan maruah Anwar itu sendiri. Ajarlah Anwar bersumpah dengan kaedah yang benar-benar betul (dikacamata PAS) untuk menjernihkan keadaan dan membela diri Anwar itu sendiri.

Adakah sumpah-sumpah lain tak dibenarkan dalam Islam, kecuali sumpah Suami-Isteri? Jangan nak mengarutlah Hj Hadi..

Bekas MB Terengganu ini juga menyatakan merujuk kepada Artikel 121 (1a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang melibatkan zina perlu diadili di Mahkamah Syariah. Katanya, Saiful tidak mengetahui isi kandungan Al-Quran dan mempersoalkan tindakan (Saiful) yang bersumpah menggunakan kitab suci itu tanpa mengetahui kandungannya serta menganggap tindakan Saiful adalah satu agenda politik yang kotor dan tidak bermoral.

Beliau turut menyatakan dalam Islam seseorang itu tidak dianggap bersalah selagi tidak didapati bersalah dan  tidak boleh membuat hukuman wal tanpa mendapatkan penjelasan dari kedua-dua pihak.

“Mahkamah membenarkan Anwar bertanding dalam pilihanraya dan itu menunjukkan beliau tidak bersalah. Lagipun yang mendakwa (Saiful), sepatutnya ada empat orang saksi atau kedua-dua pihak harus berikrar. Ingin saya tegaskan disini bahawa PAS tetap menyokong Anwar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini”

Sumpah Saiful bermotif politik boleh diterima dan hujah Hj Hadi bermotif politik pun boleh diterima. Itu cakap-cakap biasa ahli politik..

Jikalau benar perlu ada keputusan muktamad dari mahkamah baru boleh dianggap bersalah, maka janganlah cepat menuduh pemimpin BN yang lain terutamanya Najib jika beliau belum dibuktikan bersalah dalam kes Altantuya. Kenapa Hj Hadi boleh ‘pejam sebelah mata’ dalam kes Anwar?

Perangai pemimpin Melayu-PAS ini memang pelik, lebih-lebih lagi soal politik. Kadang-kala, kejujuran percakapan ‘Mat Saleh’ lebih boleh diguna-pakai berbanding mereka.

Tetapi.. yang tersuluh disini ialah Nik Aziz mempertikaikan kaedah bersumpah dan bersetuju sumpah itu diharuskan, manakala Hj Hadi pula terang-terangan menyatakan sumpah itu tidak ‘valid’ atau tidak sah disisi Islam. Masing-masing mahu tunjuk jaguh kepada ahli-ahli PAS. Ikut sukalah…

3 Responses to “Sumpah Liwat Saiful : Pemimpin PAS yang ‘flip-flop’”

  1. suli Says:

    Assamualikum moderator,
    nampaknya kamu terbawa-bawa dengan kekeliruan yang dicetuskan oleh UMNO ( mencedok Agama ikut nafsu mereka,oK ikut, kalau tak diam saje- kawin, zakat, sembahyang, haji, qeqah anak, berkhatan, mati ikut Islam, bab rasuah boleh tukar nama komision, apa ni ), siapa yang layak bercakap tentang Islam, Najib, Jamaludin Jarjis, ataupun Putera Idola UMNO, atau mungkin saudara berfikir semua orang boleh membingcangkan hal agama@sumpah tersebut, tapi biar jangan mencela atau membebel kalau tiada ilmu, Ayuh suadara kembali pada usul pangkal cerita kes tersebut. Faundation tuduhan amat2 rapuh.banyak kesangsian.Sejarah 1998 kes liwat Anwar, pada mulanya semua Orang UMNO termasuk saudara menyalak Anwar kaki liwat,terutama semasa Munawar dan Sukma dipaksa bersumpah ( Akhirnya mengaku dipaksa bersumpah ) tetapi pada akhirnya didapati tiada kes liwat. Tak ikut perkembangankah saudara.
    Kesan pemerintahan UMNO selama 50Tahun pun sungguh teruk sekali. Tak kisahkah saudara,
    Tunjukan saya mana ahli UMNO sekarang terutama MT UMNO yang hidup secara sederhana.
    Faham kesan dan imbas sejarah kita PASti dapat jawaban dari kes liwat sekarang.
    YA suadaralah orang yang dimaksudkan MELAYU MUDAH LUPA.

  2. cekka Says:

    Sdr Suli,

    Itu komen anda.. okaylah.

    Jangan pula kita buta hati kerana terlalu fanatik kepada pemimpin. Sehebat mana pun kita, kita tidak maksum seperti Nabi.

    Saya tidak kata orang UMNO bagus.. orang PAS lagi bagus. Kes 1998 boleh dipersoalkan dan begitu juga kes 2008.

    Kenapa Anwar dan PAS sahaja yang layak bercakap hal-hal agama? Islam milik mereka sahajakah? Kita ini orang biasa tidak boleh bercakap pasal Islamkah? Kena ikut kata-kata orang dengan membabi-buta kah? Orang terjun lombong, kita pun terjun lombong juga.. Habis itu, akal yang dikurniakan kepada kita ini untuk apa? Islam suruh guna akal untuk terima maklumat sahaja dan tidak difikir-fikirkan?

    Anwar belum bersalah tetapi sikap berdolak-dalik beliau boleh diragukan. Saya melihat dari kacamata rasional dan sebagai golongan rakyat bawahan. Kalau saudara boleh membuktikan Anwar tidak bersalah dengan fakta-fakta yang jelas, saya akan menyokong Anwar.

    Saya bukan orang parti, cuma orang biasa. Mungkin Sdr Suli lebih ahli dari saya..

  3. emaddaniel Says:

    Assalamualaikum Bro,

    berkenaan dengan keyataan Nik Aziz dan Haji Hadi tu, pada pandangan saya ianya telah di kelirukan oleh media. sepertimana yang kita tahu, media memainkan peranan penting dlm menentukan jatuh bgn seseorg even negara. SO sebagai manusia yang berilmu dan Allah memberi akal, seeloknya saudara berfikir secara matang dalam hal ni. sebb yang membezakan manusia dengan haiwan hanyalah akal, Allah jadikan manusia dan haiwan semuanya ada otak tapi haiwan tak de akal.

    so guna lah akal yang kita ada dan ilmu yang kita ada untuk mencari kebenaran. saya berpendapat apa yang Nik Aziz dan haji hadi cakap tu adalah betul, bukan pendapat politik ye. sbb sy pun belaja di sekolah agama. so bab2 sumpah ni, kita perlu ikhlas dan lahir dari hati, bukannya boleh main-main.

    sebelum saudara pertikaikan tentang kenyataan nik aziz atau haji hadi, saudara perlu selidik dahulu siapa saiful. Saiful yang bekerja sbgi pembantu, tetapi tinggal di kondo yang hanga sewa sebuah rumah RM5000 ke atas. siapa saiful yang boleh jumpa direk najib? kenapa najib menafikan yang dia tak kenal saiful? tapi kenapa dlm masa seminggu najib boleh membuat kenyataan berubah2 tentang saiful? atas pertimbangan ini lah, nik aziz dan haji hadi membuat keputusan dan mebuat kenyataan tentang saiful. bukan pasal polimik politik kenyataan itu tapi di sebalik apa yang berlaku.

    bro… banyak2 kan buat penyelidikkan terutama bab ugama islam. yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. dan setahu sy. nik aziz dan haji hadi tak kata sumpah saiful tu tak betul, cuma cara pelaksanaan sahaja yang tak betul. sila buat rujukkan baik2 ye bro. cari kenyataan di youtube klu nk tgk video kenyataan2 tersebut. sbb media cetak atau on9 ni, beritanya tak boleh di percayai 100%.

    apa yang baik dari Allah, apa yang kurang dan tersalah tu adalah kelemahan saya. Dr hujung rambut ke hujung kaki sy meminta maaf andainya kata2 sy tersebut.

    Emad Daniel
    http://emadddaniel.wordpress.com


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: