Anwar Ibrahim belajar strategi politik dari Mahathir

August 17, 2008

Anwar Ibrahim terkenal dengan seorang yang petah berhujah dan hebat berpidato. Itu adalah Anwar semasa bersama ABIM suatu ketika dahulu. Itu adalah Anwar yang berkaca-mata dengan bingkai tebal, seluar zaman 80 an dan rambut panjang ‘belah tepi’ atau masakini.. ‘mat skima’. Dan dengan stail inilah dia bersalam dengan Dr M ketika menjadi ahli UMNO seketika kemudian.

Anwar hebat berbicara tentang ekonomi dan dia lah pakar ekonomi Malaysia. Itu adalah Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan merangkap Timbalan Perdana Menteri, itu di era pemerintahan Dr Mahathir. Itu adalah Anwar dengan berkot kemas dan bertali leher. Senyum sumbing apabila dapat berjalan dengan pemimpin-pemimpin besar dari Amerika.

Anwar seorang pejuang hak-hak asasi. Itu semasa era menjadi tahanan ISA, juga di era pemerintahan Dr Mahathir. Salah satu ayatnya yang popular..

“Jika takut ditangkap, Usah bicara tentang perjuangan”.. Wow!!

Itu ialah Anwar dengan mata lebamnya, jalan berbongkok-bongkok kerana sakit tulang belakang dan memakai penyokong leher sebagai kostum rasmi.

Sekarang, Anwar memperjuangkan Ketuanan Rakyat. Bila dalam majlis Melayu, memakai baju Melayu dan berkopiah.. Ayat-ayat rasminya,

“Kita akan memperjuangkan nasib Melayu dan Islam !”

Bersama-sama dengan orang Cina dan India, berkemeja kemas. Ayat-ayat rasminya;

“Tiada perbezaan antara kita, tiada keperluan agama Islam sebagai agama rasmi”

Dengan kata lain, Anwar menggunakan ‘Strategi Populis’. Satu strategi untuk meraih populariti untuk mendapat keuntungan politik. Inilah strategi yang digunakan oleh Dr Mahathir agar BN meraih populariti dari rakyat ketika tersepit.

Ketika golongan muda memberi sokongan kepada Anwar bersama ABIM, diheretnya Anwar masuk UMNO. Ketika ahli-ahli BN mula memberi sokongan kepada Anwar, diangkatnya  Anwar menjadi Timb. PM. Ketika gelombang kesedaran Islam mula memuncak, diberinya jawatan PM kepada Pak Lah. Strategi ini berjaya mengendurkan bantahan dan sentimen anti-Mahathir.

Beza Dr M dan Anwar Ibrahim.. Dr M menggunakan strategi ini untuk mengekalkan pengaruh manakala Anwar menggunakannya untuk mendapatkan pengaruh. Tak kisahlah Malaysia tergadai asalkan dapat mempengaruhi Amerika menyokongnya..

Salah satu strategi politik yang Dr Mahathir belajar dari Fidel Castro.. ‘Strategi Pre-Empitive‘. Salah satu strategi yang menjadi kemestian kepada ahli-ahli politik yang berjaya, iaitu kaedah pemikiran satu langkah kehadapan untuk membuat tindakan atau mencari alasan keatas risiko-risiko yang bakal terjadi..

Ini juga strategi Amerika, ‘Pre-Emptive Strike’, alasan menyerang negara-negara Islam terlebih dahulu dengan beranggapan mereka akan menyerang Amerika di masa hadapan.

Ini juga strategi yang diguna-pakai oleh Dr M untuk menjawap soalan-soalan kontroversi secara spontan dan membuat perancangan jangka panjangnya. Dan strategi ini juga yang ditiru Anwar untuk menjawap isu-isu ke atasnya.

“Kalau orang tanya aku soalan ini.. apa aku nak jawap?”

“Kalau polis nak tangkap aku.. aku kena jawap ini konspirasi politik BN agar aku tak boleh bertanding”

“Kalau orang suruh bagi DNA.. aku kena jawap tidak boleh setelah mendapat nasihat peguam”

“Kalau ulama suruh aku bersumpah.. aku kena jawap, pandangan ulama muktabar tak membenarkan sumpah, kena masuk Mahkamah Syariah dan 4 orang saksi”

“Kalau Saiful bersumpah.. aku kena jawap Saiful telah dipaksa dan Saiful itu budak yang celaru”

“Kalau muncul di media.. aku kena tunjukkan keluarga aku bahagia dan saling sokong-menyokong”

Tidak hairanlah Anwar boleh bersedia dengan pelbagai alasan keatas setiap isu-isu berbangkit, terutamanya kes liwat.. kerana Anwar sudah tahu apa soalan dan tindakan yang mungkin diambil. Dan Anwar bersedia dengan jawapannya sekali. Cuma dalam satu keadaan yang Anwar tidak bersedia.. apabila Saiful menuduh dia diliwat Anwar. Terus lari ke Kedutaan Turki dengan alasan ancaman bunuhnya.

Ketika itu Anwar sibuk mengatur strategi untuk memperkemaskan PR dan perancangan politiknya. Tiba-tiba, masalah lain yang datang.. Kalau betul ada ancaman bunuh, kenapa sekarang isu ini sudah didiamkan dan berani berceramah disana-sini. Kalau betullah ada..

Raja Petra yang kuat membuat artikel tentang keburukan Najib dan Khairy pun tak adalah kena ancaman bunuh.. apatah lagi Anwar yang baru keluar penjara ketika itu.

Tak kisahlah Sdr Anwar Ibrahim.. semoga Allah bersama anda jika anda dipihak yang benar. Moga-moga Allah memberi kesedaran kepada pemimpin kita yang korup, tak kisahlah dari parti mana sekalipun. Dari parti BN ke..PAS ke.. PKR ke.., asalkan kita tidak tertimpa bala kerana kesilapan kita memilih pemimpin yang zalim.

Wallahu’alam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: