10 sebab Anwar Ibrahim akan menang pilihanraya walau UMNO yakin menang

August 17, 2008

26 Ogos ini Anwar akan menang pilihanraya kecil Permatang Pauh !!

Itulah kenyataan yang BN harus terima. Walaupun terdapat sedikit penambahan rakyat yang benci kepada Anwar, tetapi Anwar tetap akan menang..

Kenapa Anwar tetap akan menang?

  1. Bilangan pengundi bukan Melayu bertambah, yang menyokong propaganda Anwar tentang Ketuanan Rakyat bukannya Ketuanan Melayu.
  2. Bilangan orang yang CELIK Internet masih rendah berbanding rakyat BUTA Internet. Hanya segelintir yang menyedari keraguan peribadi Anwar.
  3. Sokongan ahli PAS dan DAP (yang fanatik) kepada pemimpin parti masing-masing, tentunya majoriti berbangsa Melayu dan Cina, kepada PKR.
  4. Kebencian rakyat kepada beberapa personaliti UMNO seperti Najib, Samy Vellu, Khairy, amat tebal dan sukar untuk dihilangkan.
  5. Kebencian rakyat kepada BN keatas amalan korupsi dan gaya pemerintahan sebelum ini, masih berbekas dihati.
  6. Rakyat mahu perubahan segera keatas ‘penyeksaan’ ekonomi dan sosial yang tidak berjaya ditangani oleh BN.
  7. Isu LIWAT seumpama ‘senjata makan tuan’ kepada BN kerana rakyat masih percaya ini adalah konspirasi oleh BN.
  8. Penyatuan ahli-ahli BN tidak padu kerana perselisihan tentang Pemilihan MT UMNO nanti.
  9. Rakyat melihat isu-isu panas BN sebagai isu makro atau nasional, tetapi rakyat melihat isu-isu panas Pakatan Rakyat sebagai isu mikro atau terpencil.
  10. Anwar pandai cakap berbelit-belit..

Semoga Allah merahmati pilihanraya ini, dan Allah juga melindungi negara kita dari bala.

Satu renungan kepada Anwar :

Ingatlah, tipu-daya Allah itu lebih tinggi dari tipu-daya manusia. Hukuman Allah amat keras dan amat mengaibkan.

Satu renungan kepada UMNO :

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu bangsa itu, melainkan mereka mengubahnya sendiri.

Selamat bertanding kepada semua calon..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: