Sedikit cerita mengenai calon BN : YB Arif Shah Hj Omar

August 14, 2008

Sekarang, teka-teki BN terjawab sudah.. Lawan Anwar Ibrahim pada pilihanraya kecil Permatang Pauh nanti ialah YB Arif Shah Hj Omar.

Itulah yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib di Pusat Konvensyen Karnival Sunway di Seberang Jaya malam tadi, serentak dengan majlis pelancaran jentera pilihanraya BN bagi pilihanraya kecil tersebut.

Siapakah YB Arif Shah ini? Lawatilah blog beliau arifshah.comdisini– ataupun anda boleh baca terus bibliografinya..

YB Arif Shah
YB Arif Shah

YB Arif Shah Haji Omar Shah dilahirkan pada 21hb November 1956 dan merupakan anak ke-4 daripada keseluruhan 10 orang adik beradik.

Menerima pendidikan awal di SRJK(C) Hun Lian, Taiping, Perak dan disusuli dengan sambungan sekolah rendah di SRJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke SMJK(C) Chong Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu dan diikuti sambungan pengajian di Chong Hwa High School, Gombak, Kuala Lumpur.

Ayah kepada YB Arif Shah merupakan seorang anak negeri Pulau Pinang, bapa beliau juga merupakan seorang usahawan yang selalu bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang lain, maka YB Arif Shah sewaktu persekolahannya turut mengikut bapanya dan mengikuti pengajiannya di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Setelah tamat persekolahan di peringkat menengah YB Arif Shah telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Awam dan mengikuti pengajian khas di Graber International, California, USA.

Beliau berpeluang untuk memperolehi pengalaman dan kepakaran di dalam bidang-bidang seperti berikut :

  1. Industri Pembinaan & Pemajuan Hartanah – Melebihi 15 Tahun
  2. Industri Pembuatan – Melebihi 10 Tahun
  3. Industri Perkhidmatan – Melebihi 5 Tahun
  4. Industri Pengiklanan – Melebihi 3 Tahun

Di samping itu beliau juga seorang insan yang gigih bekerja dan mempunyai banyak idea yang memberansangkan. Semasa berada di kampus beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi Persatuan Siswa Siswi ITF.

Beliau juga terdedah kepada suasana antarabangsa termasuk di beberapa kawasan di Negara China seperti Beijing, Tianjian, Chen Du, Guangzhou, Qu Yan, Xian , Nin Xia termasuk Hong Kong dan lain-lain.

Kehadiran beliau di Amerika, Belgium, England termasuk London, Dusseldorf, Frankfurt, Moscow, South Africa, Jeddah, Mecca, Jordan, Iraq dan kawasan-kawaan yang berjiran dengannya membolehkan beliau mempunyai banyak pengalaman serta gambaran dari negara-negara luar untuk memanfaatkan kepada karier politiknya.

Minat beliau dalam memperhambakan diri memberikan perkhidmatan dan kudrat secara ikhlas dan professional mendorong beliau untuk bergiat aktif dalam bidang politik.

Semasa waktu persekolahan lagi beliau telah dijinakkan di dalam arena politik dengan didedahkan ke majlis-majlis politik yang dihadiri oleh bondanya yang dikasihi dan abangnya yang sungguh giat dalam politik UMNO.

Beliau telah menjadi ahli UMNO sebelum UMNO Baru diwujudkan. Secara rasmi beliau merupakan ali UMNO semenjak 13hb Januari 1989 dengan nombor keahlian 00483844

Antara jawatan-jawatan politik yang disandang oleh beliau adalah :

  1. Ahli UMNO Cawangan Tuna;
  2. Bertukar menjadi Ahli UMNO Cawangan Sri Kalui;
  3. Ketua Pemuda UMNO Cawangan Sri Kalui;
  4. AJK beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  5. Pengerusi beberapa Biro UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  6. Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  7. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang;
  8. AJK UMNO Bahagian Permatang Pauh;
  9. Naib Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh; dan
  10. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Permatang Pauh.

Sekarang beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya (N10).

Di samping bergiat aktif dalam arena politik beliau juga turut terlibat di dalam kegiatan-kegiatan NGO. Antara jawatan yang disandang oleh beliau ialah:

  1. Pengerusi Majlis Perpaduan dan Kebajikan Rakyat Negeri Pulau Pinang;
  2. Timbalan Pengerusi PEMADAM Seberang Perai Tengah;
  3. Ahli Lembaga Pengarah Kooperasi Seberang Jaya Berhad;
  4. Penasihat Kelab Belia Tamil Permatang Pauh; dan
  5. Penaung dan Penasihat kepada kepada banyak Pertubuhan NGO di Peringkat Negeri dan Pusat.

Setelah diberi peluang oleh YAB Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk beliau menjadi calon pilihanraya pada Tahun 2004, beliau telah memenangi pilihanraya tersebut dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kawasan Seberang Jaya N10 dengan memperolehi majoriti 4464 undi.

Beliau mewujudkan 2 Pusat Khidmat dengan dibantu oleh beberapa orang petugas sepenuh masa. Bagi memastikan pengkhususan tanggungjawab untuk petugas-petugasnya beliau mewujudkan sekretariat-sekretariat tertentu. Antaranya :

  1. Sekretariat Permasalahan Rakyat;
  2. Sekretariat Sumber Manusia;
  3. Sekretariat Kebajikan;
  4. Sekretariat Keselamatan;
  5. Sekretariat Hal Ehwal Cina;
  6. Sekretariat Hal Ehwal India;
  7. Unit Agama Islam dan Qariah;
  8. Unit Perhubungan Awam dan lain.

Untuk mencapai ke tahap cemerlang Pusat Khidmat YB Arif Shah telah diiktiraf dengan Persijilan ISO 9001 2000. Pusat Khidmat YB Arif Shah adalah di antara Pusat Khidmat yang paling aktif dengan berbagai kegiatan dan aktiviti dijalankan dari masa ke semasa.

Pusat Khidmat YB Arif Shah juga telah diberikan satu pengiktirafan oleh satu badan NGO sebagai satu Pusat Khidmat yang banyak memberikan perkhidmatan dan sumbangan kepada rakyat dan diberikan anugerah wang tunai sebanyak RM20,000.00.

Harapan beliau ialah supaya YAB pucuk pimpinan parti akan memberi peluang kepada beliau untuk terus disambung menjadi calon di dalam pilihanraya akan datang dan berdoa untuk memenangi di dalam pilihanraya tersebut dengan majoriti yang lebih tinggi .

Semoga beliau akan memberikan sumbangan tenaga, idea dan kepakaran bukan sahaja di peringkat kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Seberang Jaya tetapi ke peringkat Negeri Pulau Pinang dan Pusat. Insya-Allah.

6 Responses to “Sedikit cerita mengenai calon BN : YB Arif Shah Hj Omar”

  1. penulis_cyber Says:

    Sememangnya pilihan yang tepat !

    Moga menang …

  2. faes gombak Says:

    perjuangan diteruskan menentang kejahatan…semoga ALLAH S.W.t menunjukkan kebenaran kepada rakyat malaysia..berjuang la pak cik ARIF SHAH akan ku doakan kejayaan mu demi agama bangsa dan negara..ALLAHHUAKBAR

  3. Mrcharm Says:

    YB, teruskan perjuangan.

    Saya dari Perak pun turut turun membantut kemenangan YB. Usah di gusar akan Anuar ni, saya tidak sebut die Dato Seri kerana darjah kebesaran itu kurniaan Kebesaran Raja-Raja Melayu, tetapi Anuar ni, pembunuh Melayu dan Islam dan berkiblatkan Barat & Yahudi.

    Yang peliknya, kenapa si PAS ni tak sedor2 lagi main sokong hentam kromo je, Pas budan budak bodoh, mengaji pun tinggi, Pak Guru dan Sheik2 kebanyakannya. Cuba renung2 lar dulu sebelum nak sokong, jangan asyik nak salahkan orang kesalahan sendiri tak nampak. Sedar-sedar lah diri sebelum terngadah atau ayam terlepas tangan bau taik!.

    Selamat berjuang YB dan Insya Allah sesuatu yang ikhlas berjuang untuk Islam dan Bangsa Melayu dan Kaum sekelilingnya akan dirahmati oleh Allah.

    Wassalam.

    HIDUP ISLAM & HIDUP UMNO.

  4. edward skading Says:

    Dear Blogger,

    Hello.

    My name is Edward Skading, from Selangor, Malaysia. My parents once told me that to have a happy and long life, you must take great care about the food you consume. Always make sure it’s clean, because cleanliness is next to godliness and I stuck to these values. As a result, when it comes to food, I always make sure what I eat is reasonably clean and safe. I also believe that everyone has the right for healthy, clean and safe food.

    Recently, I exposed a horrible discovery concerning one of F&N Dairies (M) Sdn Bhd products on my weblog. It all started when my family and I was shocked to discover an abnormal brownish-blackish substance in a “Tea Pot” brand, sweeten condensed milk. You can read the detail findings, correspondence letters, photos of the contaminated milk and the foul conditions of F&N Dairies’ plant, at my weblog http://consumersrighteousness.blogspot.com/.

    Before exposing my horrible discovery, I have made a complaint to the company, but they are denying everything and not taking ownership of the product, even there is sufficient (justifiable) evidence that the milk is contaminated by mould and their plant have various foul conditions. I did not ask for any form of compensation, but I requested that the company be truthful, take ownership and accountable for their oversight, moreover rectify the problem and produce cleaner and safer food.

    I also feel cheated when the company executive responded that they are not liable for damaged products in the marketplace. Looks like I had been scammed by the company after being a loyal customer for many years. If only I had been informed in advance that I was eating their products under unsecured risk and with no assurance, I would have immediately change brand. I would have chosen a company that is more reliable, accountable and concern about their customers.

    As a consumer, I am sickened by the fact that we are not provided maximum protection from this sort of situations and whatever consumer rights we have now are defenceless. Even the consumer association NGO where I made a complaint (about 5 months ago) seems to be shying away because my grievances involve a corporate giant. With all of this going on, I feel my rights as a consumer had been deprived and now I am being forced to silence. Yes, the company is now suing me to shut up. They are using bullying legal tactics just because I am poor and powerless.

    I believe, it is the responsibility of our whole society to protect the rights and benefits of consumers, and we should together stand up and uphold it. By doing so, together we will eventually improve the consumption environment and no big organisation dares to bully anyone supported by a unified consumer society and that’s why I am writing to you. I am seeking for your point of view and support towards a good cause campaign to protect and uphold our consumer rights.

    If you are willing, I sincerely hope you can cover my story on your weblog and tell it to your world wide readers. I would greatly value and appreciate your kind support. I apologise if I had troubled you and I am sincerely sorry if this letter is in the wrong section of your weblog. Let’s show F&N that we Malaysians are concern too.

    If you wish to contact me, please send an email to eddskading@hotmail.com.

    Thank you.

    Yours truly,

    Edward Skading

  5. unknown Says:

    UMNO da paralize…so,admit it..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: