Pertembungan Pemuda PAS dan Veteran PAS

August 14, 2008

Akhbar Sinar Harian pada 13 Ogos 2008 menyatakan PAS akan keluar dari PR jika ianya tidak menguntungkan Islam. PAS tegas mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan parti dan sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat.

Perkara itu ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang, Ahad lalu. Ucapan Hj Hadi itu merujuk tanggal 16 September depan apabila ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat kepada Pakatan Rakyat.

Beliau menegaskan dalam ucapannya bahawa PAS bukan perkauman tetapi menjadi tanggungjawab parti untuk mempertahankan dasar Islam. Tambahnya lagi, jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai, ia akan menggugat orang Islam.

Bagaimanapun, Hj Hadi menyatakan, PAS akan tetap menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Baguslah jika PAS komited kepada perjuangan Islam secara konsisten.. Tetapi, mengkhianati PR adalah tidak elok perangainya. PAS memang cukup sinonim dengan parti yang agak emosional dan mudah melenting. Jika terbukti PKR dan DAP cuba mengikis kedaulatan Islam, PAS wajib bangkit mempertahankannya.

Veteran PAS agak konservatif manakala Pemuda PAS agak liberal pemikirannya.. Tetapi itu lumrah biasa kehidupan. Anak dan Ayah biasanya tidak ‘sebulu’.

Apa pula kata Pemuda PAS?

Dalam blog pemudaenggang.wordpress.com, Pemuda PAS digambarkan tidak sehaluan dengan Hj Hadi. Anda boleh melihatnya –disini– atau membacanya terus..

Dewan Pemuda PAS Tidak Sehaluan dengan TG Hadi Awang

Dewan Pemuda Pas mempunyai pendirian berbeza dengan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkaitan kedudukan Pas dalam Pakatan Rakyat sekiranya pembangkang membentuk kerajaan pusat pada 16 September ini.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata, PAS akan tetap bersama dalam pakatan itu bersama parti lain dan jika timbul sebarang perbezaan pendapat, ia akan diselesaikan secara bijaksana. Walaupun ada masalah dan ketidaksefahaman berlaku di antara PAS, PKR dan DAP, ia tidak bermakna mana-mana parti dalam pakatan itu termasuk PAS sendiri akan bertindak keluar daripada pakatan.

“Ini bukan ertinya kita akan berkompromi bila melibatkan dasar-dasar Islam. Bagi kita semua pihak perlu hormati prinsip dan dasar masing-masing.”

“Dengan keadaan beginilah rakyat pilih kita baru-baru ini, apa masalah kita selesai bersama dengan cara yang berhikmah dan bijaksana.”

“Hakikatnya di negeri yang dikuasai pembangkang, PAS, DAP dan PKR boleh duduk semeja. Setakat ini, semua masalah boleh diselesaikan dengan baik,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Kenyataan beliau berbeza dengan kenyataan Abdul Hadi sebelum ini yang menegaskan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat jika ‘Kerajaan Baru’ selepas 16 September ini tidak menjadikan Islam sebagai teras kepimpinan dalam menerajui negara.

Berhubung rasa tidak puas hati sesetengah anggota PAS dengan penyertaan Pas dalam Pakatan Rakyat, Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata perkara itu adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh parti tu.

Ditanya sejauhmana kesepakatan semua parti dalam Pakatan Rakyat kerana secara umumnya terlihat bahawa masih ada yang rasa sangsi di antara satu sama lain, beliau mengakui masalah memang wujud dalam pakatan berkenaan.

“Tapi itu masalah biasa dalam pakatan, kita ambil itu sebagai cabaran.”

“Barisan Nasional (BN) pun ada masalah, dalam komponen (BN) pun ada masalah, tapi mereka boleh selesaikan masalah itu, dalam PAS pun, kita berhadapan dengan perkara ini.”

“Saya akui memang kita ada masalah, tapi masalah tu boleh selesai dengan cara kita, kita minta rakyat lebih adil, kami baru lepas 100 hari (memerintah), jadi berilah masa untuk buktikan kami boleh bersama,” katanya.

Beginilah.. Veteran PAS dah tua, harapan nak mengecap kuasa pemimpin tertinggi negara dah makin nipis.. cuma semangat perjuangan yang masih membara. Tetapi Pemuda PAS masih gagah dan muda.. Inilah satu-satunya peluang untuk menjadi YB yang tinggi statusnya sebagai kerajaan pemerintah, dengan setia bersama-sama PR dan berharap Anwar akan mengotakan janji-janjinya.

Cuma satu perkara.. Jangan kena ‘lipat’ dek Anwar Ibrahim dah lahh…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: