Kuota 10% untuk bukan melayu : Kenapa Melayu perlu melatah?

August 13, 2008

Sebelum ini, MB Selangor mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing. Tan Sri Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi  pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

Semalam.. 3000 pelajar UiTM berarak memprotes cadangan tersebut dengan kenyataan berapi-api presidennya dan sorak-sorai penyokong dan pelajar. Pak Lah pula menyokong pelajar-pelajar UiTM. Apalah Pak Lah ni.. menangguk di air keruh sahaja.

Berbalik kepada isu asal.. perlukah Melayu melatah? Adakah Melayu ini bangsa yang terpuji sangat, atau adakah Melayu ini hebat sangat, atau adakah Melayu ini suci sangat?? Apa beza Melayu dengan Cina dan India? Apa beza Melayu dengan Mat Salleh atau Red Indian?

Kenapa Melayu tidak suka berpandangan jauh..

Ambo orang Melayu, beragama Islam dan bekas pelajar UiTM juga. Sepanjang pemerhatian ambo.. pelajar UiTM (Melayu) tidak sehebat Melayu yang berjuang di IPTA lain-lain, apatah lagi di kolej swasta. Pelajar Melayu UiTM terlalu manja dan syok sendiri sahaja.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda; “Tuntutlah ilmu walau sampai ke China”. Besar sekali maksud baginda, dengan kata lain mempelajari ilmu dari orang bukan Islam asalkan ianya berfaedah kepada diri sendiri dan Islam. Asalkan tidak mengganggu akidah..

Amerika maju kerana membuka pintu kepada semua kaum.. samada Negro, Mexico, Eropah atau Asia. Tiada istilah perkauman kecuali bangsa Amerika sahaja. Negro di sana bangga menjadi warga Amerika, orang Islam di sana bangga menjadi warga Amerika.

Ketepikan perut busuk Amerika dan dasar luarnya dulu.. Yang nyata Amerika menjadi kuasa dunia sekarang. Berjaya dalam segenap bidang ketamadunan manusia.

10% bermakna 1 nisbah 10 (1:10), adakah 10 orang Melayu tergugat kerana 1 orang bukan Melayu, adakah 100 orang Melayu tergugat kerana 10 orang bukan Melayu, adakah 1000 orang Melayu tergugat kerana 100 orang bukan Melayu?

Melayu takut kerana tiada jati diri.. Melayu takut kerana tidak percaya kepada Islam. Islam tidak mengamalkan perkauman. Allah tidak memandang harta-benda atau kaum, kecuali ketakwaan hamba-Nya. Bahkan, Yahudi pun Allah tak pandang walaupun mereka mengatakan merekalah bangsa yang paling terpuji.

Saudara-saudaraku..

Kita sedar Melayu makin terhimpit, tapi itu bukan salah kaum-kaum lain. Itu salah Melayu sendiri. Melayu malas, Melayu suka benda senang, Melayu tidak sabar, Melayu suka dengki, Melayu tamak.. Jangan cakap nak sokong Melayu lah kalau kita sendiri lebih bangga ‘speaking’.. cakap Melayu low-class. Tak payah jadi Melayu lah kalau nasi lemak dipandang hina berbanding burger.

Tidakkah membuka 10% kuota, kita orang Melayu (yang semestinya orang Islam), kita boleh menolong orang bukan Melayu lain mendapat pelajaran? Tahukah kita betapa peritnya kaum lain untuk belajar? Prihatinkah Melayu dengan airmata dan doa ibu-bapa Ah Chong atau Muthu untuk berjaya? Di manakah kebesaran jiwa orang Melayu dan Islam ini?

Tidakkah membuka 10% kuota, Melayu boleh belajar ketamadunan dan nilai-nilai moral bangsa lain. Ilmu bukan dalam bentuk buku sahaja, kehidupan juga salah satu cabang ilmu. Melayu boleh berkembang mindanya.. Ambil yang baik bukan melihat pada yang buruk. Apa agama orang lain, Melayu kena hormatinya.. Kalau Melayu tertarik kepada Kristian, itu salah Melayu sendiri. Melayu tidak ada jati diri kerana tidak bersaing dengan orang lain, lebih selesa dibawah tempurung.

Tidakkah membuka 10% kuota, UiTM akan lebih dihormati oleh syarikat-syarikat bukan Melayu. Ini akan menolong pelajar Melayu juga akhirnya. Adakah 10,000 Melayu UiTM setiap tahun dapat makan gaji dengan kerajaan belaka? Jangan salahkan syarikat Cina/India kalau mereka enggan menerima graduan Melayu, salah Melayu sendiri kerana tidak hormat kepada orang lain, jangan salahkan kaum lain kalau mereka tidak hormat kepada Melayu.

Kenapa perlu 90% takut kepada 10% ?? 90% bermakna penguasaan total Melayu.. tidak timbul soal kedaulatan Melayu tercemar. Pokoknya Melayu takut kepada bayang-bayang sendiri, takut orang lain cuba mencuri hak pengajian Melayu. Adakah Melayu sahaja yang berhak belajar? Melayu gagal kerana berkampung dihalaman sendiri setelah gagal dirantau orang.

Orang lain berjuang untuk hidup tetapi Melayu mahu disuap untuk hidup. Alangkah malunya budi Melayu.. saya juga Melayu. Dan saya tidak malu mengutuk diri sendiri kerana saya mahu maju dalam hidup.

Percayalah.. sekiranya kita mengamalkan perkauman atau assabiyah ini, kita akan lebih ketinggalan. Tidaklah Allah jadikan hamba-hamba-Nya dengan pelbagai bangsa dan jantina agar kita lebih kenal-mengenali antara satu sama lain.

10 Responses to “Kuota 10% untuk bukan melayu : Kenapa Melayu perlu melatah?”

  1. BudakUiTM_6F Says:

    Saya sekeras-kerasnya membantah UiTM dibuka kepada pelajar bukan bumiputera. Kami sebagai pelajar UiTM bukan mudah melatah, pelbagai cubaan untuk buka UiTM kepada bukan bumiputera sepanjang beberapa bulan ini. Pelajar UiTM masih memerhati dan diperlihatkan oleh pemimpin-pemimpin yang masih mempertahankan UiTM saban hari. Dan yang paling terbaru dan menyayat hati apabila seorang MENTERI BESAR sebuah negeri (saya tidak kesah dia dari pihak politik mana sekalipun), tetapi tanpa berfikir panjang menyatakan beliau setuju dengan pembukaan 10% kuota kepada bukan bumiputera. Ini dilihat sebagai satu kelemahan besar seorang MENTERI BESAR yang berstatus bumiputera itu sendiri. Kami sebagai pelajar berharap tiada lagi individu atau organisasi yang ingin mencabar supaya UiTM dibuka kepada bukan bumiputera. Cukuplah! Saya lebih memberi perhatian kepada 10% atau 12ribu pelajar bumiputera yang akan ketinggalan pelajaran tinggi mereka sekiranya UiTM dibuka kepada bukan bumiputera.

    BudakUiTM_6F

    • satu malaysia Says:

      U ni tak layak utk belajar…fikiran sempit..akan jd sampah masyarakat jg walaupun u ni baca tinggi2.no poin…u ni takut menghadapi cabaran utk bertanding dgn pelajar bkn bumiputera..jgn la nk kedukut ilmu…i rasa agama u pun tak ajar mcm tu..kita hidup kene kongsi bkn pentingkan diri sendiri…u ni tak pernah bergaul dgn org lain ke kecuali bangsa sendiri…so sad

  2. awe Says:

    pikirla sndiri tgal nie je la harta org melayu..hidup melayu, hidup uitm!! selamatkanlah bangsamu dari ditindas!!

  3. cekka Says:

    Melayu tidak maju kalau cuma nak mempertahankan hak-hak yang ada, sebaliknya Melayu kena berani meneroka untuk mendapat lebih.

    Contohilah Petronas, kalau hendak pertahan minyak dalam negara.. tak kemana juga. Berani cari minyak sampai 33 buah negara dan sekarang dah jadi antara 10 syarikat minyak paling untung di dunia.

    Hidup Melayu-Petronas!!

  4. duniaku duniamu Says:

    tapi jika diikutkan berdasarkan syarikat itu tidak dapat diaplikasikan dalam hidup manusia itu sendiri, sesungguhnya jika kita sendiri rakyat malaysia sedar dan tahu sendiri berapa raminya pelajar melayu kita di institusi2 awam di dalam negara kita sendiri. jika kita hendak menjadikan petronas sebagi contoh, kenapa tidak kita buka je semua universiti di malaysia ini 100% terbuka kepada semua dan kita sendiri akan lihat kesannya terhadap anak bangsa kita di masa depan kelak. walhal sekarangpun melayu sendiri tidak bersatu dalam politik dan kita sudah sedia maklum kita melayu tidak mempunyai kuasa selain dari politik. kalau nak diikutkan kuasa ekonomi kita sendiri sudah dikuasai oleh kaum lain jadi fikir2lah keistimewaan yang kita ada pada hari ini haruslah kita hargai sekiranya kita masih berpijak di tanah air sendiri.

    melayu harus bersatu…

    p/s : Skrg pun UiTM dah terbuka, ttp untuk pengambilan pelajar asing. Melayu perlu dibantu tapi bukan dimanjakan.

  5. zimel Says:

    saya 90% setuju dengan pendapat penulis. Sudah sekian lama hak-hak istimewa melayu dikekalkan…melayu masih di takuk lama tidak maju tidak maju dan tidak maju. Bukan kemahuan saya supaya hak-hak tersebut dihentikan tetapi sangat wajar untuk diperhatikan semula.
    Ramai warga cina dan india di Malaysia (golongan sederhana dan ke atas) sekarang mencari peluang untuk belajar di luar negara dengan harapan dapat memohon status kewarganegaraan negara tersebut. Kes yang sama juga berlaku di kalangan pelajar Melayu di luar negara. Kesannya, golongan- golngan intelektual yg hebat tidak tersalur untuk kebaikan negara hanya kerana polisi dalam negara yg tidak membuka peluang kepada mereka.
    Saya sebagai contohnya..belajar di sekolah menengah asrama yg hanya terbuka kepada melayu yg juga merupakan antara sekolah yg terhebat di malaysia. Menjadi antara pelajar yang cemerlang bukanlah satu masalah.
    Kemudian saya melnajutkan pelajaran di sebuah Kolej Universiti swasta yg mana >80% adalah bukan bumiputera. Apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana persaingan sungguh sengit antara pelajar-pelajar.
    Sememangnya saya bukanlah lagi antra pelajar yg hebat tetapi bukanlah menjadi satu penyesalan buat saya kerana terlalu banyak perkara yg saya belajar setelah bercampur gaul dengan pelajar bukan bumiputera.

    To sum up, to preserve malay rights by itself is not a good valid reason to go against the proposal. We Malaysian need to work together n we just have to embrace the fact that Malaysia is made up of Malays Chinese and Indian. Yes its true that they were immigrants back then…but that was history. History gives us a chance to learn n fix things for better outcomes.

  6. Mak Kiah Says:

    Rasanya orang yang suruh buka uitm pada orang bukan melayu ni bukan sahaja tak bijak, tapi terkena cultural shock tiba2 dapat berkawan atau berkahwin dengan bangsa bukan melayu.kamu tak faham perjuangan mara, dan kamu juga tak faham intelektual dan corak minda pemikiran orang bukan melayu.sata bekerja di satu institusi pendidikan yg majoriti bukan melayu dan saya melayu yg tersepit di tengah2 itu. Fikir panjang, then uou baru tahu apa muslihat terselindung dibelakang mereka. Mengapa mereka sibuk nak masuk uitm sekarang dan dulu tidak? 1. Macam bandar shah alam juga, dulu membangun perlahan2 – dah siap semua masing2 haihong nak rampas hartanah bumiputea di shah alam.Dulu uitm dipandang sepi sebab tiada taraf universiti dan yang masuk pun uitm sekitar zaman 1970 -1990an…semua budak melayu yg hanya dapat 3rd grade atau spm tak first class (so saya tak salahkan otak penulis blogger ni la kalau nak bagi semua harta pada bukan bumi jika dia graduan uitm masa2 itu).tak ada orang nak pandang uitm masa itu, tak ada research, tempat tak cantik, tak ada partnering university from United states.tapi bila budak2 melayu dah ramai, ada ofg teropong dari jauh – bagi hulur dadah, duit, sex etc hanta nak org hilang fokus. Saya ingatkan ye..yg 10% bukan bumi yg boleh masuk ini boleh buat macam2 (control lecturer, control dekan,control CGPA – walaupun mereka tak berusaha tapi cheating, etc). Saya bekerja dgn mereka saya cukup tahu akal dan auta serta muslihat mereka.Budak uitm susah dapat kerja? Tengoklah jenis macam mana graduan yg macam mana yg tak dapat kerja?- malas, blur,CGPA cukup makan,English tak reti, jenis masa belajar orang lain buat assignment dia.cuba tengok uitm grads yg sejati dan betul2 pandai…ok je dapat kerja dan bekerja!! U ingat dengan bergaul dengan bukan melayu boleh menjaminkan masa depan u dan mereka puji u? Seriusly tak. Yg jadi timbalan2 di jabatan kerajaan pun dia boleh buat macam2 belakang pengarah melayu, apa lagi la kalau masuk uitm. Kalau you nak bagi 10% kuota to bukan bumi…ask them back, boleh tak bagi 10% tempat untuk melayu di setiap college dap – UNITAR boleh bagi melayu tak? Scholarship dari KDU,Sunway Monash,Taylor’s,HELP bpleh bagi melayu tak? Jawatan2 top executive di HSBC,Maybank,Hong Leong,YTL,IJM,Berjaya boleh bagi 10% khas padamelayu tak?
    Semua SJKC di malaysia, Dong Zhong boleh bagi 20% budak melayu masuk tak? Tak boleh kan? You bagi apapun, ia tak menjaminkan you boleh dapat apa2 dari mereka. Nak belajar dengan mereka, cuba kerja jadi kuli mereka….bukan bagi tempat duduk u pada mereka dalam bas dan kemudian mereka tendang u yang berdiri untuk keluar bas.

  7. rasionaliti Says:

    admin, your post is 100% true. Usul ini dahulunya pernah diajukan oleh Dr. M sendiri, tapi tiada yang berani bersuara kerana? kerana Dr.M seorang yang genius dan tahap rasional & pertimbangannya tinggi.

    wahai melayu, sedar lah kamu, kamulah yang menghancurkan bangsamu sendiri. berhenti menuding jari ke atas bangsa lain. wahai melayu! sedar kah kamu pemimpin- pemimpin melayu kita kini tidak berakal & rasional! tidak meletakkan hak ke atas tempat nya?

    melayu yang menghancurkan melayu lain. bagaimanakah bangsa lain mahu hormati bangsa kita? melayu cintakan alasan dan PENAKUT! face it. alangkah bagus kalau melayu yang punyai agama, yang kenal didikan Nabi Muhammad s.a.w. ini , mengerti soal adil dan rasional.

    Ya Allah, sedarkan lah bangsaku yang kini JATUH dan dipandang rendah oleh bangsa lain. Ya Allah, ubahkan lah pandangan mereka dengan Kau berikan mereka akal yang penuh dengan ilmu seperti ajaran rasul-rasulMu. Ya Allah, turunkanlah rahmatMu dan ampunkan dosa bangsaku yang banyak tidak meletakkan hak ke atas tempat yang sepatutnya. siapa yang tidak berpuas hati dengan jawapan ini, semoga Allah berikan kamu petunjuk.

    kamu ( melayu ) mungkin marah namun lagi beberapa tahun di saat Malaysia sudah hancur kerana tangan Melayu sendiri, kamu akan akui hakikat ini.

  8. rasionaliti Says:

    tambahan kepada komen di atas :

    Ingatlah sabda Rasulullah: “Sesiapa yang berperang di bawah rayah immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada asabiyyah atau marah kerana asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah.” (Riwayat Muslim)


Leave a reply to cekka Cancel reply