Forum Memeluk Islam : Di mana akhlak orang Islam?

August 13, 2008

Forum ‘Memeluk Islam’ pada 9 Ogos 2008 anjuran Majlis Peguam dah berlalu.. Bukan sedikit orang Islam yang melenting, kritik sahaja pasal Islam, muka dah jadi berapi-api.. Baguslah kalau begitu, pejuang Islam sejati..

Memang kita boleh pertikaikan matlamat forum tersebut, dan kenapa ianya mahu diadakan secara terbuka? Atau adakah Melayu-Islam ini menyerang tanpa usul periksa terlebih dahulu?

Berdasarkan berita Malaysiakini.com pada 8 Ogos 2008;..baca berita penuh –disini

Naib Presiden Majlis Peguam, K Ragunath berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahidi yang menjaga halehwal Islam, PAS dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO).

Ragunath turut menegaskan bahawa Majlis Peguam menerima dan faham bahawa perkara yang berkaitan dengan kaum dan agama adalah sensitif dan menimbul emosi.

Beliau berkata, pihaknya mengiktiraf dan menghormati Artikel 121 (A), Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, terdapat pandangan bahawa adalah tidak adil untuk memaksa sesiapa juga tertakluk kepada undang-undang dan mahkamah yang berasaskan kepada agama yang bukan dianuti mereka.

Secara tersuratnya, orang-orang bukan Muslim mahukan keadilan mereka disisi undang-undang Mahkamah Sivil bukannya melalui Mahkamah Syariah.

Ini cukup jelas, takkan Melayu-Muslim yang dituduh murtad mahu dibicara oleh Tuan Hakim yang beragama Hindu. Orang lain boleh menghormati kehendak Melayu-Muslim, kenapa tidak mahu menghormati kehendak orang bukan Muslim? Lagipun.. mereka tidak menghina Islam pun, cuma mahukan hak mereka yang tidak percaya keadilan boleh diperolehi di Mahkamah Syariah.

Biarkan ajelah.. Melayu-Muslim kenalah mendaulatkan Mahkamah Syariah. Tapi kita sendiri yang tidak yakin pada Mahkamah Syariah.. salah siapa?

Lainlah kalau bukan Muslim menentang Undang-Undang Syariah dikenakan kepada orang-orang Islam.. kenalah bangun mempertahankan hak kita. Dan begitulah juga dengan hak orang bukan Islam.

Salah seorang peserta forum telah mengkritik kaedah dan gaya penentangan membabi-buta sesetengah Melayu-Islam di laman web Pemuda PAS Wilayah, dppwp.wordpress.com.. klik –disini– untuk mengetahui kronologi penamatan forum tersebut.

imej dari dppwp.wordpress.com

imej dari dppwp.wordpress.com

imej dari efenem.wordpress.com

imej dari efenem.wordpress.com

Komen Dara Waheda, Ogos 10th, 2008 :

Saya tertanya-tanya sama ada ketua pemuda WP atau mana-mana pemimpin protes 09.08.2008 mempunyai apa-apa bukti bahawa forum tersebut bakal menimbulkan syak terhadap Islam dan merupakan usaha untuk menghentam Islam? Saya ingin tahu kerana saya berada dalam dewan auditorium tersebut sepanjang ianya berlangsung dan dari observasi saya sepanjang forum itu berjalan tiada, saya ulangi tiada satu perkataan, cemuhan, atau kritikan dilemparkan terhadap prinsip dan undang-undang Islam. TIADA.

Jika sekalipun terdapat kritikan saya percaya Islam tidak pernah kering dengan hujah untuk menerangkan kebenaran kerana Islam bukan agama yang lemah. Rasulullah telah mengukuhkan kedudukan Islam sbelum wafatnya Baginda.Tidak sebab untuk kita merasa takut dan tergugat dengan kritikan dan cemuhan.

Saya juga salah seorang ahli berdaftar seumur hidup PAS tetapi saya telah mengambil inisiatif menjadi Muslim yang bertamadun hadir ke forum tersebut untuk mendengar apa yang ingin dikatakan olehpeserta-peserta forum. Saya akui saya bukan orang yg layak memberi pendapat tentang Islam tetapi setidak2nya saya dapat membawa pulang persoalan yg tidak terjawb pada hari itu kepada pihak2 yg berkenaan yg arif tentang Islam.

Tetapi PAS telah mengambil tindakan yg saya kira melulu dan boleh saya umpama kan seperti tindakan kerajaan menyumbat rakyat ke Kem Tahanan Kamunting di bawah ISA dengan bergantung kepada alasan ancaman mungkin, saya ulangi mungkin berlaku.

Tetapi ini tidak bermakna saya bertujuan untuk bersekongkol dengan orang kafir. Saya cuma berasa sedih kerana protes tersebut telah menjejaskan imej parti yang sangat saya banggakan ini walhal objektif protes tersebut sebenarnya langsung tidak relevan ditambah lagi dengan tindakan Jais dari GPMS dan seorang lagi juga Zulkifly Nordin yang memalukan dengan melemparkan kata-kata bersifat perkauman, sudahlah masuk ke rumah orang, langsung tidak hormat kepada tuan rumah. Jika kita benar-benar memperjuangkan Islam, mengapa isu perkauman ini mesti dibangkitkan?

Apa Itu Artikel 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan?

Mengikut kata lex-loci.blogspot.com, Artikel 121 (1A) adalah peruntukan perlembagaan yang menghalang Mahkamah Sivil mencampuri bidang kuasa mahkamah Syariah.

Sebelum 1988, urusan-urusan mahkamah Syariah selalu diganggu oleh mahkamah Sivil. Apa yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah dengan mudahnya dikacau oleh mahkamah Sivil. Hal ini sebenarnya mengganggu urusan orang Islam kerana orang Islam mempunyai hak dan kewajipan untuk dihukum di Mahkamah Syariah.

Tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri Ahmad Ibrahim telah berusaha lama untuk memastikan urusan Mahkamah Syariah bebas dan tidak diganggu oleh Mahkamah Sivil, dan hanya pada tahun 1988, peruntukan (1A) dimasukkan. Mahkamah Syariah mula ada kebebasan setelah 31 tahun Malaysia merdeka.

Anda boleh membaca artikel penuh lex-loci.blogspot.com –disini

Komen Orang PAS..

Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Mohamed Hanipa Maidin mengambil sikap berbeza dengan beberapa pemimpin PAS dan juga NGO Islam yang lain dalam isu forum anjuran Majlis Peguam Malaysia bertajuk “Memeluk Islam”.

Bagi beliau, ulama dan intelektual Islam terlepas peluang untuk berdialog secara langsung dan terbuka dengan golongan bukan Islam melalui forum ini.

Bagi beliau, intelektual Islam sepatutnya mengambil peluang ini untuk berdebat secara sihat dengan orang bukan Islam berkaitan isu “memeluk Islam” ini bukannya “menyerang” forum itu. Beliau mahu intelektual Islam menerangkan kedudukan Islam dengan jelas kepada mereka dan bukannya bersifat opologetik dalam isu ini.

Baca tulisan beliau dalam Bahasa Inggeris melalui blog beliau, http://peguampas.blogspot.com

Sementara itu, Pemuda PAS sedia menjadi perantara untuk membolehkan Majlis Peguam berbincang secara tertutup mengenai apa-apa isu mengaitkan Islam dengan badan-badan Islam.

Ketuanya, Salahuddin Ayub menyatakan kesediaan untuk menjadi perantara bagi membolehkan dialog dan perbincangan dilangsungkan dengan tokoh ulama, mufti dan cendekiawan Islam khusus bagi membincangkan perkara-perkara sensitif berhubung Islam dan ajarannya.

“Majlis Peguam boleh menyenaraikan isu-isu yang mereka perlukan penjelasan yang mungkin dianggap sensitif tetapi masih boleh dibincangkan secara akademik dan tertutup,” jelas Salahuddin.

Jelaslah, pertimbangan yang terburu-buru boleh membutakan hati kita. Kenapa cepat melatah.. Lagipun ianya forum terbuka, kalau tidak puas hati boleh masuk duduk dan dengar apa orang nak kata.

Sekiranya benar mereka pejuang Islam sejati (yang semestinya tinggi ilmunya), bolehlah berdebat dan memberikan penjelasan atau pemahaman sebenar kepada ahli forum. Barulah Melayu-Muslim dipandang sebagai bijaksana yang berhemat, mendapat hormat dari orang lain.

Dengan cara emosional dan muka yang berapi-api, membuatkan orang hilang hormat kepada Islam dan penganutnya.. Pandangan mereka, “Inikah akhlak orang Islam?”. Sedangkan kaum jahiliyah di Arab tertarik dengan Nabi Muhammad s.a.w. kerana indah akhlaknya.

2 Responses to “Forum Memeluk Islam : Di mana akhlak orang Islam?”


  1. Sokongan mereka memang dibanggakan…cuma adab yang mengecewakan…benda ni dah memang terbukti, tambahan ketika hari mengundi, lansung tak beradab!

  2. BigBan Says:

    Oh, Thanks! Really funny. Big ups!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: