Pak Lah terjerat perangkapnya sendiri

August 4, 2008

Baru-baru ini, negara kita dihangatkan dengan isu penyatuan UMNO-PAS. Maka riuhlah ahli-ahli parti dengan percaturan strategi kepimpinan parti masing-masing baik dari UMNO mahu pun PAS. Tidak ketinggalan, BN Perak, BN Pahang dan BN Selangor pula menawarkan diri untuk berkongsi kuasa dengan PAS.

Pelik sangat bunyinya..

Tetapi Datuk Nik Aziz memberi cadangan yang amat mengejutkan, bubarkan parti masing-masing dan tubuh satu parti baru kalau UMNO betul-betul ikhlas memperjuangkan Islam dan Melayu. Terpana sekejap Pak Lah dan BN..

Ambo dah bagi tau baru-baru, ini muslihat politik Nik Aziz untuk mengenakan UMNO dan juga segelintir ahli PAS itu sendiri. Boleh lah kalau nak dengar balik cerita ambo pada 28hb baru-baru ni -disini-

Mengikut editor tersohor, A Kadir Jasin, dalam blognya The Scribe A Kadir Jasin.. dia kata kelemahan Pak Lah berinteraksi dengan media membuatkan ahli-ahli UMNO dan parti-parti komponen BN menjadi resah dan tidak tentu hala.

Pada hemat beliau, antara matlamat utama Abdullah mendedahkan pertemuannya sebanyak tiga kali dengan Pas adalah:

  • Percubaan menenangkan perasaan ahli dan penyokong Umno yang berasa hak dan keistimewaan orang Melayu sebagai bangsa induk semakin dipertikaikan dan Abdullah tidak melakukan apa-apa.
  • Cara tidak langsung memberi amaran kepada orang bukan Bumiputera mengenai bahaya mengancam atau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu/Bumiputera.
  • Bukti bahawa dia masih berkuasa dan mampu berunding dengan sebuah parti lawan yang kuat.
  • Untuk memecahbelahkan gagasan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan syak wasangka di kalangan mereka.
imej dari mob1900.blogspot.com

imej dari mob1900.blogspot.com

Mungkin bukan tujuan Abdullah menggabungkan Umno dan Pas, tetapi tawaran Nik Aziz untuk membubarkan Pas dan bergabung dengan Umno bagi menubuhkan sebuah parti Islam yang besar adalah perang psikologi yang mantap.

Dengan merujuk kepada Islam sebagai landasan bagi menyatupadukan umat Islam, Nik Aziz mengepung Abdullah ke satu penjuru yang sukar baginya untuk melepaskan diri.

Adakah Abdullah dan penyokong-penyokong fanatiknya sanggup membubarkan Umno dan menghumbankan ideologi nasionalisme untuk bergabung dengan Pas dalam sebuah parti Islam yang besar?

Pendukung, ahli dan penyokong Pas tidak akan rugi apa-apa dengan membubarkan parti itu dan bergabung dengan Umno, untuk menubuhkan sebuah parti Islam universal, kerana ideologi dan perjuangan Islam mendapat anjakan besar.

Seperti biasa, bergegaslah pengikut Abdullah yang setia memberi pelbagai pandangan dalam usaha mempertahankan ketua mereka dan menjaga periuk nasi.

Marilah kita pakat-pakat dengar cerita Sdr A Kadir Jasin dengan artikelnya, “Muqabalah: Helah Atau Demi Perpaduan Ummah” -disini-

Meminjam kata-kata beliau, cadangan Nik Aziz itu, dalam permainan catur disebut ‘checkmate’ iaitu menyekat dan mematikan pergerakan Pak Lah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: