Anwar didakwa untuk kejatuhan Najib.. Agenda Khairy?

August 4, 2008

Desas-desus kuat mengatakan Anwar akan ditahan.., agar Anwar tak boleh masuk Parlimen, agar Anwar tak boleh bertanding. Itu khabar-khabar angin yang bertiup kencang.. walaupun belum pasti akan kesahihannya.

Mengikut Susan Loone dalam blognya, Anwar akan didakwa dan Najib akan diheret sama.. Kalaulah benar begitu, kenapa Najib?

imej dari wikipedia

imej dari wikipedia

Ambo kesian benar kepada Najib sehari-dua ni, serangan kepadanya datang bertalu-talu.. tapi tidaklah sehebat serangan kepada Anwar. Mungkin juga atas kapasiti Najib sebagai pegawai kerajaan, media tak berani sangat.. silap-silap kena warning macam Bala.

Pak Lah dah nak beri Najib jadi PM pada 2010 nanti, 2 tahun dari sekarang. Soalnya, kenapa 2010? Kenapa perlu tunggu.. mungkinkah ini strategi yang dicadangkan oleh Khairy? Orang politik tahu, Khairy adalah penasihat rasmi kepada Pak Lah.

Adakah kita masih ingat lagi kepada Khairy Jamaludin?.. Musuh ketat Najib.

imej dari rembau.net.my

imej dari rembau.net.my

Khairy sudah lama menyepi dari media, dan bersikap ‘low profile’ dengan media. Tidak bising-bising lagi.. tidak seperti sebelum PRU 12, dialah yang banyak bersuara untuk menjadi juara rakyat.

Mengikut sejarah lampau, Khairy pernah cuba menyusup masuk ke dalam pejabat Najib tetapi dihalang. Najib tidak selesa dengan status Khairy sebagai menantu Pak Lah, Khairy pula nampak Najib sebagai penghalangnya untuk mendaki puncak politik. Baca kisah Khairy dalam artikel “The Truth About Khairy Jamaluddin Part 5”

Mahu tidak mahu, Khairy kena cepat.. Sementara Pak Lah berkuasa, dia ada lesen besar untuk bergerak bebas dalam BN.

Kita juga tahu bagaimana kroni-kroni media Khairy bersedia untuk membantu menyebarkan berita jika perlu..

Dan kita juga tahu, Khairy gemar menyimpan rekod dan data kesalahan musuh-musuh politiknya, sebagai senjata untuk melemahkan musuh politiknya..

Apa yang menggelikan hati, kerana politik, dua musuh boleh bersatu demi kepentingan survival politik masing-masing.. Baca kerjasama Anwar dan Khairy menentang Najib, dengan artikel “Gerakan Anti-Najib: ANWAR-KHAIRY vs NAJIB-HISHAM”

Mungkin juga artikel “Konspirasi Menantu PM-Raja Petra” dan artikel “Apa Yang Boleh Di Pelajari Daripada KJ” boleh menjelaskan lagi agenda Khairy untuk menjejaskan reputasi Najib.

Wallahu’alam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: