Cerita Si Penggali Kubur

August 3, 2008

Hari itu ambo berjalan-jalan menghirup angin petang sambil mata memandang kiri-kanan menikmati keindahan pohon-pohon yang menghijau. Anak-anak kambing melompat kegirangan seolah-olah mendapat kebebasan untuk meragut rumput.

Ekzos motor buruk ambo ni sedikit-sebanyak menggangu kosentrasi untuk menikmati pemandangan. Ish.. lantaklah ! Janji tak buat perangai sudah..

Sesampainya di tanah perkuburan, mata ambo menangkap kelibat seorang pakcik tua yang bermandi keringat menggali kubur. Tenaganya masih gagah menghayun cangkul bagai orang muda, padahal umurnya layak beristirehat dirumah saja. Kesungguhannya menggali menarik minat ambo untuk bertanya khabar.

“Ada orang mati ke, pakcik?”

“Takde.. saja je gali ni, buat persediaan awal-awal”, sahut pakcik itu bersahaja.

Apahal pula pakcik ni?.. Ambo pun menongkat motor dan berjalan-jalan perlahan menghampiri pakcik itu. Rasa seram juga, hari pun dah lewat petang. Setelah dilihat sekeliling, ambo tengok dia seorang sahaja di kawasan perkuburan itu.

“Seorang je ke? Rokok ada ni pakcik, ambillah sebatang”.

“Pakcik tak hisap..”

“Tak ada orang mati.. tapi tak lama lagi ramailah yang nak mati.” Kata pakcik menyambut perbualan.

“Lepas siap yang ini, kena gali yang lain pula.. banyak juga kena gali ni”

Ayat-ayat yang terhambur dari mulut pakcik membuatkan ambo kehairanan, setelah menyedut rokok dalam-dalam, fikiran ambo ligat berpusing hendak mencari modal soalan.

“Lubang kubur siapa ni pakcik?” tanya ambo setelah berasa berani sikit.

“Kubur Pak Lah, batu nesan pun dah siap tempah dah..”

Pak Lah? Pak Lah mana pula ni.. Setahu ambo, Pak Lah Deraman dah lama mati. Pak Lah mana lagi?

“Pak Lah Bodowi.., sekarang ni pun dah sakit tenat dah.”

“Nuar banyak bagi santau pada dia, Pak Lah sekarang ni makan tak lalu.. tidur pun tak lelap mana”

“Nuar beri santau sebab nak ambil balik rumah dia, kata Nuar.. itu hak dia sejak dulu-dulu lagi”

Ambo terdiam seketika, sekali-sekala pakcik menoleh kepada ambo dan tersenyum. Nampak giginya yang kekuningan dan berkarat. Tapi senyumannya manis lagi.

“Pak Dir pun kuat duk bercerita hal dia.. Seluruh kampung dah tahu. Itu lah Pak Lah makin serabut, nak harap pada kawan dia si Najeeb, tak buleh harap sangat. Najeeb takut pada Pak Dir, lagi pun Najeeb takut Pak Dir cerita kisah dia dengan Tuya anak Sharibu”

“Sekarang ni Musa dan Jani yang tengah tolong Pak Lah Bodowi berubat, nak hantar balik santau tu ke Nuar.. Kalau boleh depa nak suruh Nuar mati terus.”

Pakcik tu mendengus.. tiba-tiba dia meletakkan cangkul dan duduk. Matanya memandang tajam ke lubang kubur.

“Kalau Nuar menang, Pak Lah Bodowi mati.., bukan Pak Lah saja, ramai lagi yang menyusul. Nuar tu bukan sembarangan.. silap-silap Pak Dir pun kena juga”

“Pakcik tahu, Nuar dah lama marah pada mulut lembik Pak Dir.. tapi Nuar tak ada peluang nak kenakan Pak Dir, sebab itulah Nuar nak rumah Pak Lah.. Rumah Pak Lah tinggi lagi dari rumah Pak Dir, senanglah dia nak lontar santau pada Pak Dir”

“Sekarang ni pun Nuar dah nak ambil balik tanah dia kat Pauh, bila Nuar dapat balik.. senanglah Nuar nak ambil balik rumah Pak Lah kat Putrajaya. Nuar ramai saudara dan kenalan, dengar khabar dia pun ramai kawan seberang laut”

“Pakcik taulah Nuar tu bagaimana orangnya.. Selagi tak boleh hajat dia, selagi itulah dia usaha. Orang tak percaya Nuar jahat sebab orang kampung tahu Pak Dir suka buat fitnah pada Nuar. Kalau betul pun Nuar buat.. Nuar pandai bercakap, orang mudah percaya kata-kata dia”

“Kalau Nuar boleh rumah Pak Lah dekat Putrajaya tu.. habis Nuar bagi santau pada musuh-musuh dia. Yang kena dulu Mat Ejam, lepas tu Musa dan Jani, lepas tu Pak Dir. Nuar tak takut pada Najeeb, perut Najeeb penakut.. bagi duit senyaplah, takpun beri dia perempuan.. Najeeb suka lah benda-benda gitu”

“Bukankah Pak Lah Bodowi ada jin?” ambo menyampuk..

“Jin Pak Lah boleh buat apa.. makan nasi bolehlah. Dengar khabar jin Pak Lah makin gemuk sekarang, diberi makan cukup-cukup”

“Nuar dapat power dari bini dia, Jijah.. Orang kampung percaya Nuar sebab bini dia nampak baik dan kuat agama. Anak Jijah pun nampak baik-baik belaka, pakcik pun tahu macam mana Nuar boleh belajar santau ni.. seberang laut barangkali”

“Kalu Nuar boleh tanah kat Pauh nu, ramailah orang kampung nak tolong Nuar ambil balik rumah Pak Lah kat Putrajaya. Orang lain tak mahu tolong Pak Lah sebab Pak Lah kuat tidur, orang mencuri sebelah rumah pun dia tak kisah.. Pak Lah nak mengadu pada siapa lagi? Pak Dir? Najeeb?”

“Pak Dir dan Najeeb pun kalau boleh nak suruh Pak Lah mati cepat-cepat..”

“Kalaulah Musa dan Jani tak dapat tolong Pak Lah, mati lah Pak Lah..”

“Sebab tu lah pakcik tolong gali kubur untuk dia.. kesian dia, kalau Pak Lah mati tak ada orang nak tolong. Kawan-kawan dia pun buat tak tahu aje nanti..”

Ambo tersentak apabila terdengar azan Maghrib bergema.. Laa, dah mahgrib rupanya. Asyik mendengar cerita pakcik tu memang buat ambo terbuai dihanyut masa. Ambo bangun sambil menyapu pasir-pasir yang melekat di punggung dan ambo bergegas ke motor buruk ambo.

“Terima kasih lah pakcik, kalu pakcik nak minta tolong ambo lepas ni.. bagi taulah. Kita pakat-pakat pikul batu nesan tu nanti” sahut ambo sambil berlalu pergi.

2 Responses to “Cerita Si Penggali Kubur”

  1. rajraman 666 Says:

    This the best man.
    I almost believed your story if didnt read until finish.

    rajraman.FED UP OF POLITICS AND LOOKING SOMETHING FOR MY SOUL WHICH LOST.

  2. rajraman 666 Says:

    Dzul,
    how come my word press banner is change?
    Mine very consistent hourglass.

    rajraman.As usual blur about it.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: