Chong ada bukti skandal seks Timbalan Menteri, Dr Wee

August 2, 2008

Lelaki yang menghantar SMS tentang skandal seks Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Wee Ka Siong, memberitahu Bernama bahawa dia mempunyai bukti ke atas dakwaan itu. Lelaki yang berusia 50 tahun itu, mahu dikenali sebagai Chong, akan mendedahkan bukti itu dalam sidang akhbar 16 Ogos ini.

Sebelum ini, bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, melepaskan jawatan dalam kabinet dan parti selepas rakaman adegan seksnya tersebar luas.

Chong berada di Kuala Lumpur semalam untuk menemui polis, bertanyakan 3 laporan yang dibuat olehnya terhadap Wee dua tahun lepas.

Sementara itu, Dr Wee, yang juga Setiausaha Agung MCA berkata dia tidak takut dengan tohmahan tersebut. Dia tidak menolak kemungkinan apa yang berlaku akhir-akhir ini ada kena mengena dengan pemilihan MCA Oktober ini. Dr Wee berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda atau Naib Presiden MCA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: