Annuar Musa minta UMNO boikot pilihanraya Permatang Pauh

August 2, 2008

KOTA BHARU, 2 Ogos (Sinar Harian)- Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, kelmarin.

Beliau berkata, perletakan jawatan Wan Azizah dianggap sebagai strategi politik PKR dalam usaha mengalih pandangan umum terhadap kes liwat yang dihadapi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Annuar, ada 3 sebab BN perlu boikot pilihan raya itu, antaranya :

  1. Merugikan wang rakyat kerana pilihan raya kecil itu memerlukan peruntukan yang besar.
  2. BN tidak perlu mengikut strategi yang dibawa oleh Anwar.
  3. Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan kerana keadaan dikawasan itu semuanya baik.

Apalah Annuar Musa ni.. tak ada modal lain ke nak tarik perhatian Pak Lah.

Apakah sebelum ini pilihan raya yang diadakan tidak guna duit rakyat? Kalau kawasan yang BN dijangka kalah, duit rakyat yang dikatakan rugi.. Kalau pilihan raya di kubu kuat BN, tak salah habiskan berjuta-juta RM duit rakyat.

Kalau BN boikot, malulah BN kepada rakyat. Takut kepada Anwar? Anwar pun orang biasa.. tak lebih apa-apa. Masa ini lah sepatutnya BN bertanding, boleh ‘test’ populariti Anwar di mata rakyat.

Setiap parti ada strategi masing-masing, ikut sukalah PKR nak pakai strategi apa.. BN pun kena pasang strategi juga, barulah anak jantan namanya. Berjuang dulu.. kalah menang soal kedua. Adakah duit dah habis ditabur ke kawasan Kulim dan Bandar Tun Razak? Kalau betul.. strategi PKR dah mengena.

Itu bodoh BN tak dapat nak hidu awal-awal..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: