Prebiu artikel : Liwat tidak semestinya luka atau berdarah

August 1, 2008

Ambo tertarik dengan artikel ini disebabkan kupasan oleh pengamal perubatan, (dalam bahasa kampung seperti ambo ni.. doktor lah). Mereka menghurai istilah-istilah dalam dunia perubatan kepada masyarakat umum dalam bahasa yang mudah di fahami.

Artikel ini, secara langsungnya berkait dengan kes liwat Anwar dan isu laporan perubatan Hospital Pusrawi, yang mengatakan Saiful tidak diliwat sebagaimana didakwa.

Dr Novandri Hassan Basri, melalui artikel Liwat Tidak Semestinya Luka Atau Berdarah III, mempersoalkan artikel Raja Petra tentang dua (2) perkara :

-Menyalahtafsirkan pemeriksaan anus (per rectum) yang dilakukan oleh Dr Osman
-Menyalahtafsirkan diagnosis (keputusan penyakit) yang ditulis oleh Dr Osman

Melalui artikel sebelumnya, Laporan Kesihatan Hospital Pusrawi Tidak Valid II, mempertikaikan kesahihan laporan perubatan tersebut dan mempertikaikan kaedah pemeriksaan yang di ambil oleh Dr Mohd Osman

“…Malah, apabila Saiful menerangkan kepada doktor itu bahawa benda tumpul telah dimasukkan ke dalam anus beliau, doktor tersebut sepatutnya telah faham yang beliau tidak berkelayakan untuk meneruskan sebarang pemeriksaan fizikal terutamanya di bahagian-bahagian badan yang paling disyaki seperti dubur (anal)…”

Dr Novandri juga memberi tips tentang laporan perubatan yang boleh diterima untuk dijadikan bahan bukti melalui artikel Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi.

Ambo bukan nak hentam Anwar, tetapi ambo sebagai orang biasa yang jahil dalam ilmu perubatan, kenalah merujuk kepada alim-ulama dalam bidangnya, kalau kes bangunan runtuh kenalah tanya jurutera, kalau kes enjin kereta tak hidup kenalah tanya mekanik. inikan pula kes periksa dubur, lagilah tak tahu-menahu. Sedangkan anak demam pun kita pergi periksa di klinik, bukannya boleh ‘check’ sendiri.

One Response to “Prebiu artikel : Liwat tidak semestinya luka atau berdarah”

  1. dhianofie Says:

    Tok kasihan ke dengan Cik Anwar bang….

    BTW, Salam Kenal!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: