Di sebalik nama Raja Petra Kamarudin..

August 1, 2008

King Blogger of Malaysia.. Itulah gelaran yang diberikan kepadanya. Penulis blog politik yang semakin meraih perhatian masyarakat Malaysia sekarang, dengan tulisan politik yang sensasi dan berapi-api. Kebanyakkan orang mudah menerima kenyataan beliau bulat-bulat, sesetengah pula mengangkat dirinya sebagai idola.

Siapakah Raja Petra Kamarudin?

Menurut Wikipedia :

RPK dilahirkan di Surrey, England. Belajar di Alice Smith School, semasa berumur 13 tahun dia melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan menghabiskan pengajiannya di Institut Victoria.

Pada 1973, RPK berkahwin dengan Marina Lee bt Abdullah, kacukan Siam-Cina, seorang penerbit buku dan mempunyai 5 orang anak. RPK adalah kerabat Di-Raja Selangor, sepupu kepada Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah. Ibunya, Che’ Bariya Kamarudin (Barbara Mabel Parnell) adalah orang Wales.

Anda boleh lihat foto-foto RPK semasa dia muda –disini

RPK adalah ahli kepada Parti Keadilan (PKR), satu parti yang ditubuhkan untuk menyokong Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Pada 11 April 2001, RPK bersama-sama 10 orang yang lain telah ditahan dibawah Akta ISA ketika pemerintahan Dr Mahathir.

RPK memulakan portal Malaysia Today pada tahun 2004. Di dalam kolum-kolumnya, dia sentiasa menyuarakan tentang ketelusan, tanggungjawab dan keadilan dalam sistem politik Malaysia. Dia sentiasa menceritakan tentang politik wang, rasuah dan sentimen perkauman yang menular dalam masyarakat Malaysia.

Jika dirujuk kepada Blogger.com, RPK membentuk ‘team’ dengan rakan-rakan blogger yang bernama Srikandi, Avenger, Sham dan Abu.

RPK menjadi terkenal kerana artikel-artikel politiknya, yang menyingkap hal-hal disebalik tabir pemerintahan kerajaan Malaysia, kesama-rataan kaum dan agama, antaranya :

Setelah membaca serba-sedikit tentang RPK, kesimpulan awal ambo tentang RPK..

1.  RPK pernah kena ISA, sebab itulah dia benci sangat kepada kerajaan. Tidak hairanlah kalau dia marah betul kepada BN dan sesiapa yang cuba bersekongkol dengan BN. Seperkara lagi, dia bersetuju dengan falsafah kebebasan yang di dokong oleh Anwar, tidak hairanlah mereka boleh jadi sahabat baik.

2.  RPK cuba melontarkan isu kesama-rataan agama ataupun kebebasan individu . Tidak hairanlah dia mendapat undi popular dari mereka yang bukan Melayu.

2.  RPK bukan Melayu asli, cuma seorang Melayu kacukan. Dibesarkan dengan nilai-nilai Barat dan pemikiran gaya Barat.

3.   RPK seorang yang ingin ‘bebas’. Bebas untuk mengatakan apa sahaja..

4.  RPK lupa bahwa, isu yang cuba diperjuangkan adalah betul tetapi kaedah yang diguna-pakai boleh dipertikaikan. Berfikir dan bertindak semacam budaya Barat tidak semestinya boleh diguna-pakai untuk masyarakat Malaysia.

5.  RPK lupa, rakyat Malaysia jangan dipaksa-paksa untuk menerima nilai-nilai Barat. Budaya keilmuan Barat adalah baik dan boleh dicontohi, tetapi janganlah mengecap orang lain bodoh dan tidak reti. Namanya lagi belajar, lambat laun rakyat Malaysia ke arah itu juga.

6.  RPK lupa beza Islam ‘baka’ dan Islam sebenar. Islam kalau dipelajari dengan betul boleh memacu kejayaan seseorang. Ambo sendiri pun tidak betul lagi, RPK bercakap seolah-olah dia telah khatam Islam. Orang Islam di Malaysia tidak sama dengan orang Islam di China, tidak sama dengan orang Islam di Australia, tidak sama dengan orang Islam di Afrika.. tidak sama.

One Response to “Di sebalik nama Raja Petra Kamarudin..”

  1. ezora_uitm Says:

    sy setuju…anda di pihak yg benar, kita tidak mnyokong mana2 pihak tetapi kt adalah islam yang sejati.
    ———————————
    p/s : salam Ezora-UiTM,
    mudah-mudahan kita dapat taufik dan hidayat-Nya.. how’s life in UiTM now? saya juga bekas graduan uitm tahun 1996.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: