Kerusi Permatang Pauh dikosongkan, UMNO menggelabah

July 31, 2008

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh berkuatkuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Wan Azizah, 55, berkata beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya itu hari ini kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Wan Azizah berkata beliau akan mengekalkan jawatan Presiden PKR manakala penggantinya sebagai Ketua Pembangkang akan ditentukan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PKR di sini yang turut dihadiri Anwar dan anak mereka, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai, Wan Azizah berkata perkara itu telah dibincangnya dengan kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Fakta politik kerusi Permatang Pauh

Wan Azizah, yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen, adalah wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar.

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil Barisan Nasional dari tahun 1982 sehingga beliau dipecat daripada Umno pada September 1998, dan menjadi anggota Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun kerana tuduhan rasuah.

Komen Anwar Ibrahim

Anwar, 60, pula berkata beliau terharu dan terhutang budi kepada isterinya yang telah sanggup melepaskan kerusi itu walaupun itu bukan satu perkara yang senang untuk dilakukan.

Beliau berkata keputusannya untuk bertanding di Permatang Pauh adalah kerana ianya merupakan kerusi yang selamat baginya walaupun beliau ditawarkan beberapa kerusi Parlimen yang lain, termasuk kerusi Bandar Tun Razak yang disandang oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Gombak yang diwakili Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Reaksi UMNO

Datuk Syed Hamid Albar antara menteri UMNO yang terawal memberi kenyataan. Beliau menyatakan siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri. Tambahnya lagi, terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap penasihat PKR.

Reaksi PKR

SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) – Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini meminta UMNO supaya meletakkan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Nor menentang penasihat parti itu dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata UMNO patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding di kawasan itu berikutan kesediaannya bertanding menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana-mana kawasan Parlimen.

“Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak, katanya selepas majlis ramah mesra bersama media di sini hari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: