Penyatuan PAS-UMNO, harapan tinggal harapan..

July 31, 2008

KUALA LUMPUR, 31 Julai -PAS menolak sebarang kerjasama dengan Umno atau BN bagi membentuk kerajaan campuran sama ada di peringkat negeri atau pusat, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Keputusan itu dicapai selepas pertemuan khas hampir lima jam barisan pemimpin tertinggi PAS bagi meredakan kehangatan kontroversi rundingan sulit dengan Umno sejak beberapa minggu, khususnya selepas pengakuan Hj Hadi awal bulan ini.

Mesyuarat dua badan tertinggi parti itu – jawatankuasa pusat dan majlis syura ulama – melibatkan hampir 50 pemimpin parti, termasuk mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan semua wakil PAS yang bertemu perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

“Oleh itu, itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat tidak lagi berbangkit”

abdul hadi awang pc on pas umno talks 310708Dalam sidang media selepas mesyuarat besar itu, Abdul Hadi juga berkata PAS akan terus memainkan peranan aktif bersama Pakatan Rakyat dan mengajak ahli-ahli Parlimen Umno menyertai gabungan itu, khususnya bersama PAS atau PKR.”

Abdul Hadi – yang mengakui memberi restu pada rundingan sulit dengan Abdullah dan bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, beberapa selepas pilihanraya umum 8 Mac – berkata PAS masih terbuka kepada sebarang perbincangan dengan mana-mana pihak, termasuk Umno.

“PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi dan individu demi untuk kepentingan negara dan ummah”

Ditanya tindakan yang akan diambil kepada mana-mana pimpinan yang mungkin mengadakan pertemuan secara sulit dengan Umno pada masa depan, beliau berkata:

“Tidak ada sulit lagi. Kita menyatakan boleh diadakan pertemuan. Dan pertemuan ini sudah tentu akan dimaklumkan kepada parti. dan selama ini pun dimaklumkan kepada parti”

Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, menjelaskan PAS akan membela sesiapa sahaja termasuk ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Sehubungan itu, Abdul Hadi menggesa kes tokoh pembangkang itu diselesaikan di mahkamah syariah.

“PAS sebuah parti Islam tetap menyatakan bahawa isu tersebut hendaklah diselasaikan mengikut syariat Islam. Dan saya rujuk perkara kepada Perlembagaan (Persekutuan) Perkara 121 A1, kes yang berkaitan dengan orang Islam, harus dirujuk kepada mahkamah syariah. Sekiranya tidak boleh, Umno kena buat perubahan”

Mengulas kedudukan pengundi bukan Islam yang memberi sokongan parti itu dalam pilihanraya lalu, Abdul Hadi berkata PAS terus menghargai sokongan mereka dan bercadang memberikan lebih peranan dalam arena politik.

One Response to “Penyatuan PAS-UMNO, harapan tinggal harapan..”


  1. Nice blog! Only problem is i’m running Firefox on Debian, and the site is looking a little.. weird! Perhaps you may want to test it to see for yourself.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: