Apabila Hishamudin Rais mengarut..

July 31, 2008

Apabila kita dengar orang suka mencarut, kita mungkin akan ketawa terbahak-bahak, paling kurang pun tersenyum simpul. Tapi dalam hati kita tidak suka orang ini, fikiran dia kotor, lantas kawan semacam ini layak diajak berbual di kedai kopi saja, bukannya dijemput naik kerumah kita.

Itulah Hishamudin Rais (HR).. penulis artikel politik yang suka dengan terma-terma lucah, jijik.

Ambo bercakap pasal HR bukannya ambo benci kepada dia, tetapi ambo benci kepada gaya penulisannya. Apa yang ditulis mencerminkan pemikiran seseorang itu. Kita boleh menilai peribadi seseorang itu dengan gaya tulisannya atau percakapannya.

Percakapan ini ada dua jenis, satu yang yang dilafazkan dengan lidah. Satu lagi ialah percakapan melalui hati, dan ianya dizahirkan dengan tulisan atau lukisan. Serabutkah dia? Tersusunkan dia? Zuhudkah dia? Kalau hati dah kotor, maka kotorlah seluruh jasad.

Ambo minta maaf pada HR, ambo kena kata berterus-terang dengan HR, sebab HR berjuang melalui pena. Tapi gaya perjuangan HR ganas dan lucah.. takut-takut orang lain ambil pedoman buat asas perjuangan. Cukuplah dengan politik kita yang saban hari makin kelabu, janganlah HR kasi ianya hitam terus.

Berbalik kepada tulisan HR baru-baru ini di Malaysia Kini –baca sini

Kenapa Sdr. Hishamudin Rais cukup marah? Dibantainya PAS cukup-cukup. Marah sangat dia pada PAS sebab nak bermuzakarah dengan UMNO. Itu baru nak berdialog.. belum lagi PAS-UMNO bersatu. Ambo bukan penyokong PAS tetapi ambo suka bersikap rasional.

Kalau orang Cina mendapat kezaliman, wajib kita menolongnya. Kerana ini negara Islam, rakyat mesti berasa selamat, tidak kira apa kaum sekalipun. Kalau menentang Islam dan cuba menghancurkan Islam, wajib kita melawan, tidak kira walaupun dia Melayu sekalipun, Melayu yang mewarisi Islam ‘baka’ bukannya Islam yang kita susah-payah memilikinya.

Sdr HR orang seni, cuba berjuang dengan seni. Menzahirkan kekotoran BN dengan seni muzik Carburator Dong. Adakah orang suka? Yang jadi mangsa, Alak CD, sebab menurut kehendak Sdr HR.. Kesian dia, sepatutnya HR yang kena tendang itu hari..

Di negara Barat, menzahirkan mesej melalui seni secara kotor-sekotornya dapat diterima. Itu hasil seni kata mereka. Di Barat, pelukis kartun yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dapat diterima, itu seni penyampaian mesej secara sinis melalui kartun. Orang Islam amat sensitif hal-hal begitu.

Dalam Islam, seni digalakkan berkembang-biak menjadi subur. Boleh membuat sajak, boleh berlagu-lagu, boleh melukis dan macam-macam lagi kerja seni. Tapi ada batasnya, bukan sajak yang membuat fitnah, bukan lagu yang memuja syaitan, bukan melukis gambar wanita telanjang.. Islam ada batasnya.

Kalau betullah benci sangat kepada BN, kiaslah ayat-ayat demo dengan adab.. adab orang Melayu dan adab orang Islam.

Kalau betullah benci sangat pada BN, cukuplah sdr Hishamudin Rais seorang yang memutuskan tali silaturrahim. Jangan disekat orang lain yang hendak berjumpa, belum tentu orang itu akan jadi kawan kepada musuh kita.

Belum tentu lagi PAS hendak bersatu dengan UMNO. Masa yang menentukan, Allah Ta’ala yang mengatur masa akan menentukan, Allah Ta’ala yang memiliki hati hamba-hamba-Nya yang menentukan. Mengikut hukum jari-jemari, satu ibu jari yang menunjukkan kepada orang lain, empat jari menunjukkan balik kepada kita.

2 Responses to “Apabila Hishamudin Rais mengarut..”

  1. SHEIKH ANWAR AL JUBURI Says:

    DI BAYAR OLIH

    PAK SHEIKH ANWAR AL JUBURI WAL SODOMI A/L AL IMAM PORK LAH BODOHWI

  2. penulis_cyber Says:

    salam perjuangan.

    Kita teruskan perjuangan !


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: