Hudud kunci kejayaan muqabalah UMNO-PAS

July 30, 2008

Kota Bharu, 30 Julai (Bernama)- Perlaksanaan hukum Hudud dan Qisas menjadi satu daripada cadangan dari PAS jika penggabungan antara parti itu dan UMNO menjadi satu realiti, kata Mursyidul Am PAS Datuk NIk Abdul Aziz Nik Mat.

Bagaimanapun, perlaksanaan undang-undang Hudud akan dilaksanakan selepas persetujuan penggabungan entiti politik selesai terlebih dahulu.

Nik Aziz berkata, berlandaskan semangat demokrasi, semua pihak termasuk UMNO, kaum Cina dan India boleh mengadakan perbincangan serta mengeluarkan hujah mereka untuk lebih memahami Islam dan syariatnya.

Beliau bersedia berbincang dengan orang Cina dan India yang tidak mahu kepada Islam. Namun, katanya, perkara yang paling penting ialah memastikan muqabalah antara PAS dan UMNO dapat dijayakan terlebih dahulu untuk membincangkan masa depan umat Islam.

Ambo sudah nampak sinar dan harapan kepada dimensi baru.. Kesepakatan bangsa dan syiar Islam di daulatkan.

Kaum Cina dan India pasti bimbang dengan perkembangan terbaru ini, Hudud memang menjadi ketakutan mereka selama ini. Sesetengah orang Islam pun bimbang (bagi mereka yang terasa pedas), takut-takut kena potong tangan.

Adalah penting PAS dapat memberi gambaran yang selengkapnya kepada UMNO tentang Hudud ini dan bolehlah UMNO menterjemahkan kepada parti komponen MCA dan MIC terutamanya.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: