Harga minyak Singapura dah turun, Malaysia bila lagi?

July 29, 2008

‘Api’ dalam diri ambo tiba-tiba menyala-nyala apabila terbaca petikan berita dari KL Pos. Mata ambo berasa berair menahan rasa pedih dan geram menahan bahang ‘api’.

Ambo baca sekali lagi berita KL Pos tadi, takut-takut tersilap baca..

Harga minyak Singapura turun lagi, kali kelima dalam 20 hari

Selasa, 29 Julai- Harga minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter – penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.Langkah mengurangkan harga minyak petrol semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92. Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Sah.. Memang betul, nak kata rabun.. boleh baca molek-molek suratkhabar.

Kerajaan Malaysia sebelum ini menuduh dengan bermacam-macam tuduhan kepada Singapura sebagai jiran yang tidak baik dan ‘gunting dalam lipatan’ kepada ASEAN.

Walaupun perut mereka busuk kepada Malaysia, tetapi perut pemimpin Singapura tidak busuk kepada rakyat mereka. Apabila harga minyak patut turun (bukan sekali.. sudah 5 kali !!), harga diTURUNkan. Di Malaysia tidak.. tidak turun, bahkan harga tambang bas pula akan dinaikkan.

Pengumuman akan dibuat sebelum Aidilfitri, (cerdik betul..) masa itulah bas akan ‘fully-booked’, semua orang nak balik kampung beraya. Pandai betul pemimpin kita sekarang.. Pandai cari untung, tapi tak pandai nak tolong rakyat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: