Pak Lah, Hj Hadi kena pukulan KO Nik Aziz

July 28, 2008

Semalam, 27 Julai, Datuk Nik Aziz (DNA) memberi satu cabaran pemikiran baru kepada UMNO. Tak payahlah nak ber-muqabalah, UMNO bubar parti dia, kita bubar parti PAS. Pakat ramai-ramai buat parti baru..

Satu pukulan yang hebat!

Kebanyakkan orang tidak berfikir sampai tahap tu, ambo sendiri pun tidak menyangka ayat itu boleh keluar dari mulut Datuk Nik Aziz sendiri. Ulama yang amat tebal pegangan prinsip perjuangannya, maaflah.. ambo bukan peminat Tuan Guru tetapi kagum dengan peribadinya. Satu cadangan pada kulitnya nampak elok, isinya amat pahit kepada orang yang ada penyakit tamak kuasa.

Setelah merenung seketika, sedikit sebanyak ambo berasakan dapat menjangka kenapa beliau berbuat begitu. Kalau betul niat UMNO baik dan ikhlas, tidak payahlah nak buat ‘brain-storming’ cari idea nak bangunkan Islam dan bangsa Melayu, mari kita pakat-pakat duduk bersama dan buat bersama.

Dari satu segi yang lain, DNA menempelak Hj Hadi (HH) dan ustaz Nasharudin (UN) dengan cara yang amat halus sekali. Mereka berdua mungkin berfikir perjumpaan ini adalah diharuskan demi kepentingan umat, jikalau berjaya, pasangan Presiden dan Timbalan Presiden PAS ini akan menjadi lebih popular lagi. Lagipun, Muktamar PAS pun dah nak menjelang tiba..

Tetapi, DNA menunjukkan jalan yang lebih praktikal dan telus.

Orang-orang ustaz ni lain sikit perangai cemburu mereka, mereka berasa bangga jika mendapat hormat dari masyarakat ke atas tahap ilmu agama yang mereka miliki. Orang-orang UMNO pula  kuat cemburu kalau orang lain dapat lebih kuasa ataupun lebih projek.

Ada asasnya kalau HH nak berasa hati, setiap kali ada isu PAS-UMNO yang berbangkit, DNA yang lebih menjadi tumpuan orang padahal dia Presiden PAS, dari segi pangkat, Orang No.1 sepatutnya.

Bila Pak Lah ni cuba nak memancing, tak sangka pula ada ikan besar yang tersangkut. Niat UMNO ni nak memecah-mecahkan Pakatan Rakyat sebenarnya, tetapi bila cadangan muzakarah ni ada orang yang menyambut, kenalah fikir nak cari alasan pula. Dalam hati tak ada nak niat nak berkongsi pun..

Hj Hadi pula, kalau betul lah PAS-UMNO bergabung, takkan Pak Lah tidak beri apa-apa.. Paling kurang pun jadi MB Terengganu balik pun takpo doh..

Ambo bersetuju benar dengan kata-kata Tuan Guru DNA, Islam ini bukan milik Melayu sahaja bahkan milik semua kaum. Islam bukan hak esklusif bangsa Melayu, bangsa lain pun ada hak yang sama terhadap Islam sama ada mereka itu Cina atau India.

Setelah mengelak tumbukan kilas Hj Hadi dan mengelak lagi tumbukan sulung Pak Lah, Tuan Guru DNA terus bagi tumbukan Mike Tyson.. Terus K.O



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: