Salah Dr Mahathir lantik Abdullah

July 26, 2008

Akhirnya Dr M mengakui tersilap melantik Datuk Seri Abdullah sebagai penggantinya. Sekarang, selepas 2 kali membatalkan hasrat untuk bersara, Dr M menurunkan kuasa kepada Datuk Seri Abdullah (DSA) sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-5.

Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato Seri Abdullah sebagai pengganti saya

Menurut Dr M, pilihan utama pada masa itu  dan ialah Datuk Najib. Semasa krisis UMNO pada tahun 1986-1987, DSA memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Musa Hitam. Apabila Team B kalah dan UMNO diharamkan, DSA tidak menyertai Semangat 46 tajaan Ku Li. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli UMNO Baru yang beliau pimpin.

Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli UMNO baru, tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menyusul, DSA bertanding untuk ahli MT dan berjaya dipilih. Pada pemilihan seterusnya, DSA bertanding jawatan Naib Presiden dan menang dengan undi kedua terbesar berbanding Dato Najib. Justeru itu, beliau dikembalikan sebagai Menteri dalam Kabinet.

Pujian-pujian didengar merata-rata yang Dato Seri Abdullah adalah ‘bersih’, mr clean’. Oleh itu apabila beliau terpaksa gugurkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai TPM, DSA dipilih untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato Seri Najib (DSN) adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

Saya berpendapat UMNO hendakkan kepimpinan Dato Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak UMNO. Beliau tidak memilih Dato Seri Najib kerana masih muda dan berharapan selepas 1 atau 2 penggal, Dato Seri Abdullah akan serahkan jabatan itu kepada Dato Seri Najib. Kerana itulah saya bersungguh-sungguh memastikan agar Dato Seri Abdullah memilih Dato Seri Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Untuk membaca artikel penuh Dr M dalam blognya, klik disini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: