PAS ditawar kongsi kuasa di Selangor

July 26, 2008

PUTRAJAYA, 25 Julai (Malaysiakini)-Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa pertemuan pertama dengan PAS memang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran di Selangor.

Pada ketika itu (beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac), UMNO ada hak untuk mencari sebarang parti untuk menubuhkan kerajaan. Jadi tidak salah untuk Umno mencari pakatan dan kerjasama dengan parti-parti lain. UMNO rasa, itu yang boleh kita bincang dengan PAS waktu itu. Pakatan Rakyat bukan satu entiti yang kekal. Oleh itu, kita mulakan perbincangan dengan mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor.

Kata perdana menteri kepada pemberita selepas majlis Anugerah Akademik Negara di Putrajaya, petang ini. Menurutnya, Umno tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mana-mana parti untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan Selangor. Bagaimanapun, katanya, PAS tidak bersetuju dengan cadangan Umno, tetapi memilih bersama Pakatan Rakyat.

Memang sah.. ini permainan politik UMNO. Apabila kuasa sudah mula goyah, mulalah gelabah mencari kawan-kawan yang boleh ditumpang. Kalau betul-betul hendak berpakat, kongsilah pemerintahan negara. PAS sudah tentu tidak setuju perkara ini, maka dicananglah bahawa PAS yang bersalah dalam hal ini kerana menolak pelawaan ‘suci’ UMNO. PAS juga yang buruk nama.. Wallahualam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: