Kredibiliti Anwar Ibrahim semakin tergugat

July 26, 2008

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Harakah) – Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar IBrahim berkata, kemahuan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan bukannya bertunjangkan ketamakan kekayaan dan sifat gila kuasa. Sebaliknya Pakatan Rakyat komited untuk melaksana agenda perubahan yang menyeluruh meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik. Menurut Anwar, agen-agen anti perubahan ini seperti tidak belajar dari kesilapan lalu dan tidak mengerti bahawa badai besar 8 Mac ialah kemahuan yang kuat agar perubahan terlaksana.

Rakyat adalah keutamaan kita. Perubahan yang kita perjuangkan adalah demi rakyat seluruhnya, melewati batas kaum dan agama. Beberapa hari kebelakangan, media milik Umno-BN sedaya mungkin berusaha untuk mengelirukan rakyat. Dakyah dangkal kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami masalah dipintal sejahat mungkin agar rakyat terpengaruh

Betul ke DSAI tidak tamak kuasa dan kekayaan? Kalau tidak masakan beliau sibuk ke sana-sini berkempen dan ghairah muncul di media massa untuk menonjolkan diri. Berdasarkan tatacara perhimpunan yang diadakan pula lebih bersifat emosional dan keterlaluan dari norma-norma adab. Lihatlah sekarang, hasil dari ajaran DSAI.. protes, mogok, boikot seolah-olah menjadi saluran alternatif kepada sesetengah pihak menzahirkan kekecewaan.

Ini dapat dilihat dalam beberapa siri perhimpunan yang diadakan kebelakangan ini. Antara yang menonjol ialah:

  1. Perhimpunan Protes yang berakhir dengan insiden Carburator Dong yang memualkan.
  2. Penubuhan Seniman Paksi Rakyat oleh seniman reformasi ’98 untuk memprotes kerajaan secara tersirat melalui kerja-kerja seni
  3. Turut serta dalam siri ceramah PAS, PKR dan DAP

Di sini, DSAI seolah-olah merestui pelbagai kaedah dan saluran untuk membangkitkan rasa marah rakyat kepada rakyat. Beliau sanggup untuk mengadakan rusuhan agar kerajaan UMNO dapat ditumbangkan. Inikah bakal pemimpin yang kita mahu? Pendekatan emosional lebih diutamakan dari pendekatan berhemah dan profesional.

Kenapa tidak memantapkan pentadbiran di 5 buah negeri yang dimenangi oleh PR terlebih dahulu? Rakyat Malaysia sekarang lebih cerdik dan terbuka berbanding era 80an, mereka boleh menilai apa yang baik untuk mereka sendiri. Sekiranya model pemerintahan di 5 buah negeri ini mantap, berpaksikan kebajikan rakyat dan berjaya dibuktikan perlaksanaanya, rakyat tidak ragu-ragu untuk memilih PR dalam pilihanraya akan datang. 4 tahun setengah lagi bukannya lama sangat sekarang..

Isu peribadi

Kes liwat Anwar vs Saiful benar-benar menimbulkan polemik kepada rakyat. Ada sesetengah pihak mengatakan ianya konspirasi kerajaan sekarang, ada sesetengah pihak mengatakan ini memang ‘kerja gelap’ Anwar. Yang lebih tahu ialah.. Allah Ta’ala.

Tetapi yang amat dipersoalkan ialah sikap berdolak-dalik DSAI tentang sumpah. Mufti Perlis menyarankan sumpah untuk menegakkan kebenaran masing-masing, ini disokong oleh Mufti Perak dan juga MB Kelantan. Padahal Saiful Bukhari bersedia untuk bersumpah pada bila-bila masa, malahan Datuk Najib juga boleh bersumpah untuk menafikan tuduhan terhadapnya.

Wallahi Wabilahi Watallahi’ ..

Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu. Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis. Detik Daily,11 Julai 2008

Tetapi Anwar, apa yang sanggup dia lakukan? Mengenakan 4 syarat terlebih dahulu sebelum melafazkan sumpah. Nampak sangat beliau keberatan untuk bersumpah, apakah DSAI tidak percaya ataupun tidak yakin dengan kekuasaan dan tipu-daya Allah Ta’ala.

Tidak cukup dengan sumpah, DSAI seolah-olah bermain tarik-tali dalam kes liwat ini, bermula dengan alasan..

  1. penangkapan polis untuk membawa beliau ke IPK
  2. pemeriksaan perubatan di HKL
  3. sampel DNA
  4. mempersoalkan kewibawaan pihak polis, badan kehakiman dan hospital
  5. menimbulkan kembali kes 1998 dahulu kepada BPR
  6. membawa kes ke JAWI untuk qazaf
  7. lepas ini, apa pula..

Seperkara yang menarik, DSAI menafikan bahawa Saiful adalah pembantu khas beliau, padahal budak inilah yang dibawa kesana-kemari, luar-negara mahupun dalam negara. Kenapa tidak membawa orang lain dalam PKR yang lebih berpengalaman dan berkelayakan? Alasan DSAI dalam hal ini amat retorik sekali. Saya tidak ingin membuat fitnah, kerana hal ini diuar jangkauan saya, tetapi secara logiknya? Kenapa Saiful ini amat istimewa kepada DSAI ketika itu..

Seperkara lagi, kenapa kes 1998 ditimbulkan lagi sekarang? DSAI mempunyai banyak masa sebelum ini sejak tahun 2004 lagi untuk hal ini. Kenapa sejak kes liwat terbaru ini timbul, barulah kes tahun 1998 ini cuba diungkit kembali?

Dasar Luar

WASHINGTON, 1 Julai – Amerika Syarikat (AS) semalam menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bermotifkan politik.Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang kuat kuasa undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikuti undang-undang. Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,” kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey. – AFP

WASHINGTON – Joseph R. Biden, Jr. Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antarabangsa Senat (Senate Foreign Relations Committee) mengeluarkan kenyataan berhubung penangkapan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim. (pro yahudi ini worang)

Julai 24, 2008 – Sekitar jam 11.30 pagi semalam bertempat di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, satu taklimat kepada wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia telah diadakan. Taklimat sesi tertutup yang dihadiri 38 duta dan wakil-wakil kedutaan asing, bertujuan untuk menerangkan keadaan politik semasa terutamanya berkaitan Pakatan Rakyat, tuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim serta berkongsi pandangan mengenai kedudukan ekonomi negara.

KUALA LUMPUR, 24 JulaiSetiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice hari ini menggesa Malaysia supaya bertindak telus dan mematuhi lunas undang-undang apabila mengendalikan tuduhan meliwat, yang kedua membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh 10 tahun.

Amerika Syarikat telah lama bercakap (mengenai isu ini) dan akan terus bercakap mengenai kes-kes yang kami merasakan perlu disentuh dari segi kedudukan politik. Kami hendak melihat ketelusan dan undang-undang dipatuhi sepenuhnya di sini. Amerika Syarikat tidak menganggap ini sebagai hal ehwal dalaman apabila keadaan seperti ini muncul, tetapi kami akan terus bekerjasama dengan Malaysia

Persoalannya, kenapa Amerika Syarikat beria-ria menyokong Anwar? Padahal, telah kita kita ketahui AS ini sememangnya mempunyai dasar yang tidak mesra kepada negara-negara Islam. Anwar memang dikenali sebagai pemimpin Islam yang liberal, tetapi sanggup bertuankan AS? Hendak dikatakan ini konspirasi kerajaan, ayat-ayat yang dikeluarkan adalah dari mulut tokoh-tokoh luar negara yang berpengaruh dan sudah tentu tidak akan mudah menerima pendapat orang lain.

Persoalan kedua, Anwar lebih percaya orang luar dari rakyat Malaysia sendiri. Dalam realiti kehidupan masyarakat kita, kalau orang kampung kita sendiri sudah tidak ambil peduli kepada kita, ke mana lagi hendak mengadu nasib.. kalau bukan kepada orang-orang di luar kampung kita. Kalau kita berjaya mendapat sokongan orang luar, hati kita tersenyum puas tapi kampung tergadai maruahnya.

Persoalan terakhir.. kenapa DSAI sanggup melakukan pelbagai cara untuk menjatuhkan kerajaan sekarang,  adakah kerana rakyat benar-benar hendakkan perubahan ataupun beliau sahaja yang mahu?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: