MB Terengganu tidak keseorangan dalam isu pembelian kereta Mercedes

July 25, 2008

Apabila MB Terengganu membuat keputusan untuk membeli 14 kereta Merceces E200 Compressor, maka kecohlah pula negara tentang isu ini. Bagi penyokong anti-UMNO, ini satu kesempatan untuk menghentam kerajaan. Manakala bagi penyokong anti-Datuk Ahmad Said, ini satu peluang untuk menjatuhkan kredibiliti beliau. Antara reaksi awal dari para menteri ialah:

Datuk Seri Najib Tun Razak:

Dasar kita selama ini semua kementerian kerajaan pusat dan kerajaan negeri dikehendaki menggunakan kereta nasional.Saya guna kereta nasional dan perdana menteri pun gunakan kereta nasional

Dato’ Shahrir Ahmad:

Memang dari segi kerajaan adanya Arahan Perbendaharaan yang membolehkan membeli kenderaan yang dipasang dalam negara tetapi bagi anggota pentadbiran, ianya khusus kepada kenderaan Proton Perdana Executive. Mungkin itu yang jadi salah faham. Mereka mungkin tak baca untuk anggota pentadbiran, maknanya menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan juga ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang perlu pakai Proton Perdana, bukan terbuka kepada kenderaan yang dipasang di dalam negara. Kadangkala ada keperluan kenderaan seperti pacuan empat roda untuk jabatan kerajaan. Jabatan kerajaan juga ada guna jip, jika nak beli jip bukan yang diimport tetapi yang dipasang di sini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kerajaan negeri akan menggunakan kereta jenis Mercedes Benz sebagai kereta rasmi menggantikan Perdana V6 Executive kerana ia tidak melanggar Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan

MB Terengganu tetap mempertahankan keputusannya, beliau tidaklah kata Proton Perdana itu tidak baik dan beliau juga tidak kata Mantan Menteri Besar Terengganu, Idris Jusuh tu kaki rasuah; cuma dia kata:

Kos menyenggara Proton Perdana V6 Executive yang dibayar oleh kerajaan Terengganu pernah mencecah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sebuah untuk tempoh empat tahun.

Rupa-rupanya, begitu banyak sekali kos kerajaan kena keluarkan untuk menyelenggara kereta-kereta Proton Perdana V6 ni. Kalau tidak kecoh, rakyat tidak tahu isu perbelanjaan ini. Ada sesetengah pihak mengatakan, ini adalah satu pembongkaran oleh MB Terengganu tentang salah satu skandal pada era pemerintahan Idris Jusoh.

Di Kota Bharu, MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan pendapat yang sama dengan Menteri Besar Datuk Ahmad Said, penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi negeri banyak menimbulkan masalah.Kerajaan negeri Kelantan sendiri mendapati kos penyenggaraan kereta nasional itu lebih tinggi berbanding kenderaan yang diimport selain sering mengalami kerosakan. Walaupun tidak bercadang untuk menukar kenderaan rasmi kepada kereta lain termasuk kereta import, Nik Aziz berkata, apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Terengganu mengenai kereta Proton Perdana memang berasas.

Kerajaan negeri Kelantan pun pakai Perdana selain Mercedes lama, ada sedikit kelonggaran kita bagi. Ini kerana sama dengan yang Menteri Besar Terengganu sebut, kereta Perdana ni masalah penyenggaraan dialah.Rosak sokmo (sering rosak). Kadangkadang cermin tak boleh naik, kadangkadang nak tutup tak boleh sedangkan baru keluar dari kilang

Di Kuantan, MB Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said bahawa kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif adalah lebih mahal daripada Mercedes. Memberi contoh kereta Mercedes yang digunanya sejak era Menteri Besar terdahulu, Tun Khalil Yaakob iaitu sejak berbelas tahun lepas, Adnan berkata kos penyenggaraan kereta itu untuk tahun lepas ialah RM42,000.

Beliau berkata sebaliknya ada antara kos penyenggaraan Proton Perdana yang diguna anggota exco kerajaan negeri sejak beberapa tahun lepas mencecah RM57,500 setahun. Adnan berkata dari sudut praktikal memang sukar menggunakan kereta yang mempunyai kuasa enjin rendah terutama bagi perjalanan ke destinasi yang jauh.Beliau bagaimanapun mengambil langkah tidak menyokong mahupun menentang keputusan pembelian 14 kereta Mercedes E200 kerajaan negeri Terengganu itu.

Dari segi hakikatnya Menteri Besar Terengganu betul apabila menyatakan kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Eksekutif lebih tinggi daripada Mercedes. Segala keputusan yang hendak dibuat pada masa kini sepatutnya mengambil kira situasi semasa dan kehendak rakyat. Sekarang rakyat lebih suka macam saya (Menteri Besar) naik kereta Kancil atau motosikal pun boleh (jika ke lokasi dekat)

Di Selangor, Kerajaan Negeri pula membayangkan memilih kereta Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu. Pemilihan kereta jenis berkenaan disifatkan yang terbaik memandangkan ia dianggap berpatutan dengan kos penyelengaraan yang tidak tinggi. Bagaimanapun, perkara itu masih di peringkat cadangan.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu

Saya secara peribadi merasakan Toyota Camry adalah pilihan terbaik dan ada mencadangkannya kepada Menteri Besar, tetapi beliau belum berkata ya atau tidak. Tetapi rasanya tiada sebarang bantahan, lagipun Toyota Camry lebih murah berbanding Mercedes. Saya cadangkan Toyota Camry bukan sebab minat, tapi kita perlu kereta yang selamat memandangkan kami perlu ke sana ke sini untuk menjalankan tugas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: