Tiga tokoh Pemuda UMNO dapat RM 1.2 bilion

July 24, 2008

KUALA LUMPUR,23 Julai (Hrkh) – Tiga tokoh penting Pemuda Umno Malaysia didakwa mendapat projek sistem perisian komputer E-Tanah sejumlah RM1.2 bilion secara runding terus tanpa tender terbuka namun sehingga kini gagal dilaksanakan semenjak dimulakan pada tahun 2006.

Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail yang mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat baru-baru ini memberitahu, ketiga-tiga individu terbabit dikaitkan juga dengan Precision Portal Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dengan sistem perisian komputer di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang membabitkan kos hampir RM250 juta.

“Masalahnya ialah sistem itu tidak menetapi spesifikasi LHDN dan salah dalam kiraan taksiran. Ini serius sebenarnya. Hari ini kakitangan LHDN terpaksa betulkan kesilapan sistem komputer itu satu persatu cara ‘manual’ dan 80 peratus daripada masa kakitangan terpaksa digunakan,” katanya ketika memohon penjelasan dalam Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2008) di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Berikutan itu katanya, kelemahan dan kesilapan syarikat ini terpaksa ditanggung oleh LHDN sedangkan jutaan ringgit telah pun dibayar kepada syarikat terbabit walaupun sistem perisian tersebut gagal dilaksanakan.

“Projek syarikat ini, syarikat ini sudah dapat duit habis, sistem dia tidak jalan. LHDN balik asal. Ini berat ini. Kerajaan yang amanah, cemerlang, terbilang dan segala-gala macam itu harus teliti perkara ini dengan serius,”tambahnya lagi.

Beliau juga turut membangkit isu sistem E-Tanah berjumlah RM65 juta yang diperuntukkan untuk ‘pilot project’ di Pulau Pinang namun gagal juga dilaksanakan.

“Mengaibkan, memalukan! RM1.2 bilion ‘witout open tender’, bagi sahaja, belakangnya Pemuda Umno Malaysia berjuang untuk agama, bangsa dan negara tetapi rompak di siang hari,” katanya.

sumber berita: Harakah Daily

6 Responses to “Tiga tokoh Pemuda UMNO dapat RM 1.2 bilion”

  1. IRS Attorney Says:

    Some items remain consistent in this. In the first sentnece of the news item above the inflammatory term “murderer” is applied to Zimmerman. And Martin’s wounds being described as defensive wounds is a leap, to say the least, in which case the Stand Your Ground law has application. And do not forget the race baiters and gun control nuts, some of whom use this site to vent.

  2. ABCorrect Says:

    Every weekend i used to go to see this web page, as i want enjoyment, for
    the reason that this this web page conations truly fastidious funny data too.


  3. The iphone can do one thing that you can offer
    it as evidence to authorities. The quantity and quality of service
    may be the only draw since the company will do. When you carry your iphone heart monitor
    app.


  4. I do believe all of the concepts you’ve introduced for your post. They’re really convincing
    and will definitely work. Still, the posts are very short for beginners.
    Could you please prolong them a little from next time? Thanks for the post.


  5. I don’t know whether it’s just me or if everyone else encountering issues with your site.
    It appears like some of the text on your posts are running off the screen.
    Can someone else please provide feedback and let me know if this is happening to them as well?
    This could be a issue with my browser because I’ve had
    this happen before. Appreciate it

  6. Ladonna Says:

    Superb website you have here but I was curious about if you knew of any
    message boards that cover the same topics discussed here?
    I’d really love to be a part of group where I can get responses from other knowledgeable individuals that share the same interest.

    If you have any recommendations, please let me know.
    Kudos!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: