Muzakarah UMNO-PAS sewajarnya diadakan

July 24, 2008

KOTA BHARU, 23 Julai: Pemimpin tertinggi PAS menegaskan tidak pernah berbangkit PAS hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno bahkan akan kekal dalam Pakatan Rakyat. Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.Tujuh daripada 13 anggota anggota Majlis Syura Ulamak Rabu lalu mengambil masa kira-kira sejam lima minit membincangkan kekeliruan berhubung ‘muzakarah’ yang dikatakan telah berlaku antara pemimpin PAS dan Umno baru-baru ini.

sumber berita : Siasah Daily

Apa yang bagusnya, PAS menyelesaikan masalah dalaman parti sesama mereka sendiri dan tidak berbalah sesama sendiri melalui media massa, menyembunyikan masalah rumahtangga dari pengetahuan orang luar. Ini amat dialu-alukan kerana campur-tangan orang ketiga hanya mengeruhkan lagi persekitaran rumahtangga itu sendiri.

Mursyidul Am PAS menyamakan tawaran Umno hendak bermuzakarah dengan kisah Masjid Dhirar yang pernah dibina bagi tujuan memecahbelahkan Islam.Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, masjid itu dibina bukan untuk penyatuan tetapi untuk menyemai benih perpecahan.

“Kisah Masjid Dhirar bukan dongengan orang terdahulu, tetapi ada di dalam al-Quran sebagaimana dalam Surah At-Taubah di mana terdapat empat niat jahat maksud pembinaan masjid itu iaitu untuk menimbulkan kemudharatan kepada orang-orang mukmin. “Untuk kekafiran, memecah belah antara orang-orang mukmin dan untuk menunggu kedatangan oang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu,”

Beliau berkata, suasana itu boleh kita kiaskan bagi membaca niat pemimpin Umno yang sangat beria-ia untuk bermuzakarah dengan pemimpin PAS. Menurutnya lagi, Umno bercakap soal menjaga Islam dan Melayu ini seolah-olah hanya mereka sahaja yang boleh menjaga orang Melayu.

“Dia fikir dia seorangkah yang mengerti dan bertanggungjawab menjaga Islam. Dia sudah lama memegang kerajaan. Boleh jadi, Umno sudah sampai ke peringkat tidak percaya orang lain juga boleh menjaga Islam dan Melayu. “Sedangkan PAS pun faham dan reti juga dan mungkin lebih reti daripada mereka dalam perkara ini. Jangan Umno fikir ini Islam dan Melayu hak monopoli, hak eksklusif yang menjadi pajakan Umno sahaja,”

Dan sebagaimana yang dikatakan oleh Lim Kit Siang;

I highlight the political factors at work here for frankly, I see little of Islam or Islamic ethics at work in this latest round of UMNO-PAS dialogue. But who are the ones who are trying to bring PAS and UMNO together? It is widely reported that among the PAS leaders who are trying to engineer this deal there are the younger PAS leaders who were not even members of the party in the 1970s, and hence they do not have the same bitter memories of betrayal and defeat like Nik Aziz does.

Pertembungan dua parti dominan UMNO,PAS sememangnya menarik perhatian DAP kerana ianya melibatkan ‘survival’ DAP yang mendokong sistem demokrasi total. Apa yang menarik, beliau belajar dari sejarah.. orang muda dalam PAS membawa angin perubahan kepada prinsip parti selama ini dan veteran PAS masih terbayang-bayang akan peristiwa pada pertengahan 1970an.

Ada betulnya juga Datuk Nik Aziz beranggapan demikian, sekiranya UMNO mahu menegakkan syiar Islam, mereka boleh melakukannya dari dulu lagi. UMNO yang memegang tampuk kekuasaan sememangnya boleh mengaplikasikan Islam ke dalam sistem pemerintahan. Tetapi, kerana takut hilang pengaruh dan sememangnya pegangan Islam yang tidak seteguh mana, UMNO memandang hal ini ‘sebelah mata’.

Akan tetapi, pertemuan PAS-UMNO ini sepatutnya digunakan dengan sebaik-baiknya oleh PAS. Orang cerdik belajar dari pengalaman dan bodoh namanya jika ditipu kali kedua. PAS boleh melihat adakah UMNO betul-betul ikhlas dalam hal ini dengan menerima cadangan PAS tentang penerapan nilai-nilai Islam dan kepentingan bangsa Melayu ke dalam sistem pemerintahan negara. Tidak perlulah untuk bergabung, cukuplah menjadi sekadar badan pemerhati.

Jika UMNO tidak membawa sebarang perbezaan, PAS masih boleh meneruskan prinsip perjuangan sebagaimana biasa.

Dari aspek kontranya pula..

Walau bagaimana pun, PAS harus mengambil kira kepentingan kaum lain juga yang menjadi penyokong parti tersebut. Memetik kata-kata pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hu Pang Chaw;

“Kemenangan PAS dalam Pilihanraya Umum ke-12 lepas  bukan sahaja kerana pengundi Melayu, tetapi juga sokongan pengundi  bukan Melayu. Faktor ini perlu diambil kira,”

Muzakarah atau Muqabalah ini sepatutnya bersifat keuntungan bersama, yakni bangsa Melayu dan bangsa lain-lain tidak dipinggirkan. Apakah faedah yang boleh kaum lain perolehi melalui pertemuan PAS-UMNO ini? Ini juga satu persoalan yang perlu diambil kira. Hal ini jugalah yang menjadi kebimbangan Lim Kit Siang yang mengutarakan persoalan kenapa perpaduan Melayu sahaja dan bukannya perpaduan bangsa Malaysia keseluruhannya.

“Has he forgotten another of his pledges, to be the Prime Minister of all Malaysians and not just of any race?

Kerana inilah yang menjadi kebimbangan Datuk Nik Aziz, sejarah lalu telah membuktikan kerjasama dengan UMNO hanya akan menghakis kekuatan PAS. Ketua Angkatan Muda Keadilan Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad pula menyuarakan kebimbangan tentang muzakarah ini yang boleh melemahkan Pakatan Rakyat dan dalam masa yang sama menutup kelemahan dalam parti UMNO.

BERNAMA, 26 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menerima jemputan Umno untuk mengadakan perjumpaan atau muqabalah kerana ia memberi peluang kepada PAS menyuarakan masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan secara bersemuka.

Umno telah membuka jalan kepada kita…ini satu anjakan yang berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuka peluang kepada kita (PAS) kemukakan masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: