Agenda lain di sebalik penjualan M.V. Agusta oleh Proton?

July 24, 2008

Pada era Dr Mahathir, Proton telah membeli 57% saham MV Agusta pada 76 juta euro pada tahun 2004. Pada masa yang sama MV Agusta juga mempunyai beban hutang sebanyak 107 juta euro. Oleh itu secara tidak langsung Proton menanggung 57% jumlah hutang tersebut yang bernilai 60 juta euro. Ketika itu MV Agusta mempunyai nilai aset bangunan dan stok bernilai 120 juta euro.

Kesimpulannya 57% saham Proton = 60 juta euro beban hutang + 68 juta euro nilai aset. Logik pembeliannya Proton masih untung 8 juta euro dan mendapat teknologi dari MV Agusta.

Pada era Datuk Seri Abdullah, Proton telah mengambil keputusan untuk menjual MV Agusta pada harga 1 euro kepada Gevi SPA. Alasan yang diberikan, Proton tidak lagi sanggup menampung kerugian berterusan syarikat tersebut. Kenapa pada harga 1 euro? Persoalan ini telah menjadi isu hangat buat seketika. Mengikut Dr Mahathir dalam blognya, penasihat penjualan 1 euro kepada Gevi SPA ialah Credit Suisse First Boston (CSFB). Tambahan pula, Gevi SPA adalah syarikat yang tidak terkenal dalam industri permotoran dan tidak dikenali pun sebelum ini.

Seketika kemudian, Proton membuat pengumuman bahawa syarikat tersebut telah pulih dari kerugian dan membuat keuntungan luar-biasa hasil penjualan saham MV Agusta.

Terbaru, Gevi SPA telah menjual saham Divisyen MV Agusta, Husqvarna pada harga 92 juta euro kepada BMW. Saham MV Agusta juga telah dijual kepada Harley Davidson, yang turut membeli jenama motor Agusta, Cagiva, pada harga 70 juta euro bersama-sama dengan beban hutang berjumlah 45 juta euro. Secara keseluruhannya Gevi SPA telah menjual saham MV Agusta berjumlah 160 juta euro, disebabkan beban hutang juga turut diambil-alih oleh Harley Davidson, Gevi SPA mendapat bonus lagi sejumlah 45 juta Euro. Oleh itu, Gevi SPA telah mendapat laba sebanyak 207 juta euro dengan membeli saham MV Agusta dari Proton dengan hanya 1 euro.

Apa yang ingin dipersoalkan disini ialah, kenapa Gevi SPA boleh menjual saham MV Agusta beserta hutangnya sekali pada harga 207 juta euro tetapi Proton berjaya menjualnya pada harga 1 euro. Tidakkah ini bermakna Proton telah rugi sebanyak 207 juta euro? Jika di nilai dalam RM, ianya berjumlah 1.06 bilion.

Persoalan kedua ialah, siapakah disebalik Gevi SPA ini? Adakah ianya syarikat proksi kepada kroni-kroni UMNO? Siapakah yang mungkin mendapat saham keuntungan atau komisen dari Gevi SPA?

Persoalan ketiga ialah, jika tiada sesiapa yang terlibat, adakah pihak pengurusan Proton terlalu bodoh ataupun tidak berfikir secara jangka panjang untuk menjual MV Agusta pada harga 1 euro padahal orang lain boleh buat untung 207 juta euro?

Atas sebab itulah Lim Guan Eng menyokong Dr Mahathir agar Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk meneliti perkara ini, kerana 43% saham Proton dimiliki oleh Khazanah Nasional, syarikat milik Kerajaan Malaysia.

  1. Untuk melihat artikel Lim Guan Eng, klik sini.
  2. Untuk melihat artikel Dr Mahathir, klik sini.
  3. Untuk melihat artikel DR Mahathir2, klik sini.



One Response to “Agenda lain di sebalik penjualan M.V. Agusta oleh Proton?”


  1. Good Blog!
    I like Harley Davidson too.
    It is classic motorcycle.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: