Pakatan Rakyat retak menanti belah

July 18, 2008

Apabila UMNO mengajak PAS bermuzakarah, orang ramai mula berminat dan sekali imbas seolah-olah ada sinar kepada penyatuan orang Melayu-Islam. Maka media perdana berkata inilah masa yang terbaik untuk kepentingan bangsa.

Soalnya.. adakah benar begitu?

Apabila PR mendapat malu gara-gara konsert ‘jilat’, maka terdapat khabar-khabar angin mengatakan PAS cukup marah dengan PKR kerana tidak membuat perbincangan dengan mereka berkenaan konsert berkenaan. PAS beranggapan mereka semakin dipinggirkan..

Kedua-dua isu di atas saling berkait, memang PAS marah sebab konsert itu mencemarkan imej Islam yang dilaungkan dan dijunjung selama ini. Tapi bukan salah PKR, ianya salah Hishamudin Rais, yang memasukkan elemen tersebut kedalam ceramah. Beliau mengaku dan bertanggungjawab ke atas insiden tersebut. Seperkara lagi, Alak Carburator Dong tu memang memualkan (tak tahulah samada Hishamudin suruh beliau lebih menghayati liriknya) , itu budaya punk kumpulan muzik Barat yang takde nilai moral dan kesopanan.

Maka cakap-cakap tidak puas hati mula kedengaran dari kem PAS. Tidak lama kemudian, UMNO mengajak PAS bermuzakarah.. kenapa PAS sahaja, bukannya PR?

Tuan Guru Nik Aziz berkata masalah pergeseran dalam parti PR yang baru setahun jagung adalah lumrah dunia. BN yang wujud sekian lamanya pun menghadapi masalah yang lebih dari itu sehinggakan tertubuhnya UMNO baru la, Semangat 46 la dan bermacam-macam lagi. Tuan Guru Hj Hadi pula berkata PAS tidak bodoh.. Kenapa UMNO beria-ria hendak mengadakan muzakarah dengan PAS?

Kaitannya di sini.. UMNO cuba mengambil kesempatan keatas kepincangan pengurusan kepimpinan PR. Saya bukan anti UMNO dan juga bukan pro PR, saya mendokong sistem dua parti dominan seumpama di Amerika. UMNO berharap strategi mengumpan PAS boleh melemahkan PR. Mereka tahu, jika PAS masuk BN pun, PAS tidak boleh berbuat apa-apa.. kuasa masih di tangan UMNO. PAS pun sedar hakikat ini. Dengan menjadi ‘batu api’ UMNO boleh membuatkan PAS, PKR dan DAP berbalah sesama sendiri, inilah strategi ‘pecah dan perintah’ yang menjadi amalan pengurusan UMNO berdekad lamanya.

UMNO tidak boleh bermuzakarah dengan PKR kerana Anwar ada, mereka cukup takut dan benci kepada orang ini. Hendak bermuzakarah dengan DAP? terasa janggal pula.. apa reaksi MCA nanti. UMNO pun memang cukup bermasalah dengan parti komponen MCA dan MIC.

Di pihak PR pula, sememangnya Anwar lebih beria-ia menonjolkan diri untuk memegang kuasa. PAS dan DAP memendam rasa kerana masing-masing juga mahu kuasa untuk memerintah negara mengikut acuan masing-masing. Tetapi yang menguatkan ikatan sesama mereka ialah rasa benci kepada UMNO.

PKR lebih liberal, PAS agak konservatif dan DAP lebih sosialis. Tiang yang berbeza di bawah satu bumbung, kalau salah satu tiang ini buruk dari dalam maka struktur bumbung tadi akan goyah. Sekiranya Anwar boleh memberi lebih keadilan kepada DAP (yang mewakili kaum Cina) dan boleh mengikut acuan PAS (yang mahu nilai-nilai agama dimartabatkan), PR boleh mengatasi masalah dalaman mereka. Apa yang perlu ialah ketokohan dan sifat keterbukaan Datuk Seri Anwar itu sendiri. Bersatu dengan satu matlamat yang jelas dengan keikhlasan untuk memerintah adalah kuncinya.. seumpama EU yang bersatu untuk EURO dan sekarang dapat bersaing dengan US Dollar. Pecahkan kuasa monopoli ini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: