Anwar Ibrahim kena tangkap lagi

July 17, 2008

Pada 16 Julai 2008, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kena tangkap buat kali kedua dengan kes yang sama juga. Kali ini dengan orang lain pula.. bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Penahanan yang penuh drama pada pukul 1 petang, Anwar kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk diambil keterangan dan disiasat di bawah Seksyen 377 (C) Kanun Keseksaan, iaitu peruntukan mengenai jenayah seks luar tabii tanpa kerelaan.

Yang menariknya, sempat lagi beliau pergi ke HKL untuk mendapatkan rawatan.. adakah rawatan ini kerana terkejut atau satu gimik untuk mendapatkan simpati?

Sebelum ini polis ada pergi ke rumah beliau, tetapi beliau ‘lari’ kerana protes kepada badan kepolisan dan ada ura-ura mengatakan beliau akan ditangkap. Ini dapat difahami kerana pada malam itu beliau akan berdepan dengan Shaberry dalam forum yang penting, suatu forum yang membolehkan beliau kembali ke media secara langsung dan tentulah peluang keemasan ini mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya. Tetapi kenapa tidak terus pergi ke IPK untuk membuat kenyataan pada pagi esoknya? Beliau seorang yang patuh kepada masa tetapi tidak bolehkah patuh kepada proses undang-undang.

Datuk Nik Aziz, Mursyidul Am PAS, berkata Anwar lebih matang kali ini.. tentulah dia tahu apa yang dibuatnya. Tetapi harus diingat, Datuk Nik Aziz tidak membuat telahan terburu-buru. Beliau sendiri tidak pasti pihak mana yang betul tetapi beliau juga tidak mahu menuduh satu-satu pihak tanpa bukti dan saksi yang kukuh.

Secara peribadi, saya percaya Datuk Seri Anwar mungkin ‘dikenakan’ sekali lagi tetapi beliau terlalu ‘over’ dalam mencari publisiti atau simpati politik dari orang ramai. Kenapa perlu pergi berdolak-dalik dalam isu ini.. kalau kita di pihak yang benar maka berterus-teranglah. Buat sumpah, junjung Al-Quran.. apa nak takut? Tidak percaya ke kepada kekuasaan Allah.

Seperkara lagi, pada zaman Dr Mahathir beliau kena ‘lipat’ sebab nak cepat-cepat ganti Dr Mahathir walaupun beliau dah jadi TPM pada waktu itu. Sekarang ini mungkin kena lipat pula sebab nak jadi PM.. Persamaan yang saya dapat lihat disini ialah Datuk Seri Anwar tidak sabar dan gelojoh. Saya mengaku beliau adalah sangat cerdik dan berkarisma tetapi tidak boleh mengawal diri bila bercakap mengenai kuasa. Apa salahnya memperkuatkan PR di kelima-lima negeri, menguatkan ikatan sesama parti dalam PR, kuasa kerajaan negeri pun kuat juga sebagaimana yang dibuktikan oleh PAS dalam memerintah Kelantan walaupun BN menang dilain-lain negeri.

One Response to “Anwar Ibrahim kena tangkap lagi”

  1. Cerdik berharga,cerdik mengapu Says:

    Hebatnya Pengalaman DSAI,
    Lemahnya Cerdik Menganpu,
    Carilah pemimpin yang Hebat,
    Bukan Pemimpin yang kuat sebat,
    Bukalah mata Rakyat Pemimpin UMNO dah tak hebat,
    Tua-tua keparat idea yang sudah Karat,
    Ayuh Rakyat Tunjukkan cerdik pandai mu,
    mana pemimpin yang ada value,
    Bukan macam sammy vellu,
    Bukan macam Pak Lah yang menunggu nak rebah,
    Bukan macam Najib rasa negalabah macam burung merbah
    Tukarkanlah Peminpin BN yang akan Punah,
    Jangan nanti RAKYAT yang menanah……


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: