Dalam Berita Harian Online, kes liwat Anwar akan kekal di Mahkamah Seksyen. Ianya diputuskan oleh hakim SM Komathy Suppiah apabila bersetuju dengan pihak peguam bela bahawa sijil perpindahan kes ke Mahkamah Tinggi yang ditanda-tangani oleh Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Dalam hari yang sama, Raja Petra telah dibebaskan kerana mahkamah mendapati penahanannya di bawah Akta ISA tidak sah sebagaimana kes Teresa Kok dan wartawan Sin Chew Daily.

Read the rest of this entry »

Sehari dua yang lalu, saya ada berbual-bual dengan orang kuat PAS yang mengatakan ada cadangan dari pucuk pimpinan agar setiap anak muda yang pergi sembahyang berjamaah akan diberi RM 50. Ini sebagai insentif untuk mereka berjinak-jinak dengan masjid, dan sesi kuliah (tarbiyah) akan diadakan dari masa kesemasa agar golongan muda ini ‘terbuka hati’ untuk mendalami Islam.

Dari sudut jangka pendek, ianya nampak kreatif dan bertujuan baik.. tetapi, dari segi jangka panjangnya ialah boleh memberikan kesan ekonomi kepada kerajaan negeri itu sendiri.

Sekarang, sudah terdapat satu skim iaitu Skim Kifalah Warga Emas untuk rakyat Kelantan yang berusia 60 tahun ke atas. Apabila berlakunya kematian warga emas tersebut, wang sebanyak RM 2,500 akan diberikan kepada pewaris untuk meringankan beban keluarga si mati. Malahan, skim ini terbuka kepada semua kaum (yakni tanpa mengira agama).

Read the rest of this entry »

Selepas dibebaskan dari penjara, terdapat teori yang mengatakan Anwar akan masuk PAS atau UMNO.. tetapi beliau memilih untuk berjuang atas tiket PKR. Ini sebenarnya tidak menghairankan kerana PKR memenangi kerusi terbanyak dalam Pakatan Rakyat, hendak kembali ke dalam UMNO dilihat satu strategi yang tidak kena dengan masanya memandangkan momentum rakyat yang kuat untuk menolak BN.

Sekali lagi PAS mungkin tertipu dengan kerenah Anwar.. dahulu, ketika keluar dari ABIM, juga dikatakan beliau akan menyertai PAS sebagaimana rakan-rakannya yang lain tetapi UMNO juga yang menjadi pilihan hati Anwar. Read the rest of this entry »

Setelah mengikuti perkembangan politik tanahair buat seketika, saya berasa bangga kerana kaum saya mula sedar akan kelayuan bangsanya sendiri. Atas nama Ketuanan Melayu.. parti-parti politik berlumba-lumba mahu menjadi juara dalam isu mempertahankan kedaulatan Melayu di Tanah Melayu.

Tetapi, parti politik yang menjadikan teras Ketuanan Melayu sebagai wadah perjuangan tidak akan berjaya tanpa penglibatan dan kesedaran rakyat itu sendiri. Kerajaan dan rakyat saling memerlukan antara satu sama lain untuk memperkasakan kedaulatan bangsa Melayu. Kerajaan boleh membuat apa saja konsep. strategi, peraturan dan sebagainya.. tetapi hanya menjadi sia-sia jika rakyat sendiri tidak mahu berubah.

Sebagai contoh di negeri Kelantan.. walaupun PAS yang dikatakan memperjuangkan Islam (secara automatiknya untuk orang Melayu), tetapi nilai moral kaum Melayu masih ditakuk lama walaupun sudah 18 tahun memerintah. Anak muda Melayu masih tegar dengan pil kuda, masih tegar dengan judi dan nombor ekor, masih tegar dengan nafsu syahwat dan botol arak, masih tegar dengan adu-domba dan pelbagai lagi masalah sosial. Read the rest of this entry »

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan Abdul Razak Baginda pukul 10 pagi pada 31/10/2008, manakala dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah untuk membela diri. Kesimpulannya, Abdul Razak sudah bebas dan Cif Inspektor Azilah Hadri serta Koperal Sirul Azhar Umar hampir pasti didapati bersalah.

—————————————————————————-

Yang pasti, mesti ada seseorang yang jadi ‘kambing hitam’ atau ‘terkorban’ agar kes ini dapat diselesaikan secara teknikal. Tetapi dari segi logik dan rasional akal, kes ini akan tetap menjadi persoalan dan tanda-tanya orang ramai.

Adakah logik seseorang pegawai kerajaan berani berbuat sesuatu tanpa merujuk kelulusan ‘bos’nya terlebih dahulu? .. Atau adakah pegawai kerajaan itu tadi telah salah faham akan maksud arahan yang dikeluarkan, disuruh buat A tapi yang dibuat ialah B? .. Atau siapakah ‘Boss’ yang sebenar yang menjadi dalang dalam kejadian ini? Read the rest of this entry »

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta. Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

“Jumlah hutang tersebut tidak termasuk pinjaman baru yang diluluskan bagi projek bekalan air bersih di negeri ini sebanyak RM371 juta,” katanya ketika menjawab soalan Dato’ Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga jumlah hutang tersebut meliputi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Perbadanan Stadium dan pihak berkuasa tempatan, keseluruhannya sebanyak RM572 juta. Dan jumlah itu sekarang sudah berkurangan kepada RM268 juta.

Sumber berita : Harakah Daily 29/10/08

—————————————————————————-

Baru-baru ini, parti pembangkang (UMNO) di Kelantan mengkritik kerajaan negeri kerana membentangkan belanjawan defisit lebih kurang 20 juta. Antara lain.. kerajaan negeri dicemuh kerana tiada inisiatif untuk membangunkan ekonomi negeri.

Secara peribadi.. saya bersetuju jika kerajaan negeri tiada kreativiti untuk menjana ekonomi negeri Kelantan, tetapi saya tidak bersetuju jika kerajaan negeri dituduh tidak pandai menguruskan ekonomi negeri.

Salah satu kelemahan UMNO ialah suka berhutang secara keterlaluan atas nama pembangunan. Sedar tidak sedar, tabiat suka berhutang akan menjerat diri sendiri. Berhutang jadi perlu jika mahu memenuhi pembangunan demi kesejahteraan rakyat.. masalahnya kerajaan suka berhutang untuk membuat projek disamping ‘mencuri’ sedikit duit pinjaman tersebut kedalam poket sendiri.

Sebagai contoh, kerajaan terpaksa berhutang untuk membuat lebuhraya baru Kota Bharu-Gua Musang.. niat asalnya baik, tetapi projek tersebut tidak melalui proses tender yang telus dan diberi kepada kroni-kroni ahli politik yang tertentu, dan sedikit komisen akan diberi kepada ahli politik. Beginilah cara mereka ‘mencuri’.. pinjaman terpaksa dibuat kerana mahu membayar syarikat kontraktor, padahal sumber kerajaan tidak ada.

Inilah masalah utama yang melanda UMNO. Projek demi projek diwujudkan untuk mencipta ‘lubuk duit’.. dan pinjaman demi pinjaman dibuat untuk memastikan kelancaran ‘duit poket’ tersebut. UMNO tidak pandai erti berjimat-cermat dan hanya pandai buat untung.

Kenapa mahu mengkritik belanjawan defisit Kelantan? Cuba bandingkan hutang tertunggak negeri Kelantan berbanding negeri Pahang, Terengganu dan Johor? Dalam hal ini, saya bersetuju dengan kerajaan negeri sekarang mengurus hutang iaitu salah satu faktor beban ekonomi (dari segi kadar faedah) kepada negeri.

Malangnya, kerajaan negeri tiada kreativiti untuk mempelbagaikan sumber ekonomi.. dari segi kebajikan kepada rakyat, kerajaan negeri memang ‘tip-top’ tapi ‘fail’ untuk membangunkan ekonomi negeri secara berkesan. Nasib baik sikap terbuka kerajaan negeri menggalakkan pelaburan pihak swasta, hasilnya Kelantan beroleh juga nikmat pembangunan walaupun banyak projek Kerajaan Persekutuan yang dibekukan dan disekat.

Bagaimanapun, kerajaan negeri harus berhati-hati agar tidak terlalu cenderung kepada pihak swasta.. dibimbangi akan meniru Dasar Pengswastaan Malaysia yang dipelopori Dr Mahathir. Niat asalnya baik untuk pembangunan Malaysia, tetapi kebebasan yang keterlaluan kepada pihak swasta telah menyekat niat asal kerajaan untuk membuat kebajikan kepada rakyat.

Dari mahu membuat kebajikan telah bertukar kepada mahu mencari keuntungan semaksima mungkin (dalam bentuk cukai korporat) untuk hasil pendapatan kerajaan.. disamping itu, bolehlah mencari sesen-dua duit poket melalui hasil komisen.

Al-hasilnya.. suara dan rintihan syarikat-syarikat korporat dan masyarakat peniaga lebih DIDENGAR oleh kerajaan daripada suara dan rintihan rakyat biasa.

“Saya sedang berusaha ke arah melaksanakan liberalisasi (unsur-unsur DEB) secara beransur-ansur itu apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri. Dan sukacita saya nyatakan bahawa semakin ramai dalam kalangan mereka kini sudah mempunyai keyakinan untuk bersaing, untuk berjaya di peringkat global dan domestik.”

“Dalam tempoh yang tidak terlalu lama lagi, kita dapat saksikan unsur-unsur DEB ini akan diganti, saya berpendapat unsur-unsur DEB perlu dibuang secara beransur-ansur dan pada waktu yang sama, sungutan yang berasas dan keperluan setiap masyarakat, perlu diberi perhatian,” kata DS Najib dalam mStar Online..

——————————————————————————

Satu ketika dulu.. semasa Anwar masih dalam penjara, pihak yang paling menentang sekiranya isu DEB mahu dikaji semula ialah parti PAS. Mereka kata UMNO mahu gadai maruah Melayu.. jadi perosak bangsa.. dan pelbagai lagi tohmahan dilemparkan. PAS mendakwa, merekalah pejuang bangsa dan Islam yang sebenar.. benarkah begitu?

PAS harus sedar.. Islam bukannya agama yang sempit, Islam menyuruh umatnya mempermudahkan sesuatu perkara.. bukan menyusahkan. Perkara yang sunat seolah-olah menjadi hal yang wajib.. janganlah berkiblatkan Asia Barat sahaja, jangan dikenang lagi Tamadun Babylon dan Parsi.. zaman ini umat Islam perlu kreatif dan berpandangan jauh. PAS wajar muhasabah diri sendiri kenapa mereka masih sukar diterima rakyat walaupun rakyat sudah tahu UMNO itu teruk. Jangan pandai ajar orang tengok cermin, diri-sendiri pun kenalah tengok-tengok cermin juga.

Berbalik kepada isu DEB.. kenyataan DS Najib memberi petanda awal usaha beliau untuk memenangi hati kaum bukan Melayu. Sebenarnya, perkara ini sudah lama patut dipertimbangkan kerana Melayu sudah ‘advance’ walaupun masih ketinggalan. Harus diingat, terdapat juga kaum Cina dan India yang benar-benar miskin.. mereka-mereka ini juga sepatutnya dibantu dan diberi peluang untuk bersaing dalam ekonomi.

Pelbagai skim pinjaman sepatutnya dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, bukannya khusus kepada Melayu sahaja. Dasar Ekonomi Nasional (DEN) adalah salah satu cara untuk menolong rakyat yang benar-benar perlu kepada bantuan dari kerajaan. Kerajaan perlu menolong rakyat pelbagai kaum, bukannya berselindung disebalik dasar DEB untuk mengkayakan kroni-kroni mereka sahaja.

Melayu pula harus berani dan berdaya saing.. lama-kelamaan skim bantuan dari kerajaan akan ditarik balik jua akhirnya, tetapi kerajaan masih memantau perkembangan semasa. Melayu masih perlu dibantu tapi bukan untuk selamanya.. kanak-kanak perlu dibantu untuk berdiri dan berlari, tetapi ibu bapa tidak harus memimpin tangan anak mereka sehingga mereka dewasa. Anak yang tidak kenal erti berdikari dan susah-payah akan jadi manja, tidak kreatif dan suka bergantung kepada orang lain.

Kenapa PAS dan Anwar diam apabila isu ini disentuh oleh DS Najib? Sudah ‘mati kutu’kah? Hendak kutuk tak boleh kerana mereka juga mahu jadi juara pelbagai kaum.. mereka juga yang mahu hapuskan DEB, tapi tak mahu beri alternatif atau idea sistem mana yang harus digunakan.. setakat cakap sahaja, siapa-siapa pun boleh..

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak mahu lagi bercakap mengenai perancangan untuk mengambil alih kerajaan seperti yang diuar-uarkannya sebelum ini.”Cukuplah mengenai perkara itu, kita akan fokuskan kepada pembangunan ekonomi,” katanya dalam sidang media selepas taklimat mengenai Bajet Pakatan Rakyat 2009.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai perkembangan terbaru berkaitan rancangannya untuk mengambil alih kerajaan.

Sebelum ini semasa berucap di Kota Bharu pada 9 Oktober lalu, Anwar meletakkan sasaran terbaru untuk mengambil alih kerajaan iaitu sebelum hari Raya Aidiladha Disember depan.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, beliau merasakan matlamat untuk mengambil alih kerajaan tidak sesuai untuk dibincang pada ketika ini.

Tambahnya lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) seolah-olah mempersendakan rancangan pakatan pembangkang untuk melakukan proses peralihan kuasa secara aman dan mengikut saluran yang betul.

Sumber berita : mStar Online 23/10/08

—————————————————————————–

Apa sudah jadi DS Anwar?

Yang nyata.. penyokong-penyokong Pakatan Rakyat sudah tentu kecewa dengan berita ini. Eloklah tu, lebih baik tumpu kepada kerja dari membuat ‘chaos’ dan huru-hara dalam negara. Cukuplah, pelabur asing pun sudah naik gerun dengan kenyataan Anwar mahu ambil-alih kerajaan.. lepas itu disalahkan pula kepada kerajaan kerana tak pandai urus ekonomi, padahal beliaulah yang jadi punca huru-hara.

Apa yang pasti, keputusan ini ada kaitan dengan kenyataan Majlis Raja-Raja baru-baru ini..

Anwar dan DAP sudah mati punca untuk memainkan isu perkauman dan keadilan untuk semua kaum. Mahu cakap lebih-lebih lagi, kena ISA lah jawapnya. Keadaan sekarang cukup memihak kepada kerajaan, yang pasti.. Raja-Raja Melayu bersetuju ‘Kontrak Sosial’ jangan dijadikan isu.

Isu apa lagi yang tinggal? Yang tinggal hanya isu ‘kebobrokan’ DS Najib dan UMNO untuk diputarkan. Andaikata DS Najib berjaya mengurus soal ekonomi dengan baik, Anwar mati kutu.. yang tinggal, isu lama.. Mongolia, tapi itu cerita basi dan tidak sahih. Lama-kelamaan rakyat sudah boleh menilai siapa Anwar sekarang. Kuat berjanji, tapi habuk pun tarak.. Banyak cakap, tapi banyak putar belit..

Lebih baik jika Anwar mengajar rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat untuk memperkemaskan pentadbiran dan memenuhi manifesto pilihanraya dinegeri-negeri jajahan mereka. Buatlah kebajikan kepada rakyat terlebih dahulu (seperti yang dijanjikan sebelum ini).. tunggu PRU 13 sajalah. Sempat ke? Dengar khabar.. kes mahkamah belum selesai lagi, agak-agak boleh lepaskah?

-ps- Dengar cerita, kawan Anwar (Gus Dur) masuk You Tube.. ‘dibaptiskan’ oleh paderi Kristian. Kata orang, nak kenal seseorang.. lihatlah dengan siapa kawan-kawannya. Harap-harapnya, Anwar tidak akan gadai agama dan negara semata-mata cita-cita politiknya.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti Umno itu nak cuba membuat arahan kepada orang Umno apa yang patut dilakukan? Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu… orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” artikel selanjutnya dalam mStar Online disini.

————————————————————

Kenyataan paling keras setakat ini kepada Dr Mahathir dari Pak Lah.. dan kita juga harus menilai kembali asakan demi asakan dari Dr Mahathir bermotifkan apa? Padahal seluruh Malaysia dah tahu Najib MUNGKIN jadi PM pada Mac 2009 ini..

Secara peribadi.. saya berpendapat Pak Lah mungkin ‘terasa hati’ dengan kenyataan terbaru TDM baru-baru ini. Mungkin beliau sudah sedar akan kesilapannya yang lalu dan bersetuju untuk berundur dengan ’syarat-syarat tertentu’. Sebelum ini, saya sudah mengatakan Pak Lah tidak akan berundur begitu sahaja.. sekurang-kuranya berundur dengan cara yang terhormat bukannya berundur kerana tekanan dalam parti BN (baca: dimalukan oleh parti sendiri).

Sekiranya Pak Lah ada berniat jujur demi perpaduan ahli-ahli parti , sememangnya beliau patut ‘bengang’ dengan TDM.. kenyataan TDM mahu orang-orang Pak Lah mesti disingkirkan juga, seolah-olah menggambarkan dirinya seorang yang amat hina sehinggakan seluruh keturunannya juga harus dihapuskan.

Pengajaran utama dari polemik ini ialah KERANA JANJI.. Pak Lah sudah banyak mungkir janji. Orang yang tidak menepati janji memang sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain lagi. Seorang yang tenang tapi licik.. Pak Lah satu hal, Khairy pun satu hal juga yang harus dipertimbangkan. Khairy ada wawasan, kecerdikkan dan semangat bersesuaian dengan dirinya yang masih muda.. seeloknya beliau dapat bersabar sedikit masa lagi.

Ada asasnya juga TDM meragui keikhlasan Pak Lah mahu berundur.. bahkan Najib juga begitu. Selagi jawatan PM tidak bertukar tangan, selagi itulah pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Lebih-lebih lagi menantunya, Khairy, beradu nasib jawatan Ketua Pemuda.

Tempoh menunggu 6 bulan masih jauh dan lama untuk ditunggu oleh orang politik, sekiranya Khairy cukup kuota untuk bertanding.. tempoh masa yang panjang mungkin boleh menyejukkan kembali ‘kehangatan’ reformasi yang berlaku dalam parti UMNO sekarang. Mungkin kehangatan tersebut boleh disejukkan dengan lobi dan hujan wang dari pihak-pihak yang tertentu. Sejarah membuktikan, menang undi pencalonan tidak semestinya menang jawatan.

Saya berpendapat.. faktor inilah yang menjadi kebimbangan TDM.

-ps- Tengok orang lama-lama bergaduh, kita sendiri yang naik resah.. Maklum sajalah, makin lama umur, emosi kita semakin emosional. Orang tua-tua pernah berkata : Hidup ini satu putaran, orang yang berusia lewat akan jadi mudah sensitif dan beremosi seperti zaman kanak-kanaknya.

Sekiranya kita menoleh kebelakang iaitu sebelum PRU 12, kita boleh dapati salah satu punca kegagalan BN memperolehi majoriti 2/3 ialah kerana serangan keterlaluan kerajaan kepada pembangkang melalui media massa. Pada masa itu, BN dibuai perasaan angkuh kerana mereka berjaya memperolehi mandat rakyat dalam PRU 11 hampir 90% dari undi rakyat.

Tetapi BN terleka kerana serangan keterlaluan telah menyebabkan rakyat ‘beralih arah’ dari meragui keupayaan pembangkang kepada perasaan simpati. Siapa sangka Pakatan Rakyat yang terkapai-kapai berjuang diberi peluang oleh rakyat. Padahal ketika itu, nama Anwar pun tiada dalam senarai calon yang betanding. BN mengatakan mereka kalah kerana undi protes tetapi mereka tidak sedar salah satu faktor rakyat memprotes adalah kerana perbuatan mereka sendiri yang menganiayai PR.

Tetapi kini kita boleh melihat keadaan sudah terbalik.. Pakatan Rakyat pula yang menjadi angkuh dan BN pula yang terkial-kial untuk meneruskan ’survival’ mereka. BN dituduh dengan pelbagai tohmahan dan disertai caci-maki dan kata nista, keaiban pemimpin dicari dan diperbesar-besarkan,  mencari salah kerajaan sudah menjadi agenda utama berbanding matlamat asal untuk memenuhi manifesto pilihanraya.

Membangkang kerana kerajaan membuat kesilapan adalah baik untuk mencari kaedah yang lebih baik demi kesejahteraan negara, tetapi jika niat membangkang sudah bertukar kerana mahu mengaibkan orang lain sudah jadi tersasar dan boleh mengembalikan aib kepada kita sendiri.

Allah suka kepada hambanya yang besederhana dan bukannya yang suka berlebih-lebihan melakukan sesuatu perkara.

Ingatlah kita kepada ‘Hukum Jari’.. satu jari menuding kepada orang lain, empat jari menuding balik kepada diri sendiri. Sebarang cacian, tohmahan, kata nista dan fitnah kita kepada orang lain akan dinilai semula oleh si pendengar. Siapakah pendengar itu? ..mereka ialah rakyat. Hukum ini sudah terpakai kepada BN semasa kempen PRU 12, dan sekarang PR cuba meniru balik kegagalan strategi tersebut.

Saya selalu mengatakan kepada sahabat samada yang pro-BN atau pro-PR, kegagalan BN dalam PRU 12 adalah ‘rahmat’ kepada UMNO dan orang Melayu, manakala kejayaan PR dalam PRU itu merupakan satu ujian perjuangan kepada mereka. Kegagalan BN akan menjadi ‘rahmat’ jika BN mahu belajar dari kegagalan, manakala ‘ujian’ kepada PR agar tidak leka dan angkuh.

Sedarkah Pakatan Rakyat bahawa BN sekarang sedang mengalami proses evolusi? Sedarkah PR bahawa serangan bertali-arus mereka telah menguatkan ikatan sesama parti komponen BN? Sedarkah PR  bahawa BN telah kenal siapa ‘musuh dalam selimut’ mereka? Sedarkah PR caci-maki mereka telah memberi kunci jawapan kepada permasalahan BN selama ini? Sedarkah PR bahawa rakyat sedang menilai prestasi dan peribadi mereka sendiri?

Rakyat bukan bodoh, samada mereka suka kepada BN atau PR.. mereka ada keutamaan peribadi yang mahu dipenuhi. Jangan PR berasa angkuh dan merasakan diri mereka sudah menang kerana sikap pengecut BN. Bersikap pengecut bukan bermakna mereka bodoh, tetapi berundur setapak untuk melompat lebih tinggi lagi. Rakyat suka mendengar cerita sensasi, skandal dan pembongkaran rahsia-rahsia besar.. tetapi perkara ini tidak mengenyangkan perut mereka, tidak memberi apa-apa faedah untuk peningkatan taraf hidup kecuali sebagai penyedap kepada telinga yang mendengar.

Jika PR masih dibuai kejayaan PRU 12, suka mencari salah orang berbanding bekerja untuk rakyat, menuduh BN penipu padahal janji mereka pun tidak tertunai.. jangan salahkan rakyat jika rakyat akan kembali ‘beralih arah’ kepada BN. Orang yang bercakap banyak memang menjadi tumpuan, bercakap lebih tapi ‘habuk pun tarak’ pun akan dinilai kembali oleh si pendengar.

Kuat berjanji tapi tidak tertunai juga boleh menghakis kepercayaan orang lain. Cubalah kita perhatikan realiti kehidupan sekeliling kita sehari-hari, lihatlah sendiri penerimaan masyarakat terhadap orang yang suka bercakap tapi kerja suka bertangguh.

Sukalah saya memperingatkan kawan-kawan saya yang pro-reformasi.. jika anda rasa anda benar, teruskan perjuangan anda tapi jangan hanyut dengan mencari salah orang lain. Akhirnya kredibiliti sendiri menjadi tumpuan untuk dipertikaikan. Semakin ramai kita mencari orang untuk mengumpat hal orang lain, semakin ramailah orang yang akan memerhatikan kita. Ingatlah kepada Allah kerana hati seseorang itu milik-Nya.. jika mahu dibalikkan hati dari benci kepada simpati, maka terbaliklah ia dengan kehendak-Nya.