Bismillah.. (Dengan nama Allah),

Selepas tidak mengikuti sekian lama dunia siber, saya berasa terpanggil untuk menyatakan pendapat saya tentang isu ini. Hati saya bercampur baur.. Saya bukanlah seorang muslim yang baik, jauh sama sekali dari menjadi seorang yang mukmin. Tetapi, saya percaya Allah itu Tuhan saya dan Muhammad itu Nabi saya. Itu saya yakin dan pasti..

Jika kita membaca sejarah.. Islam dan Kristian percaya Allah itu Tuhan, sehinggalah kedatangan Nabi Muhammad, orang Kristian tidak mahu mengakui Nabi Muhammad s.a.w. itu rasul Allah yang terakhir. Mereka percaya bahawa Isa a.s adalah rasul yang terakhir.. jurang antara Islam dan Kristian mula melebar disini.

Dalam golongan Kristian sekalipun, terdapat Katholik dan Protestan.. malahan terdapat 5 bible yang berbeza. Malahan, dalam golongan Islam sekalipun, terdapat golongan Sunni dan Syiah. Kesemua golongan-golongan tersebut percaya Allah itu tuhan mereka tetapi yang memisahkan mereka ialah “Siapa Pesuruh Allah?”.. adakah Muhammad? atau Isa/Jesus? atau Saidina Ali/Hussein?

Jika kita olahkan lagi, Allah adalah satu nama yang formal buat umat Islam.. Allah juga mempunyai 99 nama lagi. Saya berpendapat, Allah adalah universal.. bukan hak mutlak untuk sesuatu bangsa atau kaum, malahan Dia-lah yang mempunyai hak mutlak ke atas setiap bangsa dan kaum di dunia ini.

Tetapi, saya MERAGUI dan KHUATIR nama Allah cuba diperdagangkan oleh The Herald.

—————————-

Mungkin ramai yang telah maklum, sistem dakwah Kristian lebih ‘advance’ berbanding sistem dakwah Islam. Mereka lebih tersusun dan mempunyai rancangan jangka panjang untuk sistem dakwah mereka. Malahan, setiap ketua unit dakwah mereka perlu menghadiri perjumpaan di Vatican City untuk bermesyuarat dan beragenda.

Suatu ketika dulu, pendekatan yang diamalkan ialah menolong golongan Melayu/ bumiputera yang susah dan fakir.. sebagai balasan, mereka hendaklah memeluk Kristian.

Sekarang.. apa motif The Herald cuba menggunakan nama Allah dalam penyampaian dakwah mereka? Mahu memesongkan pemikiran Melayu/ bumiputera yang sedia ada? atau cuba memutar-belitkan fakta?

——————————-

Jika kerajaan tidak berhati-hati dalam isu ini, dikhuatiri mereka yang tiada asas agama mudah keliru akan pegangan agama masing-masing. Jika nama tuhan dalam Islam dan nama tuhan dalam Kristian ialah Allah.. agama mana yang mahu mereka ikuti padahal pesuruh Allah dalam Islam ialah Muhammad s.a.w, manakala pesuruh Allah dalam Kristian ialah Jesus. Yang mana satu betul?

Kerana itulah lafaz syahadah “Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Muhammad itu pesuruh Allah”.. itu asas akidah Islam yang paling asas dan utama. Nabi Muhammad adalah pelengkap kepada suruhan Allah..

Saya akui, sejak berkurun lamanya Kristian mengakui akan keesaan Allah.. tetapi mereka tidak percaya kepada Nabi Muhammad. Itulah yang membezakan Kristian dan Islam sebenarnya..

Saya menghormati rakyat Malaysia samada mereka dari keturunan apa atau apakah pegangan agama masing-masing.. prinsip saya cukup nyata, agama Ku untuk Ku.. agama Mu untuk Mu.. tetapi,  jika nama Allah cuba dikomersialkan, seolah-olah pendakwah Kristian cuba menangguk di air keruh. Jika nama Allah telah dipatenkan untuk agama Kristian (mengikut hukum undang-undang manusia di Malaysia), mungkin suatu hari nanti penganut agama Kristian cuba memohon peruntukkan undang-undang agar tiada agama lain yang boleh menggunakan nama Allah?

Masa depan siapa yang tahu?.. Mencegah lebih baik dari mengubatnya.

——————————

Kerana itulah, saya menyumpah ahli politik yang cuba memperdagangkan agama untuk kepentingan politik masing-masing. Tidak kira lah dari parti mana.. UMNO ke, PAS ke, KEADILAN ke, DAP atau MIC ke.. semoga Allah melaknat mereka yang bertopengkan agama demi nafsu politik peribadi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.