P36 KT: Alangkah baiknya jika Umno dan Pas sama-sama kalah..
January 10, 2009
Tidak lama lagi satu pilihanraya kecil akan berlangsung di Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009, negeri kelahiran ayah saya.. ramai saudara-mara sebelah ayah saya yang menetap di situ, tapi saya tidaklah rapat sangat dengan mereka.
Dalam pilihanraya kecil ini, sudah tentu ahli-ahli parti yang taksub mahukan kemenangan kepada parti masing-masing. Secara matematiknya.. hanya perubahan kecil sahaja yang berlaku dalam bilangan kerusi dalam sidang parlimen. Dari segi lain.. kemenangan mana-mana parti boleh memberi impak moral yang tinggi dan makin melambunglah rasa ego kerana menang (walaupun tidak kemana-mana).. cuma boleh bercakap besar lagilah selepas ini.
Umno melakukan pertaruhan dengan meletak Wan Ahmad Farid sebagai calon pilihan mereka kali ini. Calon tersebut bukanlah satu ‘favourite’ sebenarnya kepada ahli-ahli Umno sendiri malahan kepada penduduk Kuala Terengganu itu sendiri. Percaturan ini sebenarnya 2 dalam 1.. mahu menang dalam pilihanraya menentang Pas dan mahu memenangkan kem Pak Lah & Khairy vs kem Najib.
Di pihak satu lagi (Pas).. meletakkan Mohd Abdul Wahid sebagai calon mereka. Tidak banyak yang diketahui mengenai lelaki yang ‘low profile’ ini melainkan calon bukan dari kem Erdogan. Bagi penyokong2 parti yang taksub.. jika Pas meletakkan tunggul kayu pun, mereka akan tetap pangkah Pas dek kerana kebencian yang meluap-luap terhadap Umno.
Pada pendapat saya.. jika Pas atau Umno yang menang tidak membawa sebarang makna kerana hasilnya kawasan itu akan mempunyai wakil rakyat dari orang Melayu. Secara automatiknya, suara Melayu dalam Parlimen tidak tergugat kerana wakil rakyat sebelum ini pun Melayu.
Memangkah Pas berarti menyokong Dap dan Anwar yang berada dibelakang Pas, yang sentiasa menanti-nanti peluang untuk merebut kuasa. Perbezaan ideologi diketepikan buat sementara ini agar objektif utama tercapai.. kalahkan Umno. Jika menang.. Pas akan lebih bangga diri dan Anwar semakin rakus mengatur strategi seterusnya. Pakatan Rakyat akan memenangi satu tambahan kerusi Parlimen dan meningkatkan lagi moral mereka untuk bersaing dalam politik.
Memangkah Umno seolah-olah merestui kehendak Pak Lah dan menantu kesayangannya. Wan Farid tidak akan memperjudikan jawatan yang disandang sebelum ini tanpa jaminan yang wajar. Jika menang, beliau akan semakin kaya dan projek2 (tajaan Khairy) akan datang mencurah-curah ke lubuk duit ini. Terengganu sudah dijanjikan pulangan wang royalti 1.5b.. banyak wang negeri yang boleh dilaburkan untuk projek. Kerana itulah Umno mahu sedaya upaya memenangi pilihanraya ini. Samada Wan Farid ini calon Khairy atau Najib sekalipun.. rakyat bukanlah agenda utama, wang 1.5b itulah yang diimpi-impikan.
Secara peribadi.. saya berharap agar calon Pas yang menang dalam pilihanraya ini.
Bukanlah bermaksud saya menyokong Pas tetapi saya berharap agar kemenangan mereka dapat mengimbangi suara mereka dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. Tunjukkan kepada DAP dan PKR bahwa Pas mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri dan jangan memandang lekeh akan keupayaan dan kepentingan PAS kepada PR. Biar Unka Lim, Unka Teresa, Unka Karpal dan Unka Anwar berhati-hati sedikit sebelum membuat kenyataan yang mengguris hati PAS.
Kekalahan kepada Umno boleh memberi mesej yang berterusan kepada mereka agar berubah sebelum datangnya PRU13, bahawa mereka belum diterima sepenuhnya oleh rakyat. Kemenangan hanya akan melalaikan dan membuatkan mereka mabuk untuk merebut kuasa lebih-lebih lagi Pemilihan Agung Umno makin hampir. Umno sememangnya mudah lupa akan kesilapan dan sikap kurang ajar mereka sebelum ini.. jika Umno tidak mahu belajar dari kesilapan, maka Umno patut diajar.
Kadang-kala, diri kita harus menderita sakit buat seketika waktu agar sistem imuniti tubuh-badan dapat dipertingkatkan. Kegagalan demi kegagalan kadang-kala membuatkan kita tabah, mebuatkan kita berfikir dan tidak memandang rendah kepada orang lain apabila kita berjaya menggapai impian suatu masa kelak.
*****

Sumbangan kecil saya untuk perjuangan Penduduk Palestin.. mahu melawan Israel secara kekuatan tiada terdaya kerna kekurangan teknologi dan prasarana. Hanya mampu bertindak secara beramai-ramai dan berkumpulan (dalam bentuk kesatuan ummah) untuk melawan rejim Zionis dalam serangan ekonomi kepada kroni-kroni yang menyumbang kewangan kepada tentera Israel mereka..
Boikot produk-produk ini :
Cola-Cola.. Huggies.. River Island.. Mcdonalds.. Clinique.. Disney.. Donna Karan.. Starbucks.. Gap.. Garnier.. Perrier.. Kotex.. Sanex.. Jo Malone.. Lancome.. Libbys.. Tchibo.. Loreal.. Marks & Spencer.. Kleenex.. Maybelline.. Nestle.. Vittel.. Revlon.. Wonderbra
Maksud nasihat Guan Eng kepada Anwar..
January 3, 2009
Dalam laman web Malaysia, terdapat satu laporan berita yang menyebut bahawa Lim Guan Eng menasihatkan kepada Anwar Ibrahim agar memastikan pemimpin-pemimpin dalam PKR agar lebih berdisplin agar imej Pakatan Rakyat tidak tercalar..
Maksudnya :
” Anwar.. tolong nasihat sikit pemimpin2 Pas agar tidak gelojoh dan tidak ekstrim sangat, takut2 penyokong Dap (orang Cina) lari dari PKR. Kamu (Anwar) orang Melayu-Islam sama macam mereka.. elok kamu sajalah bagi nasihat, aku tak boleh.. aku cepat naik naik angin dengan Pas sejak dari dulu lagi”
*******************************************************************
Dalam satu laporan yang lain..
“Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai “hadiah terburuk” tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok-Kok..”
Sudah terang lagi bersuluh.. kaum Cina yang agak ultra dan suka anti Melayu kebanyakkannya menganut Kristian. Kaum Cina yang menganut Buddha dan lain2 ajaran agak neutral dan tidak ekstrim. (Teresa ini Kristian juga barangkali??)
Maaflah.. penganut Kristian sejak dari dulu agak skeptik dan was-was kepada penganut Islam. Maklum sajalah.. imej Islam telah dimomokkan dengan imej negatif dan gereja2 di Vatican City selalu membuat perancangan untuk mengembangkan ajaran Kristian ke seluruh dunia dari masa ke semasa.
Mana mereka tidak marah jika ‘jalan-jalan dakwah’ mereka cuba disekat dan disabotaj?
Dalam laman web Malaysia, terdapat satu laporan berita yang menyebut bahawa Lim Guan Eng
“Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung penerbitan akhbar mingguan Kristian Herald edisi Bahasa Malaysia sebagai “hadiah terburuk” tahun ini kepada penganut agama itu, kata ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok-Kok..”
.................. Tiada Paksaan Dalam Islam.. "AgamaKu Untukku, AgamaMu Untukmu"
..................................................
......................
beliau boleh jadi PM yang bagus, tetapi saya bimbang jika Malaysia jadi papa-kedana.
.....................................................
....................
tiada keyakinan untuk beliau menjadi PM saya. ......................................................
......................
hormat tidak berbelah bahagi buat tuk guru, tapi kecewa kerana agama dirojakkan untuk politik. .......................................................
.........................
ini Lim Kit Siang punya orang bijak dan kritis, tapi suka pandang rendah sama Melayu.
......................................................
....................
Ini Samy Vellu mahu jadi presiden MIC sampai mati ka? Kasi can lah pada orang lain bela nasib kaum India.
......................................................