3 cabaran buat mereka yang anti-melayu
December 13, 2008
Saban hari Melayu didendangkan dengan irama dan lagu Ketuanan Rakyat ciptaan Anwar Ibrahim. Pelbagai slogan dan tarikh dihebohkan untuk mengamit minat rakyat yang sememangnya ‘letih’ dengan stail kepimpinan Pak Lah.
Dari tarikh yang tidak menjadi sehinggalah kepada slogan yang tiada berisi, satu gelombang baru diwujudkan oleh mereka yang ultra dan ‘chauvinist’.. dari isu keadilan kepada rakyat, beralih pula kepada isu kesama-rataan untuk semua kaum.
Kesama-rataan kaum bermaksud tiada lagi hak istimewa Melayu, tiada lagi DEB, tiada lagi Sultan dan Raja.. bukan Melayu boleh jadi PM, bukan Melayu boleh jadi Ketua Hakim, boleh jadi Ketua Polis dan Panglima Angkatan Tentera.. bukan Melayu boleh menjadi pemimpin kepada Melayu yang dilihat lembik dan bodoh.. percayalah, Melayu tidak bodoh.
Memang ada Melayu yang terpesona dengan slogan ‘Malaysian Malaysia’.. samada mereka ini buta sejarah ataupun sudah hilang jati diri sebagai Melayu. Ada juga Melayu yang terkinja-kinja kegirangan jika Melayu sudah hilang kuasa politik.. ini Melayu yang lalai dengan gaya hidup bebas dan tidak mahu terikat dengan adab dan hukum-hakam. Ada juga Melayu yang hasad dan dengki.. biarlah Cina dan India menang, asalkan bukan UMNO yang menang.
Jika pemimpin UMNO kaya-raya, si Melayu ini korup dan pengkhianat.. jika Cina dan India jadi tokey besar, tiada pula rasa hasad dan dengki.. malahan, disumpah seranah setiap hari pun tidak mengapa. Sememangnya kelemahan Melayu suka hasad sesama sendiri dan mempunyai rasa rendah diri yang melampau terhadap kaum lain lebih-lebih lagi yang fasih bercakap Bahasa Inggeris.
Kembali kepada mereka yang ‘chauvinist’, isu DEB dan keadilan politik menjadi bekal perang mereka.. pelbagai kesalahan dan cacat cela pemimpin Melayu ini dicari agar mereka dilihat tidak layak memimpin negara.
Di Pulau Pinang, kuasa politik Melayu semakin suram.. lihatlah apa yang sudah jadi jika bukan Melayu yang berkuasa. Jika dahulu, Melayu dipinggirkan secara perlahan-lahan melalui ekonomi.. sekarang Melayu juga terancam dalam pentadbiran dan politik. Lebih banyak jawatan dalam kerajaan untuk bukan Melayu.. atas nama keadilan kaum. Lebih banyak papan tanda pelbagai bahasa.. atas nama semangat Bangsa Malaysia (tidak cukupkah dengan Bahasa Malaysia?)
Pendek kata.. pelbagai kaedah dan program cuba untuk “di-Cina-kan”.
Hairan bukan? Mereka kata berjuang untuk keadilan semua kaum.. kenapa hak-hak kaum Cina sahaja yang menjadi keutamaan? Kenapa tidak memperjuangkan hak dan budaya kaum Iban? Kenapa tidak memperjuangkan hak-hak kaum orang asli Jakun dan Negrito?
(1) Jika benarlah mereka berjuang untuk keadilan semua kaum.. mahukah mereka membubarkan sekolah kebangsaan cina dan india kepunyaan mereka? mahukah mereka bersekolah dengan Melayu? Jika mereka ikhlas berjuang untuk Bangsa Malaysia.. saya rasa ianya tidak menjadi masalah besar. Kalau menentang habis-habisan.. tentu ada yang tidak kena.
(2) Jika benarlah mereka bersemangat Bangsa Malaysia.. mahukah mereka membuang dialek Mandarin dan Tionghua dalam pertuturan seharian? Mahukah mereka jadi Cina Indonesia atau Thailand yang tidak boleh ada identiti ke-cina-an dalam pertuturan mereka secara umum?
Melayu hanya pandai Bahasa Malaysia dan Inggeris sahaja.. padahal bukan Melayu boleh menguasai 3 bahasa, sanggupkah mereka membuang bahasa dialek mereka dan hanya bertutur dalam 2 bahasa sahaja?
(3) Jika benarlah mereka berjiwa Bangsa Malaysia.. mahukah suratkhabar mereka dipupuskan? Biarlah yang tinggal hanya suratkhabar dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris sahaja? Mereka bebas untuk bermedia.. tetapi hanya dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, sanggupkah?
Sekiranya mereka melenting dan marah jika hak-hak mereka ini disentuh dan diusik.. sepatutnya mereka kena faham kenapa Melayu mudah tersinggung dan marah jika hak-hak mereka diusik. Jika mereka tidak sanggup berkorban untuk memperjudikan hak-hak mereka.. jangan paksa Melayu untuk memperjudikan hak-hak mereka.
.................. Tiada Paksaan Dalam Islam.. "AgamaKu Untukku, AgamaMu Untukmu"
..................................................
......................
beliau boleh jadi PM yang bagus, tetapi saya bimbang jika Malaysia jadi papa-kedana.
.....................................................
....................
tiada keyakinan untuk beliau menjadi PM saya. ......................................................
......................
hormat tidak berbelah bahagi buat tuk guru, tapi kecewa kerana agama dirojakkan untuk politik. .......................................................
.........................
ini Lim Kit Siang punya orang bijak dan kritis, tapi suka pandang rendah sama Melayu.
......................................................
....................
Ini Samy Vellu mahu jadi presiden MIC sampai mati ka? Kasi can lah pada orang lain bela nasib kaum India.
......................................................
December 13, 2008 at 6:41 am
selamat kembali membuat nukilan.
adinda cekka gi mekoh ko? atau saja rehat..cuti dari memblog? rindu juga lamo sangat tak dok dalam netizen
hmmm abe cadang kito buat perang bogel macam selangor nak? budak2 puying thai kat patpong, soi cowboy dll kat bangkok tak ada kerja sekarang ni…upah mereka nude2naked… padan muka puak2 cina chauvanis ni. bawa ke pr kecil kt…. ada baik juga sebab abe dengar pakatan rakyat nok bawo anok babi bogel….hahahahah
December 13, 2008 at 9:10 am
A’kum,
Pada saya, apa yang tuan tuliskan ini adalah satu perkara yang mengarut…kenapa?…kerana pada saya, pemerentahlah yang memberi muka kepada kaum-kaum itu. kenapa pada masa pemerentah menang dengan selesa dalam pilihan raya yang terdahulu, tuan tidak memberi cadangan-cadangan yang bernas supaya kaum-kaum itu tidak memijak kepala kaum tuan?
Tuan tahu kenapa kebanyakan orang melayu menyampah dengan parti tuan?…Angkoh…Sombong…menghina islam…mengapa tuan tidak mengingatkan pemimpin-pemimpin puak tuan supaya jangan berlagak begitu?..sekarang ini baru tuan nak memainkan isu melayu….
Macam ini saja tuan…cadangan saya…kalau parti tuan ingin menjadi kuat semula…gantikan semua pemimpin yang ada….dari presiden hingga ke ketua cawangan…ramai lagi orang melayu yang berkalibar,mempunyai wawasan dan sedia berkorban untuk bangsa yang boleh menterajui parti tuan…
Terima kasih..
December 13, 2008 at 7:39 pm
Buat Abe Ramly..
Ambo cuti sekejap dari mem-blog baru2 ni, keje banyak sangat lagipun Anwar tak bising2 sangat.
Nak perang bogel?? Ish..tak sangguplah ambo. Biar diaorang sajalah yg tak reti malu.. kita tak payah ikut depalah. Kita ada stail kita sendiri.. betul dop Abe Li?
*****
Buat Tok Uban..
Ambo sebenarnya bukan ahli parti UMNO pun!! Ambo berkecuali sebenarnya ttp ambo akan pilih parti yg banyak baik dari buruk semasa pilihanraya. Setakat ini, bagi ambo.. UMNO masih pilihan yg baik. Diaorang bukan kafir pun.
PAS ada ideologi politik yg baik ttp masih banyak kekurangan dalam pentadbiran dan wawasan.. kalau tidak kenapa perlu bergantung kpd Anwar utk menumbangkan UMNO?
Nak harap pada Anwar? Ambo akan perangi mamat ni habis-habisan. Kalau tuan minat dia.. lantak pi lah.
December 13, 2008 at 11:14 pm
Saudara Cekka, apa bila saya bace artikel dan susuli ngan jawapan Cekka pada tok uban,hok jawape tu lagi sedap! umpama kerak sedap lagi bamdingkan nasi.
salam perjuangan dari orang melayu.
arjuna waspada
December 15, 2008 at 11:09 am
salam cekka.
itu lah sebabnya mukhriz sengaja “cuit” sikit mereka ni dengan kata nak abolish sekolah cina.
nah, kita sudah lihat keikhlasan mereka.
melenting. marah. nak sumbat mukhriz dalam ISA lagi.
cubalah bayangkan kan, agaknya lah, jika melayu di tempat cina, cina di tempat melayu.
cina penduduk asal malaysia, melayu pendatang.
melayu mintak hak cina dipupuskan.
ambo raso abih melayu kne pancung semua.
wassalam
http://writtenbyhim.wordpress.com/
December 15, 2008 at 12:24 pm
Assalamulaikum Cekka,
Hai lama betul cuti memblog? Nice to have you back!
Salam.
December 15, 2008 at 5:51 pm
Salam Cekka,
Hampir sama je bila depa ni buat bisnes, ambil banyak tapi bagi sikit.
They expect us to give and give and give, especially when are politically desperate. Tapi bila kita mintak sikit, haram depa tak nak bagi, seperti salah satu daripada tiga benda yang saudara nyatakan.
Depa tahu bila UMNO kembali dengan kekuatan dan kegemilangan, suara sumbang depa akan makin tenggelam. But now UMNO is in trouble, and the way I see it it won’t be easy to recover. So bagi depa inilah masa untuk tunjuk belang.
Wassalam.
p/s: Nape lama menghilang?
December 16, 2008 at 2:32 am
Dear Arjuna Waspada,
Terima kasih kerna sudi menjengok blog yg tak seberapa ini. Salam mesra.
*****
Buat Dr Sid,
Ha3.. suprise!! Thanks. Takde orang lain doh nak jaga Melayu ini melainkan kita sendiri yg berbangsa Melayu. Betul dop Dr?
*****
Dear Cucu Tok Selampit,
Welcome back.. your girls give me a lot of pain. He3…
*****
Dear Piggy Singh,
Your blog growing fast.. Spt biasa,komen sdr yg penuh makna dan padat seperti mana artikel dalam blog sdr. Ambo cuti sekejap baru2 ni kerna ada kerja yg memerlukan sedikit perhatian
December 16, 2008 at 2:03 pm
betol sgt!!!
December 22, 2008 at 12:56 am
saya sokong pendapat sdr…yg tak sokong tu agaknya dah tak sayangkan bangsa sendiri atau dah termakan hasutan si gila bontut tu kot…
December 22, 2008 at 6:01 pm
Hmm kenapa mereka melenting dan marah, dan suruh sumbat Mukhriz ke dalam ISA sedangkan mereka yg beria2 nak menghapuskan ISA? Populis betul cakap tak serupa bikin.
December 22, 2008 at 6:51 pm
Salam Cekka,
Maaf kerana sekali lagi menumpang.
saya difahamkan saudara menetap di Kelantan. Jika saudara ada menghadiri debat antara KJ dan Husam Musa, saya nak dapat kepastian bahawa KJ ada kata dia terima hudud jika dapat jadi KP UMNO.
Mungkin juga saudara sedang menggubal satu artikel relating to the event.
Sekian Wassalam.