Hina sangatkah Dr Mahathir kepada rakyat?

November 14, 2008

Semalam, apabila Dr Mahathir bercakap mengenai Bangsa Malaysia dan PM boleh jadi dari kaum bukan Melayu.. seperti biasa, beliau akan dikutuk dan dicaci. Secara peribadi, saya tidaklah taksub kepada beliau dan tidak juga membenci beliau. Tetapi, sehingga setakat ini (Tahun 2008), saya berpendapat beliau masih PM Malaysia yang paling berjaya dan paling cerdik dalam karier politik.

Seingat saya, ketika beliau masih berkuasa, arwah ayah saya amat membenci beliau.. pantang saja beliau muncul di kaca TV, pasti kami anak-beranak ‘melepas’ nak tengok TV kerana ianya telah ditutup atau dialih siarannya. Di kedai-kedai kopi, apabila orang-orang tua melihat saja gambar Dr Mahathir, terus saja mereka meludah ke tanah.. begitulah bencinya mereka kepada beliau.

Saya mengakui, Dr M bukan dewa atau malaikat.. tetapi bukan syaitan atau maha firaun juga. Ada orang yang lebih suci dari beliau, ada orang yang lebih buruk budi pekerti dari beliau. Ini hakikat yang kita harus terima..

Sekarang.. Malaysia sudah dimomokkan dengan frasa/slogan “Mahathirisme”, “Mahathir Comes Back!”, “Mahathir’s Puppet” dan pelbagai lagi perkataan untuk membayangkan kepulangan beliau tidak dialu-alukan lagi. Persoalannya.. beliau kini sudah berusia 80 an, rumah kata pergi.. kubur kata mari.. apa sangat yang rakyat (pembangkang) takut kepada orang tua ini?

Apa yang beliau heboh sangat sekarang ini hanyalah kelangsungan politik UMNO, apabila beliau mati.. hanya anak-anaknya sebagai penyambung harapannya (sekarang Mukhriz). Beliau sudah tua dan kaya raya.. Tamak sangatkah orang tua ini? Gila kuasa sangatkah orang tua ini? Jika dirinya tidak bersuara menentang Pak Lah, saya pasti kita masih dibayangi pentadbiran Pak Lah.. padahal Pak Lah punca rakyat Malaysia tidak berpuas hati sekarang. Tapi, kita masih berkata.. orang tua ini tidak sedar diri.

Setidak-tidaknya.. saya berterima kasih kepada beliau kerana berjaya memberi tekanan kepada Pak Lah untuk melepaskan jawatannya. Saya tidak sanggup menunggu sehingga PRU 13 semata-mata kerana mahukan Pak Lah meletak jawatan. Soal dosa-dosa silamnya, itu urusan beliau dengan Tuhan.. kita berharap dengan usianya yang semakin lanjut, jiwanya makin dekat dengan Tuhan.

Benarlah kata orang.. jika kita sudah dibenci, diberi bunga dibalas dengan tahi.. buatlah apa kebaikkan pun, pasti tidak dipandang orang. Lagi cepat kita mampus, lagi orang suka.. tapi kita jangan lupa, nasihat yang baik kita harus terima-pakai walaupun nasihat tersebut datangnya dari budak yang belum akil baligh.. inikan pula nasihat dari orang yang sudah berusia 80 an dan pernah menjadi orang No 1 dalam Malaysia.

Sebagai seorang Melayu dan Muslim.. kita harus menghormati orang tua, apabila berlaku pertembungan pendapat, kita jangan jadi kurang ajar. Orang tua boleh diajar tetapi dengan cara yang berhemah dan lemah-lembut, bukan dengan caci-maki dan herdikan. Jika Anwar yang dulunya rakus dan gila kuasa dalam UMNO boleh diberi peluang untuk berubah dan bertaubat, kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang serupa kepada Dr M?

Apa yang pasti.. mulut dan hati ahli Pakatan Rakyat hanya akan diam apabila Dr M menjadi ahli Pakatan Rakyat,.. mulut ahli-ahli UMNO hanya akan diam jika Dr M tidak mengkritik kepimpinan dan rasuah dalam UMNO,.. mulut ahli-ahli PAS hanya akan diam jika Dr M memakai kopiah dan duduk dalam masjid bersama-sama pemimpin PAS,.. mulut orang Cina dan India hanya akan diam jika Dr M melantik PM dari kaum mereka,.. mulut orang yang sakit hati hanya akan diam jika beliau sudah mati.

Sekiranya kita tidak mahu berfikir secara positif kepada seseorang, sampai bila-bila pun kita akan memandang serong kepada seseorang itu. Taksub sangat pun tidak boleh.. tak mahu pandang walau sebelah mata pun tidak boleh juga. Sebaik-baik manusia ada juga keburukkannya.. sejahat-jahat manusia, ada juga tempat baiknya.. terpulang kepada diri sendiri untuk memandangnya.

27 Responses to “Hina sangatkah Dr Mahathir kepada rakyat?”

  1. kluangman Says:

    Saya berpendapat majoriti rakyat masih menerima dan menyanjung Tun sebagai seorang negarawan yang belum ada pengganti sehingga kini dan dalam masa yang terdekat.

    Mengenali Tun secara ‘sejarah’ sudah tentu terlalu banyak perkara yang dilakukannya untuk ditulis dan dikaji sepanjang zaman. Kata kata tidak cukup menggambarkan betapa hebatnya insan ini kerana ia merangkumi watak Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Perak dan Sultan Alaudin Riayat Shah sekaligus. Sebagai insan Tun tidak terlepas dari salah dan silap kerana setiap keputusan yang kena dibuat adalah berdasarkan situasi dan masa tersebut.

    Tun telah menunjukkan kepada kita bahawa walaupun bukan berada dalam kerajaan dan parti tetapi kata kata dan pandangannya masih berkesan, relevan dan ‘berkuasa’ untuk ‘mempengaruhi’ keputusan dan suasana.

    Dari segi politik, atas kedudukannya No.1 menerajui parti dan negara, sudah pasti beliau di kelilingi musuh dalam dan luar negera hingga sekarang kerana ada di antara mereka pernah ‘berdarah hidung’ terkena pukulan Tun, justeru itu dendam dan permusuhan diteruskan. Langkah yang terbaik bagi mereka ialah memutarbelitkan fakta dan memburukkan Tun habis habisan.

    Yang paling sedihnya, yang paling hebat memusuhinya berterusan adalah dari bangsa yang seugama dengannya. Inilah mentaliti bangsa yang amat mundur dan tidak tahu berterima kasih.

    Pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Tun lebih kepada tohmah, fitnah dan tembak angin, tidak ada bukti secara nyata atau secara moral kecuali diputarbelitkan. Tun sudah berulangkali mencabar mana mana pihak membawanya ke muka pengadilan jika ada salahlaku, salahkuasa yang disengajakan oleh beliau, tetapi sampai sekarang..habuk pun tarak.

    Walaupun ramai juga yang meminta Tun berehat dalam usia yang sebegini tetapi sikap pejuang sejati Tun yang sebenar tidak membolehkannya untuk terus berdiam jika apa yang dilihat di hadapannya adalah satu unsur kemusnahan bangsa, ugama dan negaranya.

    Tidak ada untungnya sesiapa jua yang membenci Tun terutama sekarang kerana demokrasi membenarkannya bersuara dan demokrasi membenarkan kita untuk tidak menerima pendapatnya tetapi dari segi etika, kita tidak wajar membencinya, tidak ada untungnya kecuali rugi.

  2. Sue Says:

    Ya, saya setuju dgn pendapat anda.

  3. khairuddin Says:

    Terima kasih kerana mempertahankan seorang hamba Allah (TDM) yg tiada apa kepentingan selain dari menyelamat kan anak bangsa nya sendiri..syabas

  4. Samat Says:

    Samada kita terima hakikat atau tidak, yang pasti Tun Mahathir adalah jauh lebih baik dari mana2 PM, termasuk yang memerintah sekarang.Semua pemimpin mempunyai cara tersendiri dalam mentadbir negara.Yang penting beliau mempunyai prinsip yang TEGAS,TERANG DAN NYATA dalam membawa hala tuju Malaysia ke tahap yang lebih baik.

    Saya menghormati beliau sebagai negarawan Malaysia yang ulung

  5. adnan Says:

    pak lah ngan kj lagi hina !!!!!

  6. dohwie Says:

    Lumrah bangsa melayu, kehendak peribadi melebihi keamanan negara. Bagi saya, lebih hina orang yang bertopengkan agama untuk kepentingan peribadi. Berpura-pura baik tapi menikam dari belakang. Bermadah pujangga, berkias, berhadis segala bila berkata tapi mulut bagai bangkai bila berlainan arah. Kurang-kurangnya TDM tak perlu berserban untuk menonjolkan identitinya. Rakyat Malaysia masih mempunyai otak yg sempurnakah untuk menilai semua ini ?


  7. Sedih melihat orang mengutuk Tun M sedemikian rupa.

    Konon nak menjadi jaguh tapi di gelanggang yang salah, tak ubah hanya anjing-anjing yang menyalak bukit.

    Siapa mereka-mereka ini? Cermin lah muka sendiri dulu sebelum menyerang Tun dengan komen-komen pedas dan kurang ajar.

    At least, Tun dah memberi sumbangan beliau lebih 22 tahun. Mereka ini bagaimana? Tong-tong kosong yang bunyi kuat tapi tak berguna.

  8. webm Says:

    as’kum… bro bsgi pendapat saya kenyataan tersebut membukti juga malaysia adalah negara yg adil kerana di Singapura skrg sedang hangat khabar angin bahawa ada calon bukan cina hendak menjadi PM Singapura yg pertama dan beliau bukan calang2 calon.. sehinggakan ada masyarakat cina yg menyokong
    jd Tun mahu kita berfikir bahawa di pulau berkenaan juga mempunyai isu2 perkauman yg amat kuat…
    dan boleh dikategorikan sebagai pimpinan keluarga

  9. sekolah atap Says:

    Tun Dr Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang tiada tandingannya, wawasan dan perjuangannya tidak ternilai harganya, saya amat percaya pemikirannya akan dikaji oleh rakyat Malaysia selepas ketiadaanya. Semasa lewat tahun 1980an dan awal tahun 1990an, kawan-kawan saya yang sedang menuntut di menara gading dan apabila pulang ke kampung akan menceritakan tentang keburukan TDM, tetapi sedikitpun saya tidak goyah dan tidak berganjak dengan kekaguman saya terhadap TDM sehingga dan ianya kekal hingga kini. Di dalam hati saya berkata bahawa, kawan-kawan saya yang membenci TDM adalah hasil dari dakyah oleh musuh-musuh politik TDM sendiri. Terbukti idea-idea beliau yang dibangkang sepenuhnya oleh pembangkang menjadi kebanggaan semua. Contoh paling mudah yang boleh dilihat adalah wujudnya Putrajaya. Masih segar dalam ingatan semasa idea kewujudannya, ramai suara-suara yang mengatakan idea tersebut sebagai membazir wang rakyat. Tetapi tidak malukan mereka apabila berkata `Pada .(tarikh-tarikh).. kita akan ke Putrajaya’….. Semoga segala jasa dan pengorbanan TDM terhadap rakyat Malaysia mendapat tempat dan keredhaan disisi Allah S.W.T. Saya juga berdoa semoga segala dosa-dosanya diampunkan oleh Allah S.W.T. Beliau bukan maksum yang terlepas dari segala dosa. Amin… Walau pun saya mempunyai tarikh lahir yang sama dengan mu TUN iaitu 20 Disember tetapi aku tidak berjasa, tidak sehebat dan bukan negarawan seperti mu TUN.. Hanya Allah yang maha berkuasa dan maha mengetahui….

  10. ventura Says:

    Selama ini di dalam aliran sejarah Perdana Menteri Malaysia adalah dianggap yang Tun Mahathir adalah yang masih berwibawa dan berkebolehan menyelesaikan masaalah berkenaan dengan yand dihadapi oleh negara Malaysia kita.

    Walaupun kita ini manusia kita bukanlah setanding dengan Tuhan asalnya semua sumbangan yang di sumbangkan demi kepada masyaraket memberi kita satu panduan dan nikmat kepada perubahan dan pengerakan alam masyarakat dengan lebih berjaya. Kita tidak mempertikaikan tindakan politik masa dahulu kerana segala-segalanya memanglah mempunyai alasan -alasan yang hendak ditentukan oleh pemimpin semasa didalam situasi yang memerlukan pandangan dan membuat satu pendirian objektif untuk menjalankan janakuasa arus perkembangan permerintahan dalam kerajaan dan juga rakyat.

    Kita tidak boleh memanggil beliau untuk mengetepikan laungan cinta beliau kepada masyarakat Malaysia. Tetapi beliau boleh memberi pendapat daripada segi pengalaman Tun yang begitu meluas dan yang terperinci berkenaan dengan permerintahan negara dan juga alas pertumbuhan ekonomi yang kurang memuaskan sekadar era ini.

    Kepentingan Tun masih diperlukankan untuk setakat memberi pelajaran kepada pemimpin yang baru untuk membentasi masaalah-masaalah yang dihadapi sekarang.
    Seperti masaalah korupsi, masaalah bercanggihan dengan dengan penangkapan ISA, masaalah kemiskinan rakyat Malaysia, masaalah berkenaan dengan UMNO dan kepimpinan Melayu dan aliran objektif yang memesongkan daripada masaalah rakyat sejahtera sekalian.

    Didalam dunia ini manusia ini memang adalah tidak mengenalkan diri mereka. Apatah Tuhan yang telah menyelamatkan kita daripada segala bencana dan memberi harapan. Tetapi didalam pemikiran manusia ini memang jahat mudah lupa di dalam segala kebaikan yand telah dibuat. Ini juga di tujui dengan sumbangan dan detik peluh Tun Mahathir didalam sumbangan kepada Masyarakat Malaysia ini.

    “Melayu mudah Lupa” inilah tajuk yand diperkenalkan dalam satu buku Tun yang menunjukkan bagaimana kita sebagai masyarakat mudah lupa tentang diri kita sendiri didalam melaksanakan subangan kita kepada pemimpin dan masyarakat.

    Walaupun sebagai rakyat yang berbilang kaum dan juga yang memahami sejarah rakyat dan kepimpinan Malaysia ini, sikap bertolaransi dan serta menujukkan kasih dan tunjuk ajar daripada yang tua patutlah di dalam amalan seharian kita. Ini juga boleh member kita satu idea yang lebih menyeluruh untuk membuat satu pendirian apatah betul atau salah ini adalah didalam kenyataan minda pemimpin sebelum membuat satu pendirian.

    Tun Mahathir juga patut faham yang aliran politik dan keperluan rakyat adalah berbeza dari zaman dulu dan juga disamakan dengan zaman sekarang. Kedua-duanya adalah berbeza didalam era ini. Disebabkan kepincahan dan kelemahan yang dialami, rakyat memang akan membuat satu pembandingan dan membuat “judgment” terhadapnya selama-lamanya.

    Ini juga satu pengajaran yang hendak di peringatkan didalam minda semua pemimpin-pemimpin supaya semua pendirinya hendaklah dibuat dengan mempertelitikan factor-faktor yang menyumbangkan kepadanya. Kalau tidak kesalahan yang didirikan akan diingat hingga ke generasi selanjutnya.

  11. Rafiq Says:

    Assalamualaikum,

    Pada pemerhatian saya, pada hari ini, ramai yang membenci Tun adalah dari orang bukan Melayu, khususnya generasi muda mereka yang baru setahun jagung mengenali politik Malaysia. Banyak dari mereka ini membesar dalam suasana yang serba kondusif, ekonomi yang baik dan masyarakat yang harmoni dibawah era pemerintahan Tun dan menjadikan sikap mereka yang angkuh, pentingkan diri sendiri (selfish), buta sejarah dan amat cetek penilaian.

    Inilah typical generasi yang saya katakan:

    Enough of Mahathir, please!


    (tengok juga komen-komen dalam blog ni, kebanyakannya bukan melayu yang seangkatan dengannya)

    Gologan ini membentuk kebencian berdasarkan sentimen yang banyak dipengaruhi oleh pemuka-pemuka di Malaysia-Today. Banyak dari mereka ini amat jahil tentang politk dan sejarah negara dan juga amat kurang pengalaman di Malaysia. Kebanyakkan mereka ini belajar di luar negara ataupun tinggal dan bekerja di luar negara.

    Saya mengenali seorang yang berbangsa X (bukan melayu) yang tinggal di US selama 15 tahun dan mengaku total lost connection dengan Malaysia (sekitar era kegemilangan Tun), dan beliau sangat membenci Tun. Atas sebab apa pun saya tak tau sebab kalau beliau dah lost connection dengan Malaysia selama 15 tahun diera pemerintahan Tun, apakah beliau layak untuk menilai Tun? Pantang saya sebut nama Tun, terus dihambur perkataan seperti “You still believe with that old man?”, “I have enough with that old man”, bla bla bla.

    Bila kita dengar perkataan sedemikian, ketahuilah yang menghamburkan itu adalah dari “typical group”. Mereka ini sebenarnya tidak tahu apa-apa. Kebencian mereka adalah semata-mata sentiment buta.

    Realitinya, semakin ramai orang Melayu mula menghormati Tun. Ramai orang Melayu yang amat membenci beliau, pada hari ini mula menyedari sumbangan serta keikhlasan Tun untuk membangunkan negara khususnya orang Melayu. Tun bukan malaikat. Dalam pemerintahan beliau, memang ada banyak salah dan silap, tetapi bak kata orang, kebaikaan beliau mengatasi kelemahannya. Kalau kita baca blog chedet, kita akan dapati ramai yang asal membenci Tun, banyak yang kembali meminta maaf pada beliau. Saya yakin, penulis blog ni pun mungkin satu ketika dulu pun tidak suka akan Tun. Tapi sekurang-kurangnya kita masih dapat lihat bahawa mereka masih waras untuk mengakui sumbangan Tun. Bak kata pepatah orang putih, “You don’t what you have lose until you lose it”.

    Apa yang sangat menyakitkan hati ialah golongan-golongan “Typical group” yang dijangkiti syndrome of denial (sindorm penafian). Sekali pun mereka ini membesar dalam suasana penuh kondusif hasil usaha Tun, mereka menggambarkan seolah-olah mereka ini dizalimi, lebih teruk dari Hitler menzalimi orang yahudi.

  12. sekolah atap Says:

    susan loone adalah seorang yang tidak layak tinggal di Malaysia… golongan seperti ini tiada semangat patriotik dan tidak boleh diharapuntuk mempertahankan maruah negara tercinta ini.. mereka hanya ingin mengaut keuntungan tidak mempertahkan kedaulatan…

  13. sungaigoloksungaigolok Says:

    Susan loone tu jelmaan terisa pok kot.Suku sakat DAP yang nak lenyapkan ketuanan melayu di tanah melayu. Dia nak delete tun, utusan, umno, kontrek sosial, perlembagaan negara, nak tutuh melayu habissan… biar kita semua benci melayu. Saya orang Malaysia dok thailand pon sokong tun dan melayu sebab saya keturunan orang pattani.Cekka pon orang thani jugak kan? atau orang Yunan?

    Kawan nak apa pertolongan khasnya hal orang jantan dan rumahtangga lah jangan segan masuk blog saya

    http://sungaigoloksungaigolok.blogspot.com

    http://sungaigolokthailand.blogspot.com

    saya adalah abe za

  14. vesewe Says:

    A non-malay even though he is more capable and more qualified but cannot:

    Be – the prime minister of the country
    Be – the deputy prime minister of the country
    Be – the head of any branch of the armed forces in the country
    Be – the head of department in a ministry
    Be – the head of state of the states with no rulers
    Be – the head prefect of a national school
    Be – the IGP of the country
    Be – the nominated as the best of the best in the school
    Be – the secretary-general or deputy secretary-general of a ministry

    What is worse is that the PM goes around telling people, repeating a crazy lie, by saying that – “We do not practice racial discrimination in our country”.

    Did the MCA and MIC leaders agree to this in 1957?

    Did the people in Sabah and Sarawak also agree to this in 1963?

    I think malays will keep on to give rubbish answer!

  15. kok Says:

    The truth is that the ability of education to bring people together is limited. On top of that, education – at least secular one – is about the pursuit of knowledge and truth, and hence whatever is taught in schools should be based on the truth and reality in order to unite the students.

    But when our society is already polarised by the law and other economic realities, and we tell our children otherwise in school, its likely that the unity lessons will never stick for long or even worse result in a backlash.

    What is more distressing is the fact that national education policy is only meant for the masses while our political leaders send their children overseas. Can we believe they have faith in our own educational facilities and that they are sincere in wanting the best for us?

    In Malaysia, unfairness is institutionalised. For example, it is alright for certain schools or universities like the Universiti Institut Teknologi Mara to bar non-malays.

    So it piques me to hear some blaming vernacular schools for racial tensions. Vernacular schools have never barred malays from enrolling into them unlike Mara educational institutions. If vernacular schools are to be blamed, so too must the Mara institutions.

    A minister responsible for higher education who can make such inflammatory statements confirms that the so-called meritocracy system of university entrance is a sham, since he was able to promise that the percentage for malay applicants will never fall below the previous quota percentage.

    Is he suggesting that we should rejoice over our poor education? Please do not confuse quality with quantity.

    I cannot help but think that the politicians have an ulterior motive. If so, please be honest and brave enough to admit it.

    With such narrow-minded people in charge, it is difficult to have confidence in any of their suggestions.

    When it came to choosing a career, I avoided public services for the fear of being excluded from promotions just like how I was excluded from matriculation etc. Many employers are also very racially defined.

    Now, as much as I miss hanging out with people of other races, I end up being with people of my own race.

    Looking back, I don’t think our primary vernacular system is the cause of disunity. On the contrary, it enriches our Malaysian heritage. The real problems are with the uneven playing fields that split malays and non-malays from secondary school onwards.

    Another examples are the Chinese Indonesians. Most of them don’t even speak their mother tongue, nor do they even carry Chinese names anymore, yet come any major political turmoil, they are targeted by the majority. Is this due to vernacular education?

    The government should be aware of the fact that the number of Chinese schools has not increased over the past 30 years despite the need for them due to increased demand from both Chinese and non-Chinese students.

    The diversity of education methods in the country is a national treasure and should be upheld. Unity will come from mutual respect and fair treatment for all – not necessarily from a uniform education.

    Whether they will take concrete steps to address the imbalance is another matter for, while I am optimistic about the people of Malaysia, I have very little faith in politicians.

  16. yuking Says:

    Then let me re-quote Lee Kuan Yew:

    Singaporean politician Lee Kuan Yew of the PAP, who publicly questioned the need for Article 153 in parliament, and called for a “Malaysian Malaysia”.

    In a speech, Lee Kuan Yew bemoaned what would later be described as the Malaysia social contract:

    “According to history, malays began to migrate to Malaysia in noticeable numbers only about 700 years ago. Of the 39% malays in Malaysia today, about one-third are comparatively new immigrants like the secretary-general of Umno, Dato Syed Jaafar, who came to Malaya from Indonesia just before the war at the age of more than thirty. Therefore it is wrong and illogical for a particular racial group to think that they are more justified to be called Malaysians and that the others can become Malaysians only through their favour.”

    Eventually, and Singapore became an independent nation in 1965, with Lee Kuan Yew as its first prime minister.

  17. aberamly Says:

    KALAU LAGU TU KENAPA SINGAPURA TAK BENARKAN BUKAN CINA JADI PM, JADI BOS TENTERA, BOS POLIS DLL? KATA SINGAPOREAN SINGAPORE!

    SETAKAT NAK BUAT SEJARAH SENDIRI SEMUA ORANG BOLEH KARANGLAH. BUATLAH SINGAPURA TU KATANYA HANYA 5 KE 6 ORANG NELAYAN MELAYU ASLI AJE DISANA SEBELUM RAFFLES DATANG…. CARILAH BUKTI SINI SANA. MAKA SEMUA SPIN DAN PERCAYA.

    BUAT APA MINDA KITA KENA BERGANTUNG KAT LEE KUAN YEW? TAN SIEW SIN DLL TAK HEBAT KE? TAK DAK TELOR? BAIK KITA PUJA DR SUN YAT SENG LAGI POWER DIA JADI KETUA KEPADA NEGARA CHINA YANG LEBIH 1,000 JUTA UMAT, DAN ISLAM DI CHINA SAJE DOK ADA DALAM HAMPIR LEBIH 100 JUTA ORANG! KATANYA ORANG CINA ISLAM INILAH YANG BANTU REVOLUSI CHINA TUMBANGKAN DINASTI MAHARAJA ZALIM DI CHINA DULU.

    SAUDARA KU CINA MALAYSIA… SELAGI KAU ORANG BERGANTUNG MINDA, HATI DAN FIKIRAN KAU KAT ORANG LAIN… SELAGI TU KAU ORANG DIJAJAH MINDA. MERDEKA LAH.

    KALAU NAK KARANG SEJARAH SENDIRI MELAYU NI PUN ASALNYA DARI YUNAN. YUNAN TU TAK CHINA KE?
    TAK PERCAYA LIHAT BIOLOGI KITA. BANYAK SELUPA KAN? WA PUN MATA ADA SEPEK DAN LAMBUT TEGAK BERCACANG JUGAK!

    FIKIRLAH SENDIRI BRO… JANGAN MINTA LEE KUAN YEW FIKIR UNTUK KITA!

  18. webm Says:

    salam bro ..aku betui2 konpius … isu bro cekka betui2 panasss.. sampai mana punye mamat kasi komen yg tak ikut fakta.. dan sejarah .. dioerg ni betui2 tak paham2 lg ka..
    atau kita yg kasi dierg pijak kepala kita nie yg loghrat sangat org pas dan org melayu PKR perjuangkan ka… kat blog kita pun depa berani hentam …
    Pikirla … sendiri hai sedare sekalian jgn kita dok lupe perjuangan atuk , ayah kita jd askar bermandikan darah melawan komunis skrg kita kene kuat melawan komunis yg tak berseragam pulak ..

    sikit hr dieorg nk jd raja/sultan pulak.. ni yg DSAI nak sgt.. aku betui2 sedih dan rasa sgt bersalah krn menyokong beruk ni satu ketika dahulu…

  19. test the water Says:

    Salam Bro semua;

    Saya sebenarnya menganggap TDM sebagai salah seorang PM yang dipilih melalui secara majoriti ala demokrasi barat dan bagi saya beliau memang sepatutnya memenuhi tanggungjawab utama tehadap keutuhan ekonomi khususnya bagi golongan yang kurang mampu.

    Dan pada pandangan saya setiap pemimpin mempunyai kelemahan serta kekurangan masing masing. Juga disukai maupun dibenci kerana semua PM tidak akan dapat memenuhi setiap kehendak rakyat.

    Apa yang penting disini adalah bagi kita sebagai rakyat perlu membuang sikap mencemuh serta mencaci seorang pemimpin yang saya fikir agak keterlaluan ketika ini. Dan kita perlu membuang sifat suka menghasut seseorang yang lain hingga menyebabkan timbul perasaan kebencian yang amat sangat mereka yang lain.

    Dan erti kata lain, kita hendaklah sentiasa berhemah dalam kata kata kita supay tidak terguris perasaan orang yang lain dan juga perlu hindarkan diri kita daripada menceritakan keburukan seseorang di khalayak ramai. Ini ditegah oleh Islam itu sendiri.

  20. arjuna waspada Says:

    Setakat ini hanya Tun Dr Mahathir saje yang membuat ulasan terbuka yang mempertahankan pengumuman Fatwa yoga.
    Bila saya dengar lapuran berita itu di TV, saolah olah nya beliau PM de fakto,kerana PM di Uzbek dan TPM di Peru,sibuk kerja luar negeri.
    Syed Amid diam yang lain Rais ade di Argentina ,Zaid Hamidi tengah cekin LUTH di Mekkah.
    Pembidas pembidas sorak sakan sebab ta da orang jaga rumah.
    Terima kasih TDM.
    arjuna waspada.

  21. muslimah png Says:

    yang pasti, ketuanan melayu & agama Islam yg sudah lama bertapak harus dijaga. Dan seperti yg dikatakan oleh Ustaz ?? dlm rancangan talk show Hujah TV9, sistem pendidikan di M’sia ni kena berubah, tidak blh ada Sek. Jenis Keb. ni..semua kena std..gi skolah kebangsaan since dr skolah rendah lagi…jgn layan sgt kehendak MCA / MIC tu…x paham2 lagi ke..perkara basic je tu..apa la…

  22. mlayu Says:

    mahathir..manusia biasa yang aq amat sanjungi..anwar?penipu besar!!pas?sedarlah..kita majukan islam dan melayu bersama

  23. Orang jauh Says:

    vesewe said…
    A non-malay even though he is more capable and more qualified but cannot:

    Be – the prime minister of the country
    Be – the deputy prime minister of the country
    Be – the head of any branch of the armed forces in the country
    Be – the head of department in a ministry
    Be – the head of state of the states with no rulers
    Be – the head prefect of a national school
    Be – the IGP of the country
    Be – the nominated as the best of the best in the school
    Be – the secretary-general or deputy secretary-general of a ministry

    I only have one answer. Your and your people are NOT, i repeat, are NOT majority in this country!!

    Kalau ada nisbah sorang cina dari 100,000 orang melayu dalam askar, takkan sorang cina ni boleh jadi penglima angkatan tentera!!

    bodoh tak boleh di ajar…

  24. wira malaysia Says:

    apakah kamu (pembenci mahatahir) fikir perlu se”perfect” tuhan atau malaikat??!!!

    Mahathir juga adalah manusia biasa seperti kita semua tetapi kesayangan aku ini Mahathir adalah antara orang yang terbaik dan terbijak didalam sejarah ketamaddunan manusia di malaysia.

    2 orang pemimpin yang aku amat sanjungi iaitu tun mahathir dan tun husein onn.

    apa yang mahathir telah curahkan dan bakti selama dia hidup dan jadi pemimpin tak terbalas jasanya….. malaysia mungkin semundur dan sehina macam orang indonesia tau mungkin lebih teruk dari itu sekiranya kalau mahathir tidak wujud dan tidak jadi pemimpin.

    Allah sayangkan malaysia kerana itu di”pilih” mahathir jadi pemimpin malaysia untuk terutamanya agama islam, bangsa melayu dan bangsa malaysia serta negara malaysia.

    harap maaf….. dgn kata aku nie…”haramjadah” sesiapa yang kata mahathir tak betul… dan sesiapa yg benci mahathir.

    korang yang haramjadah nie semua apa bakti dan kemajuan yang telah korang curahkan kepada malaysia???!!!…. jawabanya tak ada….. kosong…. nak dibandingkan dgn mahathir???!!! ujung kuku pun tak ada.

    apa pun aku tetap cinta, kasih dan sayangkan “bapak” aku Tun MAHATHIR. tanpa dia siapa lah kita sekarang ini

    mahathir is the best. buka mata buka hati buka iman buka fikiran lah semua


  25. setiap manusia ada melakukan kesilapan..Tun pun semestinya x lari dari melakukan kesilapan..tp kita kena fikir dan bandingkan..kejayaan yg bawa kepada negara kita berbanding pemimpin terdahulu…
    janganlah kita lupa. klu anwar yg jadi PM…kompom negara kita lingkup…

    Tun Dr Mahathir Mohamad..teruskan memberikan idea2 yg bernas..saya dan berjuta2 lg rakyat malaysia akan terus menyokong TUn

  26. Anonymous Says:

    testing.
    rajraman


Leave a reply to sekolah atap Cancel reply