Comments on: Kaum Melayu sebenarnya tidak wujud?

By: HangPC2
Kebudayaan Melayu Di Malaysia ada Sekarang ini hasil gabungan Kebudayaan Langkasuka (Persekutuan Langkasuka) Dan Srivijaya…..

By: Wormnachia
Keterangan dari Saudara Naim Firdausi

1. Sejarah – 4 negeri Melayu di Selatan Thai tidak pernah menjadi sebahagian dari Thai. Apa yang berlaku, ia sebenarnya hanya negeri Naungan Siam bersama dengan beberapa negeri Melayu lain di Malaysia (naungan tidak bermaksud sebahagian daripada wilayah). Siam, Melayu dan Thai merupakan 3 bangsa yang berbeza. Selepas pemerintahan Siam di Ayudhya dikalahkan oleh bangsa Thai, Thai terus menjajah negeri-negeri naungan siam ini dengan membunuh kesemua waris kesultanan Melayu. Ketika itu mujurlah Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diserahkan kepada British. (Tapi selepas keluar dari mulut buaya, masuk pula mulut naga).

2. Bangsa – Menurut kajian ethnology, bangsa Melayu Patani merupakan turunan daripada kelompok Melayu-Polynesia dalam keluarga Austonesia iaitu berkerabat dengan semua bangsa yang ada disekitar kepulauan nusantara. Sementara bangsa Thai pula merupakan turunan dari kelompok Thai-kadai, iaitu berkerabat dengan penduduk di sekitar china seperti Hokkien, Hakka, Hainan dan lain-lain. Bangsa Siam pula adalah bangsa asal yang menghuni Thailand. bangsa Siam merupakan turunan dari kelompok Mon-khmer iaitu sebangsa dengan penduduk di Laos, Kamboja dan Myanmar iaitu dari keluiarga Austroasiatic. Atas alasan ini, bangsa Thai tidak ada pertalian langsung dengan orang patani. Keluarga jauh bukan, keluarga dekat pun bukan. saya rasa, perasaan kesukuan disini menjadi penyebab utama.

3. Agama – Ini mungkin dilihat alasan utama. Sebenarnya bukan kerana ramai juga bangsa Thai-Islam yang mendiami bahagian utara Thailand. Mereka kurang menghadapi masalah atas alasan sesuku.

4. Ekonomi – Kerana perasaan kesukuan yang menebal, Kerajaan Thai kurang memberi perhatian ekonomi pada orang-orang Melayu di Selatan. ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati

5. Pemerintahan. Thailand mengamalkan dasar Satu Thai. oleh itu, semua warganya harus berbahasa dan berbudaya Thai. kesannya ramai dikalangan orang melayu sudah tidak faham bahasa Melayu terutama di utara Saturn dan Songkhla. Keadaan ini menyebabkan orang-orang di Selatan yang bukan berbangsa Thai tidak berpuas hati.

saya berasal dari Kedah tapi tinggal di Kuala Lumpur.banyak saudara saya berasal dari utara Kedah dan Perlis…sesetengah mereka bercakap bahasa Siam.saya pun kadang-kadang rimas bila duduk di celah-celah mereka kalau pergi ke kenduri kahwin.sekarang saya dah boleh bercakap bahasa Siam sebab saya tinggal dengan datuk semasa sekolah mengah dahulu.Orang Siam dengar katanya asal beragama Buddha mazhab Mahayana sama seperti orang Khmer di Kemboja…agama Buddha mazhab Theravada disebarkan kepada orang Thai oleh Puteri Jamadevi dari kerajaan Haripunjaya di tengah Thailand.Puteri Jamadevi orang Mon.

Bahasa Thai banyak meminjam perkataan yang dikatakan berasal dari bahasa Khmer…di Kedah ada tahun Piama pusingan 12 yang menggunakan lambang binatang 12 bagi mewakili pusingan 12 tahun.Yang saya ingat orang tua-tua cakap nama binatang ini guna bahasa lama,saya ingat mungkin bahasa tamadun lama yang bertapak di Kedah dan Patani iaitu bahasa kerajaan Langkasuka…tahun-tahun itu adalah Chuat,Chelu,Kan,Thok,Merong,Mesing,Memih,Memia,Wok,Raka,Chor,Kun.

maksudnya Tikus,Lembu,Harimau,Pelanduk,Naga,Ular,Kuda,Kambing,Beruk,Ayam,Anjing,dan Kura-kura.

Kerajaan Kedah lama pun diasaskan oleh seorang lagenda Merong Mahawangsa,namanya bermaksud Naga dari Keluarga Mulia.dalam Hikayat Patani karangan Syeikh Daud Al-Fatani juga menyebut mengenai Raja ini.Kerajaan Langkasuka dilanda oleh Sriwijaya dari Palembang,menyebabkan kemasukan pengaruh Melayu ke Tanah Semenanjung pada abad ke-4 Masihi.

Ada orang Siam yang menganut agama Islam,mereka berkahwin campur dengan wanita Melayu.Hasilnya wujud masyarakat yang dipanggil Melayu tatapi berbahasa Siam di beberapa kawasan di Kedah seperti di Pendang dan Kubang Pasu.Ada kawan saya berasal dari Asun Jitra bercakap bahasa Siam dengan ahli keluarganya sedangkan tiada satu pun ahli keluarganya beragama Buddha,begitu juga orang kampungnya.

Orang Siam Kedah mungkin berasal dari Ligor atau Nakhorn Si Thammarat.Ada juga yang beragama Buddha tapi mereka tidak tinggal bersama dengan yang beragama Islam.Yang Islam dekat dengan orang Melayu.Kerajaan Ligor pada zaman dahulu sebenarnya berasal dari pecahan kerajaan Langkasuka juga,tetapi rajanya tidak mahu menganut agama Islam seperti raja-raja bersaudara yang lain iaitu Patani dan Kedah.Orang Siam Kedah kebanyakan berkulit gelap sama ada yang beragama Islam atau yang Buddha.Peringatan,yang beragama Islam lebih selesa dipanggil sebagai Melayu kerana ciri-ciri agama Islam sudah sinonim dengan istilah Melayu.

Pada pendapat saya berdasarkan teks-teks hikayat sejarah terutama karangan Syeikh Daud Al-Fathoni,orang-orang Langkasuka besar kemungkinan besar bercampur dengan orang Melayu Sriwijaya bermula abad ke-4 secara besar-besaran…penduduk Langkasuka pula kemungkinan sama bangsa dengan orang Mon di Myanmar atau Khmer di Kemboja atau campuran kedua-duanya.

Dalam Hikayat Patani dikatakan orang Langkasuka asalnya berkulit hitam manis,tetapi ada yang berkahwin campur dengan pedagang-pedagang luar misalnya dari Tanah Arab dan Parsi,jadi wujud generasi yang segak dan berhidung mancung serta berkulit cerah,wanita Langkasuka boleh berkahwin ramai atau tidak berkahwin tapi bergaul dengan ramai lelaki dalam suatu masa.Pada zaman selepas Sriwijaya melanda,agama Islam mula meresap masuk kemungkinan sekitar abad ke-8 M.Ketika itu wujud pecahan kerajaan-kerajaan kecil,misalnya Tambralinga.Juga ada masyarakat asal yang beragama Islam dan Buddha.Yang beragama Buddha memakai rantai tangkal Buddha yang dibuat dari tanah liat atau logam seperti tembaga atau emas seperti yang saudara sekelian nampak dalam budaya Buddhism Thai kini.

Raja Mahabangsa mempunyai ramai anak…anak-anaknya itu dihantar ke seluruh pelosok kawasan di bawah kuasa Langkasuka untuk memudahkan pentadbiran.Kerajaan Langkasuka asalnya dikatakan bermula di Kedah,ada orang kata di Langkawi,kajian lanjut diperlukan.Ibu kota Langkasuka mungkin ada dua, satu di Kedah atau bahagian Barat menjadi persinggahan pedagang dari Barat seperti Parsi, Arab, India serta satu lagi di Timur iaitu di Patani,berfungsi sebagai pelabuhan untuk jalan perdagangan ke Timur jauh. Langkasuka juga pernah jatuh di bawah kuasa kerajaan Khmer Funan-Chenla.

Apabila Sriwijaya melanda,kerajaan Langkasuka termasuk dalam kekuasaan kerajaan Sriwijaya. Jadi berkemungkinan wujud dua kerajaan Sriwijaya pula, satu di Palembang, satu lagi di Semenanjung yang menjadi kawasan tanah jajahan. Saya ada bersembang dengan seorang kawan beragama Buddha dari Songkhla tentang kerajaan Sriwijaya. Dia mengakui ada pengaruh Sriwijaya di selatan Thailand, boleh dilihat dalam pembinaan candi dalam wat yang dipengaruhi senibina Sriwijaya. Tambahnya lagi, dalam buku teks sejarah Thai ada dicatat tentang rupa pakaian orang Sriwijaya iaitu memakai kain batik.

Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa rasmi kerajaan Kemboja pada pemerintahan Suryawarman, minta maaf saya tidak ingat sekitar abad ke berapa. Raja ini berasal dari Tambralinga atau Ligor, sekarang lebih dikenali dengan nama Nakorn Si Thammarat.

By: Wormnachia
Pada tahun 35 Masehi,Maharaja Cina telah melantik jin-yin untuk memperhebatkan lagi gerakan ‘pencinaan’ bangsa Vietnam,Fukien, Kuantung dan Indo-China utara iaitu di daerah yang dinamakan Annam dan Tongking.

Beberapa tahun kemudian bangsa Vietnam bangkit memberontak dipimpin oleh seorang wanita yang dikenali oleh orang Cina sebagai Chiangtze.

Setelah 3 tahun pemberontakan itu menyalakan api pemberontakan, Maharaja Cina bernama Kuan-Wu-Ti menghantar seorang jeneral yang terkenal bernama Mayuan untuk menghancurkan pemberontakan ini dan mengambil alih semula daerah-daerah Annam dan Tongking.

Seterusnya Jeneral mayuan mara pula ke negara bangsa Melayu bernama Jawana dengan menyerang daerah yang bernama Dong-Son dalam tahun 43 masehi.Walaupun bangsa melayu memberi tentangan kuat tetapi mereka terpaksa mengaku kalah dan maralah bala tentera Cina ke selatan di sepanjang pantai Jawana sampai kira-kira kawasan Kota Hiu sekarang iaitu suatu tempat yang dinamakan oleh orang Cina sebagai Hisiang-Lin.

Akibat daripada serangan Jeneral mayuan itu,maka orang melayu Dong-Son dalam negara Jawana itu berpindah secara besar-besaran ke arah selatan dan barat.Kemudian pelarian dari Dong-Son inilah yang dikatakan telah mendirikan kerajaan Melayu Champa.Seperti yang kita semua maklum,kebudayaan yang dibawa dari Dong-Son ini juga telah ditemui di Semenanjung Tanah Melayu apabila gendang logam yang bercirikan Dong-Son telah ditemui di Batu Burok (Terengganu), kelang(Selangor) dan juga di Kepulauan Jawa.Kedua-duanya bertarikh sekitar kurun pertama hingga kurun kedua masehi.Rebana Ubi yang digunakan oleh masyarakat Terengganu,Patani dan Kelantan pada hari ini adalah perubahan daripada gendang era Dong-Son ini.

Selain itu,saya berpendapat asal nama Jawa adalah daripada perkataaan ‘Jawana’ iaitu sebuah negara melayu yang terletak di Vietnam Utara sekarang ini.Ini dikukuhkan lagi dengan merujuk kepada kerajaan Sailendra di Jawa yang menyatakan mereka adalah dari keturunan raja-raja Funan.Funan adalah sebuah negara tetangga kepada Champa serta mempunyai kebudayaan dan bahasa yang sama.Mereka inilah yang mula-mula memakai gelaran ‘Pan’ atau ‘Wan’ serta ‘Nik’ pada nama-nama kerabat diraja serta pembesar mereka.Golongan yang memakai gelaran ini banyak terdapat di Pahang,Terengganu, Patani dan Kelantan.

Kerana penindasan politik dan kebudayaan china, maka orang-orang Melayu di daerah kecil Hisiang-Lin telah bangkit memberontak di dalam tahun 136 – 137 masehi.Seorang ahli sejarah China menyatakan bahawa dalam tahun tersebut bangsa yang dinamakan Kiu-Lin telah bangkit memberontak di Hisiang-Lin dan membakar benteng-benteng serta membunuh ketua daerah tersebut.Kemudiannya ternyata bahawa Kiu-Lin ini sebenarnya bukanlah nama bangsa tetapi adalah nama ketua suku Melayu yang memberontak itu.

Orang Melayu ini melancarkan serangan ke Mandubrak dan selatan empayar Cina untuk mengambil kembali tanah nenek moyang mereka yang telah diambil oleh bangsa Vietnam dan kemudiannya bangsa Cina.Sejarawan China itu menyatakan lagi bahawa “mereka menawan sebahagian besar dari daerah Jih-Nan (Jawana) dan beberapa bahagian dari daerah Annam”.

Dari penaklukan ini telah berlaku penyembelihan yang sangat besar di Tongking.Periatiwa ini menggemparkan istana Maharaja China yang menyebabkan diadakan persidangan menteri-menteri dan panglima-panglima perang dari kawasan China utara untuk membincangkan perkara ini.

Persidangan tersebut mengambil keputusan untuk menghantar pegawai-pegawai kanan yang berkebolehan bagi menyelesaikan pemberontakan di selatan itu.Dan penyelesaian kemudiannya dicapai dengan mengakui kedaulatan orang-orang kiu-lin(Melayu) ke atas sebahagian besar tanah-tanah yang telah diambil oleh mereka.dengan cara ini pemberontakan dapat disekat dari disebarkan sebegitu jauh ke utara.

Pemberontakan orang-orang melayu ini banyak mengorbankan jiwa manusia di daerah Jih-Nan (Jawana), Tongking dan Annam.Wang-Gu-Wu menggambarkan kedahsyatan penyembelihan ini dengan membandingkan angka-angka bancian yang dilakukan oleh kerajaan China dalam kurun ke-2 masehi dengan tahun 140 masehi di dalam beberapa daerah pada bahagian selatan empayarnya.Bancian ini membuktikan bahawa kira-kira 300 ribu penduduk Jih-Nan (Jawana), Tongking dan Annam telah hilang dimana terjadinya penyembelihan yang sangat besar ini.

Tiada bancian pada tahun 140 masehi tetapi dengan membandingkan penduduk-penduduk yang ramai dalam kurun ke-2 masehi itu dapat diagak kira-kira 300 ribu penduduk telah hilang.Pemberontakan ini telah mengorbankan seramai 600 ribu orang.Peperangan ini mungkin boleh dikatakan peperangan nasionalis atau bersifat ‘kebangsaan’ yang terbesar didunia.

Pemberontakan bangsa Melayu dalam tahun 136 Masehi ini sangat besar ertinya bagi sejarah Cina dan Melayu kerana dengan ini perkembangan politik dan kebudayaan china telah disekat.Kiu-Lin kemudianya telah berjaya menyatukan seluruh suku bangsa Melayu di sepanjang pantai Indo-Cina dan mendirikan sebuah negara yang memakai kebudayaan India iaitu Champa.Negara inilah yang akhirnya bertanggungjawab dan berjaya menahan perkembangan bangsa Cina dan kebudayaannya dengan melancarkan siri peperangan yang menyeramkan bulu roma yang memakan masa sehingga 1600 tahun sehingga lenyapnya negara Champa dari muka bumi.

Dalam tahun 284 Masehi,Raja Champa bernama Pan-Yi (Wan-Yi) menghantar duta rasmi kepada maharaja China.Manakala seorang menteri Champa bernama Win pernah belayar ke negeri China  dalam tahun 313 dan 316 Masehi untuk mempelajari ilmu bangunan istana Maharaja Cina, mempelajari cara-cara membina pelabuhan,perancangan bandar dan lain-lain.

Perhubungan antara China dan Champa berjalan baik pada akhir kurun ke-3 Masehi dan awal kurun ke-4 Masehi.Malah saudagar-saudagar Melayu Champa memegang peranan penting perniagaan di Tongking.

Pada tahun 336 Masehi, seorang menteri Champa yang bernama Win ini telah merampas kuasa dan mewujudkan Dinasti ke-2 pemerintah Champa.Baginda bercita-cita untuk menjadikan Champa sebuah empayar.Pada permulaanya,baginda telah mengalahkan beberapa negara ‘vassal’ Funan di sebelah barat dan selatan Champa.Baginda juga turut menyerang Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu yang ketika itu terletak di bawah taklukan Funan.Kemungkinan yang diserang adalah Tan-Tan atau Primula dan juga Chu-Tu-Chin atau Chu-Tu-Kun atau Tu-kun yang telah ditakluk Funan pada awal kurun ke-3 Masehi iaitu kira-kira pada tahun 205 Masehi menurut seorang ahli sejarah Barat, Paul Whitley serta sejarah China.Menurutnya lagi bahawa negara ini terletak di antara Segenting Kra dengan Kuantan,Pahang.Walau bagaimanapun lokasi sebenar tidak pula diketahui.

Ketika baginda sedang meluaskan kekuasaanya di selatan dan barat, baginda mengambil polisi berbaik-baik dengan menghantar perutusannya ke China sekitar tahun 340-345 Masehi.Tetapi setelah berjaya dalam misi penaklukannya, baginda mara dengan bala tenteranya lalu menyerang Empayar China  dengan menakluk kembali Jawana pada tahun 347 Masehi.

Serangan ke atas Jawana ini merupakan permulaan dari suatu peperangan yang sengit dengan China dan berlanjutan sehingga 14 tahun lamanya.Pan-Win(Wan-Win) mangkat pada tahun 349 Masehi.Tempat baginda diganti oleh anaknya, Pan-Pu (Wan-Pu) dan seterusnya mengetuai bala tentera Champa berperang dengan China selama 12 tahun lagi.

Setelah berperang selama 12 tahun dengan tidak mendapat hasil yang memuaskan akhirnya pada tahun 361 Masehi. Baginda telah menyerahkan kembali kepada China daerah-daerah yang telah ditakluki oleh mendiang ayahnya dan kemudian memakai polisi berbaik-baik dengan China untuk menghidupkan kembali persahabatan dan perdagangan diantara kedua-dua negara.Pan-Pu(Wan-Pu) memerintah sehingga 377 Masehi dan kemudiannya digantikan oleh Bahadara Warman 1.Raja ini menghantar perutusan ke China dalam tahun 380 Masehi.

By: hiodo
assalamualaikum…

mmg benar aper yg prof singapore tu cakap…tapi pikir balik la sbb aper dia cakap mcm 2…kene kaji dari apsek lain gak..kalo tak nnt kite pon tergolong mcm melayu kat singapore…tertindas..kira ok la pentadbiran melayu pegang..kalau cina pegang abis la anak bangsa melayu di negara sendiri..semua itu boleh nampak di singapore sendiri..mmg tak elok kalau bersikap racist..tapi sikap tu mmg perlu ada utk kita beringat2..tak nampak ke kaum diorang pon dah semakin naik lemak skang…nak hapuskn kuasa raja2…tak payah la nk tipu kaum diorang pon tak racist…kalau skang nak mintak keje pon nak kene tau bahasa mandarin…tak ke racist tu…secara terang2 lagi..itu blom yg tak nampak lagi…mmg kita kene berfikir logik zaman skang ni..tapi kita kene ingat..ideologi tersebut datang dari mana…kerana ideologi tersebut la umat islam tertindas skang…jgn percaya la dgn agenda diorang…kita kena mengkaji lebih dalam lagi ttg sejarah..mmg aku ni tak pakar sejarah..tapi tau la serba sedikit…jgn baca je terus cakap btol..tanya orang lama2 sejarah kita…lagi satu…jgn main bedal je melayu kedah beragama hindu..kalau rajin bukak website ni…http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/…mana yg ko nak percaya…samaada buku kapir laknat atau pon yg islam buat…kene ingat jgk..singapore siapa yg control..US…US siapa yg control??ISRAEL…so dah bleh tau dah diorang ni mmg pro yahudi…cuba merosakkan bangsa lain…dalam al quran sendiri dah cakap musuh islam siapa…skang ni zaman cyber,bkn zaman parameswara nak berperang2 lagi…so ini la cara kapir2 laknat tu nak merosakkan pemikiran kita,dgn melalui psikologi…secara diam2..kalau kita terikut2 ideologi diorang,aku mmg percaya melayu mmg akan hancur…melayu mmg akan ada sampai bila2,tapi sifat2 melayu yg tidak ada pada melayu sendiri..so pikir2 kan la…HIDUP MELAYU

salam hiodo,

kita jgn heran dgn sesetengah anasir yg cuba ’spin’ fakta2 sejarah kerana mereka ini ada agenda yg tertentu. British/ Belanda/ Portugis sudah lama memutar-belitkan fakta sejarah tanah jajahan mereka utk kepentingan mereka sendiri.

Apa yg penting, kita haruslah menambahkan ilmu agar kita bersedia utk menangkis tipu-muslihat org2 yg sebegini.

By: Malaymind
1. I do agree when people are saying Malay race is not genuine because of all the mixing here and there.

2. In fact, all the races in the world are not genuine too, if you believe about Adam and Eve.

3. FYI, our human history started off somewhere in Africa and being an African probably means you’re the most genuine race so far.

4. So why should we discuss about this when we all know none of us are truely the supreme race after all?

By: Mat Sufi
Konsep Malaysian Malaysia awal-awal dah tak kena. Kenapa guna bahasa asing. Kan lebih mesra konsep Bangsa Malaysia. Bangsa Malaysia tentulah berasaskan negara Melayu dan bukannya dicampuradukkan dengan nilai-nilai bangsa asing. Profesor Yahudi mungkin berfikiran sebaliknya sebab dia tidak ambil kisah tentang ‘halal haram’, asal tercapai hasrat dan maksud yakni nafsu…kira jalanlah. Putar dan belit boleh diurus dengan mudah, sejarah baru boleh dibina. Kan.

By: xxxx
good posting cekka.

rajraman

PS : Thanks Raj.