Kerajaan perpaduan BN-Pakatan : Idea Ku Li dan Anwar?
October 7, 2008
Selepas lebih enam bulan pilihan raya umum 2008 berlangsung, Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen kanan dari Gua Musang, mengesyorkan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat menerokai idea kemungkinan membentuk kerajaan perpaduan untuk keluar daripada ketidaktentuan politik. Ketua Umno Gua Musang itu telah mengetengahkan idea berkenaan dalam pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat baru-baru ini.
Menurut kata Pengarah Institut Kajian Etnik UKM, Prof. Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin, beliau menyifatkan Pakatan Rakyat dan DS Anwar sudah tersepit dan kehabisan strategi politik. Kata beliau, Anwar kini sudah tiada jalan melainkan mengadakan perbincangan dengan Tengku Razaleigh selepas kesemua taktiknya untuk membentuk kerajaan persekutuan baru menerusi lompat parti gagal. Ikuti berita mStar disini..
Adakah kenyataan Ku Li ini bertepatan dengan desas-desus sebelum ini, yang membuat teori bahawa DS Anwar masih memerlukan UMNO untuk menjayakan cita-cita beliau menjadi PM? .. Atau adakah perkembangan terbaru ini yang menjadi punca kelam-kabut dalam blog Azmin Ali, yang diwar-warkan mahu meletak jawatan dalam PKR, baru-baru ini?
Secara peribadi.. saya berpendapat idea Ku Li itu baik tetapi tidak praktikal. Kerajaan perpaduan BN-Pakatan tidak akan menyelesaikan permasalahan rakyat secara total, dari sudut jangka pendeknya ianya memberi kesan segera tetapi akan menimbulkan banyak masalah dari sudut jangka masa panjang.
Perpaduan parti-parti tersebut menjurus kepada sistem satu parti dan menafikan sistem demokrasi berpelembagaan. Sesebuah negara masih memerlukan sistem pemerintahan dua parti sebagai pemerintah dan pembangkang, apa yang kita perlu ialah parti pemerintah yang tidak ego dan parti pembangkang yang efisien dan tidak gila kuasa. Selebihnya, rakyat akan menilai parti mana yang lebih baik untuk dipilih dalam pilihanraya umum.
Sepatutnya, Pakatan Rakyat memperkemaskan organisasi pentadbiran mereka terlebih dahulu agar dilihat lebih kemas dan tersusun. Sehingga ke hari ini, masih belum ada jentera pentadbiran yang mantap malahan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PR pun masih kabur dan masing-masing saling berebut jawatan tersebut antara satu sama lain.
Apa respons PAS dan DAP terhadap perkara tersebut? Bukankah persetujuan tersebut hanya menyebabkan mereka menjilat kembali ludah mereka kepada UMNO? Bukankah persetujuan tersebut hanya mengkhianati harapan penyokong-penyokong PR?
.................. Tiada Paksaan Dalam Islam.. "AgamaKu Untukku, AgamaMu Untukmu"
..................................................
......................
beliau boleh jadi PM yang bagus, tetapi saya bimbang jika Malaysia jadi papa-kedana.
.....................................................
....................
tiada keyakinan untuk beliau menjadi PM saya. ......................................................
......................
hormat tidak berbelah bahagi buat tuk guru, tapi kecewa kerana agama dirojakkan untuk politik. .......................................................
.........................
ini Lim Kit Siang punya orang bijak dan kritis, tapi suka pandang rendah sama Melayu.
......................................................
....................
Ini Samy Vellu mahu jadi presiden MIC sampai mati ka? Kasi can lah pada orang lain bela nasib kaum India.
......................................................
October 7, 2008 at 11:53 pm
Salam,
Ni apa pesyen lak ni… ??? Terlebih makan kuih raya ka?
Lemang? ketupat? Open house bila nak buat ni?
Apapa pun… selamat hari raya..
October 10, 2008 at 8:38 am
selamat hari raya
October 10, 2008 at 10:21 am
Pas telah lama menjadi pembangkang dan ia sudah berkembang positif dan matang dari semua segi serta secara tidak langsung pas telah byk menyumbang perubahan Malaysia jika dipandang pd sudut yg amat2 positif adakah menjadi pembangkang perkara yg tidak mulia.. pd pandangan peribadi sy tidak ada salahnya dan ia adalah perkara paling yg mulia… kenapa kita harus menjadi org lain dan adakah kita gembira menjadi org lain … fikir2kan lahhh…