Anwar didakwa untuk kejatuhan Najib.. Agenda Khairy?
August 4, 2008
Desas-desus kuat mengatakan Anwar akan ditahan.., agar Anwar tak boleh masuk Parlimen, agar Anwar tak boleh bertanding. Itu khabar-khabar angin yang bertiup kencang.. walaupun belum pasti akan kesahihannya.
Mengikut Susan Loone dalam blognya, Anwar akan didakwa dan Najib akan diheret sama.. Kalaulah benar begitu, kenapa Najib?
Ambo kesian benar kepada Najib sehari-dua ni, serangan kepadanya datang bertalu-talu.. tapi tidaklah sehebat serangan kepada Anwar. Mungkin juga atas kapasiti Najib sebagai pegawai kerajaan, media tak berani sangat.. silap-silap kena warning macam Bala.
Pak Lah dah nak beri Najib jadi PM pada 2010 nanti, 2 tahun dari sekarang. Soalnya, kenapa 2010? Kenapa perlu tunggu.. mungkinkah ini strategi yang dicadangkan oleh Khairy? Orang politik tahu, Khairy adalah penasihat rasmi kepada Pak Lah.
Adakah kita masih ingat lagi kepada Khairy Jamaludin?.. Musuh ketat Najib.
Khairy sudah lama menyepi dari media, dan bersikap ‘low profile’ dengan media. Tidak bising-bising lagi.. tidak seperti sebelum PRU 12, dialah yang banyak bersuara untuk menjadi juara rakyat.
Mengikut sejarah lampau, Khairy pernah cuba menyusup masuk ke dalam pejabat Najib tetapi dihalang. Najib tidak selesa dengan status Khairy sebagai menantu Pak Lah, Khairy pula nampak Najib sebagai penghalangnya untuk mendaki puncak politik. Baca kisah Khairy dalam artikel “The Truth About Khairy Jamaluddin Part 5″
Mahu tidak mahu, Khairy kena cepat.. Sementara Pak Lah berkuasa, dia ada lesen besar untuk bergerak bebas dalam BN.
Kita juga tahu bagaimana kroni-kroni media Khairy bersedia untuk membantu menyebarkan berita jika perlu..
Dan kita juga tahu, Khairy gemar menyimpan rekod dan data kesalahan musuh-musuh politiknya, sebagai senjata untuk melemahkan musuh politiknya..
Apa yang menggelikan hati, kerana politik, dua musuh boleh bersatu demi kepentingan survival politik masing-masing.. Baca kerjasama Anwar dan Khairy menentang Najib, dengan artikel “Gerakan Anti-Najib: ANWAR-KHAIRY vs NAJIB-HISHAM”
Mungkin juga artikel “Konspirasi Menantu PM-Raja Petra” dan artikel “Apa Yang Boleh Di Pelajari Daripada KJ” boleh menjelaskan lagi agenda Khairy untuk menjejaskan reputasi Najib.
Wallahu’alam..

.................. Tiada Paksaan Dalam Islam.. "AgamaKu Untukku, AgamaMu Untukmu"
..................................................
......................
beliau boleh jadi PM yang bagus, tetapi saya bimbang jika Malaysia jadi papa-kedana.
.....................................................
....................
tiada keyakinan untuk beliau menjadi PM saya. ......................................................
......................
hormat tidak berbelah bahagi buat tuk guru, tapi kecewa kerana agama dirojakkan untuk politik. .......................................................
.........................
ini Lim Kit Siang punya orang bijak dan kritis, tapi suka pandang rendah sama Melayu.
......................................................
....................
Ini Samy Vellu mahu jadi presiden MIC sampai mati ka? Kasi can lah pada orang lain bela nasib kaum India.
......................................................